Billboard

Followers

Showing posts with label kerja. Show all posts
Showing posts with label kerja. Show all posts

Tuesday, September 25, 2012

Kecelaruan jam biologi

Sekarang ni aku tengah praktikal dekat KLIA pulak, bahagian operation. Kiranya bahagian operation ni deal dengan kapal terbang yang arrive dari luar, then buat transit check, lepas tu pushback kapal untuk departure pulak. Jadual kerja pulak mula dari jam 7 pagi sampai 6.30 petang untuk dua hari, kemudian rest day untuk 2 hari, kemudia tukar pulak shift malam, mula pukul 7 malam, balik 6.30 pagi. First few weeks memang tak larat rasanya. Tido tak teratur, makan tak teratur. Ni perut dah makin buncit apa cerita? Aiyooo...

Apa pun kerja bahagian operation memang mencabar dari segi kepantasan membuat keputusan dan skill kerja. Kena kerja dengan cekap lah kan, kalau tak kang kapal terbang delay, rugi company. Hari ni kang kerja malam, esok off dah. Ngammm... Tapi masalahnya Sabtu ngan Ahad tak ngam lah, kadang-kadang kena kerja time weekend. Dah la musim kenduri hujung-hujung tahun ni, member-member nak kawin lah, jiran nak kawin lah, aku tak tau la bila nak kawin. Banyak la abis cuti tahunan aku ni. Haish~

Saturday, September 17, 2011

Pomen berkain pelikat.

Semalam tolong kawan aku pasangkan blok motor. Mula buat pun dah pukul 10, lepas tu berhenti kejap solat Jumaat. Balik je dari solat Jumaat terus sambung, kain pelikat pun tak tukar. Passion. Hehe...



Ni kira kerja part time la tengah-tengah bulan ni kan...

Wednesday, August 24, 2011

Baru satu

Alhamdulillah, harini berjaya jugak aku selesaikan assessment aku yang pertama. Ada kawan-kawan yang dah cecah 4-5 assessment dah. Takpe, boleh kejar punya.


Tengok senior ada yang dah dapat buku merah ni, lagi la bertambah-tambah semangat. Sebelum ni macam kabur je jalan nak jadi Licensed Aircraft Maintenance Engineer ni. Tapi jalan ni sekarang dah pasang lampu jalan LED macam depan Petronas lepas roundabout kat Subang Airport tu je...

Tapi baru satu aku buat. 67 to go...

Wednesday, May 25, 2011

Angkasawan

Tukar kerja la, cam glamour je jadi angkasawan ni.


Ok, tipu je. Kena pakai overall sebab masuk fuel tank. 

Thursday, May 19, 2011

Sekali untung daaa...

Semalam time lunch, ada jamuan makan tengah hari untuk krew Cabin Interior Maintenance Line 7. Jamuan ni sempena meraikan siapnya kapal yang kitorang restore tu. Memang happening, dan cukup buat aku terharu bila ada yang kata kitorang antara best trainee yang diorang pernah kerja. Thanks a lot guys, dan kerja ngan korang memang best! Hope kita dapat kerja sama-sama lagi satu hari nanti. :-)

Tu dia, meriah kan?

Muka gembira dapat makanan. Haha...

Bila perut berat, mata pun lelap. Tak pe la, tido pun time break kan. 

Banyak betul nasi ngan ayam tu, sampai ke malam aku kenyang. Dahsyat.

Sunday, May 1, 2011

Hari mengingati kerja

Di hari pekerja ni, eloklah jugak aku bercerita pasal kerja aku sehari-hari time praktikal ni. Bermula dari hari Jumaat 22hb April lepas, kitorang dipindahkan pulak ke line 8.5. Sebenarnya tak ada pun line 8.5 ni. Tapi sebab ada ruang kosong antara line 8 dan 9 kat hangar 3 ni, muat la nak letak satu kapal lagi untuk buat maintenance. Tapi maintenance kecik-kecik je la. Lagi pun kapal 9M-MPH, Boeing 747-400 ni dah nak siap pun. Aku kerja kat kargo untuk kesekian kalinya.

Jom tengok sikit apa yang aku dah buat.

Siling tu dah dipasang balik. Sebelum pasang memang berselirat wayar kat atas tu.

Dinding tepi pun siap pasang jugak.

Yang ni belum siap lagi. Ada blanket kitorang bawak keluar, nak kena ganti yang baru. Panas beb dalam ni.

Yang ni E & E Bay. Pusat bagi kebanyakan peralatan elektronik, komputer dan sistem pendawaian kapal terbang.

Tengok bawah, nampak tayar.

Patutnya aku nak OT harini. Tapi macam letih je. Dok rumah je la rehat. Selamat hari pekerja!

Tuesday, April 12, 2011

Takut 13?

Harini aku dipindahkan untuk bertugas dengan krew aircraft interior maintenance line 7. Ni first time aku kena attach untuk kerja kat interior. Paginya pasang flying carpet. Pak cik technician tu yang cakap macam tu. So aku terima je la, sebab kapal tu terbang, carpet tu terbang sekali dalam kapal, so that is why they call it flying carpet right? Petangnya, kerja lebih masa sampai pukul 7 petang, masukkan seat dalam kapal.

Ni la rupanya seat. Tak pasang kat seat track lagi.

For an hour, keluar masuk kapal, angkat seat, tolak masuk dalam kapal, angkat balik susun kat tempat yang sepatutnya. Kitorang masukkan seat yang belakang dulu, lepas tu beransur-ansur ke depan. Seat ni ada numbering dia siap-siap, supaya tak tersalah letak. Kitorang pun susun la ikut turutan. 16,15,14,12,11,10... eh, seat nombor 13 mana? Ingatkan tertinggal, rupa-rupanya memang tak ada. Dalam manual pun tak ada seat nombor 13. Kenapa ea? Mungkin sebab kepercayaan mat salleh ni, nombor 13 bawak malang kut. Takut nombor 13 ni orang panggil Triskaidekaphobia

Secanggih-canggih kapal terbang, terselit jugak benda-benda tahyul ni. Lawak betul.


Monday, April 4, 2011

Kerja 'keras'

Pilih glove yang sesuai dengan bahan kimia yang anda guna.

Tuesday, February 8, 2011

Kerja dikala cuti

Start dari hari Khamis, 3hb sampai la hari Ahad 6hb Februari lepas, aku tak bercuti. Sebenarnya ada tawaran untuk kerja lebih masa, atau orang kampung panggil overtime, jadi aku pun ambik la kesempatan ni untuk dapat pendapatan lebih. Kalau nak ikutkan, trainee tak boleh ambik overtime, tapi sebab kekurangan staff dan kapal terbang pulak perlu disiapkan cepat, so kali ni dibolehkan la kitorang ambik overtime.

Rate aku tak tau berapa. Banyak ke sikit, aku tak kisah sangat kut. Tapi kalau dapat banyak alhamdulillah, rezeki. Lepas la nak beli baju-bajuan ke, nak solek motor ke, kan? Kan? Kerja pun tak banyak sangat sebenarnya, dah hampir siap pun. Cuma ada beberapa masalah sikit dekat starter enjin, oil cooler dan humidifier. 

Dan hari ni, baru lah kapal tu akan terbang semula. Kapal terbang Boeing 747-400 milik Saudi Arabian,  registration number TF-AMV dijangka terbang petang ni. Masa aku nak balik pun semua tengah bersiap untuk towing kapal terbang keluar hangar. Destinasi tak tau la pulak ke mana. Balik Arab semulalah kut. Dan esok, aku ditugaskan kat Hangar 1, line 1. Tempat baru, pengalaman baru. Apa pun, layan dulu gambar-gambar ni.

Masa ni pasang panel kat pyloon. 

Ni pulak kitorang observe LAE tukar weather radar, dan tengok test yang dia buat. 

Ni pulak masa towing kapal keluar hangar ke ground run bay, iaitu tempat untuk test enjin. 

Besar kan? 

Tunggu in charge buat check serba sikit. 

Ni lori tangki yang top up minyak kat kapal terbang. 

Ni lah pemandangan luar Line 8, Hangar 3.

Okeh, sekian sahaja. Marilah pergi makan malam. 

Wednesday, February 2, 2011

Bekerja di Hangar

Ni bukanlah first time aku bekerja kat hangar. Masa still kat METC dulu, ada juga kena hantar ke Line 7, Hangar 2 untuk praktikal sekejap. Ada la dalam 2 minggu lebih. Sekarang ni secara officialnya, aku dah jadi Trainee MAS, tidak lagi pakai baju praktikal merah. Kena gelar "askar merah" kut masa tu. Sebab kitorang punya baju tu menyerlah sangat. Orang lain kat hangar tu baju diorang masih lagi dalam tema biru.

Sekian lama kena attach kat mechanical workshop, dah sampai masa kitorang kerja kat kapal terbang pulak, start dari 1 Februari. Kali ni kena attach kat Line 8, Hangar 3. Sebelah je dengan tempat aku kerja haritu. Aku dengan Nizam ditugaskan kat forward cargo. Pada yang tak tau, ruangan cargo ni ialah tempat untuk letak luggage dan barang-barang penumpang yang besar. Sebab kapal tu tengah nak di pasang balik lepas siap diselenggara, so kitorang pasang panel pintu kargo, ball mat kat lantai, pasang cover siling cargo bay dan beberapa komponen lain.

Ni serba sedikit pemandangan tempat kerja aku.

Dalam cargo bay.

Benda ni mengalirkan udara sejuk. Aircond la senang cerita.

Melepaskan lelah seketika.

Itu sahaja untuk hari ini. Esok tak tau kena attach kat mana. Esok? Ya, esok aku tak cuti, kerja lebih masa. Huhu...

Happy Chinese New Year to all Chinese friends and bloggers. =)

Tuesday, December 8, 2009

Sambung Merivet

Harini aku sambung balik kerja merivet semalam. Semalam segala lubang dah siap, countersunk pun dah ready, harini masukkan countersunk rivet dalam lubang dan tembak secukup rasa dengan rivet gun. Settle. Nak tengok rupa paras kerja aku, tengok la gambar kat bawah tu. Tak berapa kemas la. Pagi-pagi badan tak panas lagi, buat kerja pun tak berapa nak elok. (Ahhh, itu semua alasan!)



Monday, December 7, 2009

Rivet

Harini aku start buat projek riveting. Projek first ni simple jer, drill lubang kat 2 keping plet aluminium, pastu rivet kan mereka berdua. Harini aku setakat dapat buat lubang je. Try gak rivet kat plet kosong yang terbuang. Menggigil-gigil tangan pegang drill gun. Bukan aku ada parkinson, tapi memang lumrah merivet, penuh dengan gegaran dan bunyi bising...

Tuesday, October 6, 2009

Akusmart

Hari ini bertarikh 06 Oktober 2009 merupakan satu detik bersejarah bagi aku kerana aku terasa begitu smart skali. Hahaha, amat poyo di situ. Lantak a nak cakap apa, aku mememang terasa best harini. Semenjak sekian lama aku kena attach kat Line 07 tu (macam la dah lama sangat...), baru la hari ni aku diberi peluang merasa buat benda lain. Ye la, dah 3 hari aku kerja bukak skru je, x kan tu pun nak citer kat blog jugak ye x?
Ha, apa yang buat aku teruja sangat ni? Korang nak tahu? Kalau x nak pun aku tetap nak cerita sebab aku rasa best. Macam biasa la, pagi2 start kerja. Aku dah mula dibelengu kebosanan sebab hari2 kena bukak skru panel kat flap tu je. X mencabar langsung (padahal ada je skru yg x boleh bukak, amat poyo...). Sebab ada skru yg x boleh bukak, kerja tu diserahkan pada contract worker, di mana mereka ini merupakan orang2 yg mahir dalam kerja2 tersebut. Lagipun mereka ada tool yg di sebut screw extractor, so agak senang la kerja.

Friday, October 2, 2009

First time!


Aku kerja kat aircraft ni la, B747 9M-MPL
1hb Oktober 2009... Tarikh bersejarah di mana aku buat pertama kalinya di attach ke Hangar 02 Malaysia Airlines (MAS) untuk menjalani practical (aku pun x sure sebenarnya kenapa, bukan practical kut, tp sebab MAS nk pakai org, kne la kami gi situ... huhu...).