Billboard

Followers

Monday, June 27, 2011

Jahat


Habis la... Pendengaran telinga sebelah kiri mesti merosot sikit pasni...

Thursday, June 23, 2011

Buffet @ Island BBQ Steamboat Restaurant


Kali ni aku nak share satu lagi tempat makan yang best iaitu Island BBQ Steamboat Restaurant. Tempatnya dekat sangat dengan rumah aku. Cuma dalam sikit dari mainroad, jadi tak berapa perasan sangat ada tempat makan kat dalam tu. Restaurant tu pun baru dibuka bulan 4 haritu. Memang banyak pilihan makanan, plus ada grill skali. Cuma dessert tak banyak sangat. Kalau ada ice cream mesti lagi best. Hehe. Kami datang berlima. Aku, Meon, Hilmi, Abe dan Minhat. Jom tengok gambar kasi kecur air lius sikit.

Cari signboard ni.

Suasana open air.

Tak peduli dah orang ambik gambar


Sebelum.

Selepas.

Restaurant ni dibuka tiap-tiap hari kecuali hari Isnin, bermula dari pukul 6 petang sampai 11 malam. Harga yang ditawarkan hanyalah RM19.90 sahaja. Memang berbaloi. Elok kosongkan perut sebelum makan. Kang rasa rugi pulak tak makan bersungguh-sungguh. Hehe... Untuk tempahan atau pertanyaan, korang boleh rujuk kat link ni. http://islandbbqsteamboat.wordpress.com/.

Adeh, mengah... Tak larat dah rasanya... Cukup la aku cerita. Adios!

Wednesday, June 22, 2011

Shah Alam Bike Week 2011

Seperti yang dijangka, aku pergi jugak Shah Alam Bike Week 20011 yang diadakan di perkarangan Stadium Shah Alam, dekat dengan kawasan Giant tu. Memang meriah gila! Rambang mata tak tau nak tengok motor apa. Dari yang old school sampai la yang moden, dari moped sampai la superbike, semuanya hadir untuk memeriahkan Bike Week ni. Tapi tumpuan aku lebih kepada motor-motor old school. Motor moden banyak sangat dah. Lagi-lagi motor LC ngan Lagenda. Tak ada motor lain ke nak pakai? Wakaka. No offence. Gurau je noksss...

Tercari-cari jugak kalau ada Honda NSR 150 SP ke, NSR 250 ke, tapi tak muncul-muncul. TZR 250 boleh tahan la banyak jugak. Suzuki RGV 250 pun ada 2 bijik. Ok la, lepas hajat nak tengok depan mata. Tapi tak sempat nak ambik gambar pulak. Ni motor-motor zaman Moto GP pakai enjin 2 stroke, so memang legend la bagi aku.Ok, meh layan gambar pulak...

Wakil Wave 125.

Ada motocross gak kat sini.

Geng Yamaha RX-Z lama.
Geng Suzuki TXR Panther a.k.a Jerung.

Yamaha TZR 250 dengan sepupu-sepupunya, Yamaha RX dan RX-Z.

Geng Yamaha RX. Ayah aku masa muda-muda pakai motor ni katanya.

Suzuki GP 100.

Geng Suzuki GP 100. Tuan motor semua otai-otai, perangai pun gila-gila. Lawak tengok gaya diorang. Hehe.

Geng Honda Raider 150.

Geng Honda Raider front view pulak.

Honda Rider pakai sport rim Honda MBX. Retro habis!

Geng Honda Wave 125 yang kacak habis.

Paling best time semua pakat nak tunjuk eksoz siapa paling champion. Dari superbike sampai la ke moto kapcai, semua nak rev motor sampai naik pekak. Apa pun, gathering macam ni meluaskan lagi jaringan persahabatan antara semua bikers kat Malaysia ni. Hope tahun-tahun akan datang akan ada lagi gathering macam ni, dan semoga lebih meriah lagi.

P/S : Siapa pakai Wave 125 jom a join skali pasni. Ramai aku tengok geng Lagenda ngan LC je. =p

Sunday, June 19, 2011

Aktiviti Sabtu

Semalam dari pagi sampai ke maghrib mengadap motor je. Lokasi kat Kg. Raja Uda, Klang, iaitu rumah Capik. Sampai 4 motor sekali buat. Dah macam bengkel dah rumah dia. Terima kasih banyak-banyak ye sebab kasi tumpang rumah. 

Aku tukar clutch plate, service handle, dan buat top overhaul. Yang lagi tiga tu, sorang nak cat coverset, sorang lagi tukar clutch plate, dan tuan rumah pulak nak kasi laju motor. :-p

Tu dia, dah macam bengkel garaj rumah dia.

Kesian snow white, bercapuk-capuk ngan minyak hitam.

Tengah nak pasang semalam boleh pulak benda yang bentuk macam bintang tu patah. Nasib baik kedai bukak hari Sabtu.

Dan untuk harini, tak tahu lagi nak ke mana. Macam nak basuh Snow White, lepas tu nak ke Shah Alam ada Bike Week. Pastu ada rasa nak menjahit mana-mana seluar ngan baju yg dah koyak.. Ni kepala pulak pening-pening tak tau nak buat yang mana satu dulu. Haish...


Thursday, June 16, 2011

Review : KL Gangster



Bila hari rabu je, biasanya kawan-kawan satu batch akan ajak pergi tengok wayang ramai-ramai. Ye la kan, hari Rabu murah sikit. So tak ada la rabak sangat poket even tiap-tiap minggu pergi tengok wayang. Setiap keping duit seringgit tu memang berharga la bagi kitorang yang masih lagi in training. Dah kerja lain la kan. Tu dia, panjang intro.

Best! Filem arahan Syamsul Yusof kali ni memang aku salute. Kalau nak compare dengan filem-filem sebelum ni, ini yang terbaik. Babak perlawanan dalam cerita ni memang best dan penuh aksi. Kena pulak babak Aaron Aziz dengan Adi Putra lawan. Memang mengancam. Walaupun cerita aksi dan berkisarkan tentang gangster, ada pengajaran disebaliknya. Tema kemiskinan yang menghimpit seorang anak sehingga terjebak dengan kerja-kerja haram untuk meringankan beban orang tuanya boleh kita ambil untuk jadikan pengajaran. Disamping tu, lawak killer Sofi Jikan dan Zizan memang buat satu panggung berdekah. 

Overall, cerita ni memang best dan bukan cerita gaduh kosong tanpa mesej. Rating bagi aku 4/5 dan ini merupakan salah satu filem tempatan yang mesti korang tonton. =) 

Monday, June 13, 2011

Bila sakit tekak

Ehemmm... Ehemmm... Ehemmm!!!

Hm, dah mula batuk-batuk, tekak gatal-gatal. Kadang-kadang sampai tak lena nak tido sebab batuk. Sampai dada pun sakit-sakit. Huhu...


Ni aku nak share cara nak buat ubat batuk home made. Bahan-bahan dia limau kasturi sebiji dengan madu satu sudu besar. Lepas tu letak air panas sikit. Sikit je, dalam 3-4 sudu besar. Lepas tu minum terus sampai habis. InsyaAllah, dapat mencairkan kahak dan melegakan keperitan sikit. Selamat mencuba! =)

Thursday, June 9, 2011

Jom buat banana milkshake.

Kalau chatting dengan Mrs. Acancapix, topik pasal makanan mesti tak lari punyalah. Ada je cerita resepi baru. Tau la duduk oversea, banyak belajar masak. Jeles sungguh. Bila la nak masak untuk orang kat sini ntah. =p.

Semalam terbukak cerita pasal milkshake. Harini terasa nak try pulak. Senang je nak buat. Jom kita tengok apa bahan-bahan dia.

Sebab buah yang ada dalam fridge hanyalah pisang, jadi aku buatlah banana milkshake. Lain-lain bahan ialah susu dan ais. Ais tu better pecahkan supaya senang hancur bila kita blend. Nak lagi sedap letak icecream.

Pisang tu potong-potong supaya senang hancur.

Letak semuanya dalam blender. Nak manis letak gula sikit. Sikit je tau, kang kencing manis pulak. Pastu blend sampai smooth. Aku buat tadi tak cukup smooth sebab blender aku tak cukup power nak kisar ketulan ais yang besar. Kena hancurkan ais sampai jadi ketulan kecil baru jadi smooth.

Dah siap. Selamat mencuba!

Wednesday, June 8, 2011

Nak pergi Chilling


Akbar bukak function, pergi Chilling Ahad ni, 12hb June 2011. Jom la weh. Lama dah tak mandi manda ramai-ramai. kita pegi awal pagi, balik tengah hari. Petang boleh rehat.

Friday, June 3, 2011

Jalan Malam

Nak balik LBJ jap lagi, tapi macam nak gelap je. Memang la nak gelap, dah nak malam. Tapi gelap tu diiringi seram sejuk ngan kilat pancar memancar. Tang jauh nampak macam dah hujan, tapi kat tempat aku ni takde setitik pun lagi turun. Kalau nak hujan hujan la sekarang, aku bawak motor je ni. Huuuu...