Ha, apa yang buat aku teruja sangat ni? Korang nak tahu? Kalau x nak pun aku tetap nak cerita sebab aku rasa best. Macam biasa la, pagi2 start kerja. Aku dah mula dibelengu kebosanan sebab hari2 kena bukak skru panel kat flap tu je. X mencabar langsung (padahal ada je skru yg x boleh bukak, amat poyo...). Sebab ada skru yg x boleh bukak, kerja tu diserahkan pada contract worker, di mana mereka ini merupakan orang2 yg mahir dalam kerja2 tersebut. Lagipun mereka ada tool yg di sebut screw extractor, so agak senang la kerja.
Jadi tengah aku melanguk tengok brader tu buat kerja, Amirnor nama dia, tiba2 ada sorang technician panggil dari atas rig wing 747 tu. "Sorang, meh sini sini, sape2 la", camtu la lebih kurang dia punya panggilan. Yg tengah tengok time tu pun aku ngan Ekbal je, jadi sebab dah x tau nak buat apa, aku pegi la atas. Pastu dia suruh aku tolong sorang technician, nama dia En. Waghiman. Panggil dia wak je. Tgk muka dia ni relax je, nmpak cool walaupun dah berumur. Dia suruh aku tukar bonding cabel kat dalam integral fuel tank (tangki bahanapi bersepadu, sebab kat dalam wing kapal terbang tu boleh letak bahanapi).
Jadi aku pun pergi la ambik tool yg sesuai, iaitu sebuah combination spanner bersaiz 1/4" ngan 5/16". Mula2 aku masuk separuh je dalam fuel tank tu. Di kala aku menerpa masuk je, bauan Avtur (fuel) terus menerpa lubang hidung aku tanpa sekatan. Lebih kurang minyak tanah la bau dia. Bonding cabel tu terletak kat pipeline dan di bond ke rib wing tu. Aku bukak, dan tukar dengan yg baru. Lepas tu Wak datang, check2, pastu dia cakap ada lagi satu kat dalam. Jadi kene la aku masuk. Uih, memang gelap la. Dah la sempit. Ketinggian dia boleh la cakap dalam sekaki setengah jer. Kene merangkak masuk. Ekbal membantu dari segi pencahayaan di mana dia menyuluh laluan dan objek yg perlu aku tukar tu. Dalam tu kan, dah la gelap, sempit, bau fuel plak tu. Sapa2 yg ada claustrophobia (fobia kepada tempat sempit) adalah tidak digalakkan untuk masuk ke dalam.
Lepas tu kitorg pegi kat section lain integral fuel tank tu, iaitu di bahagian inboard (hampir kepada badan kapal terbang, kalau menjauhi, panggil outboard). Kat sini tanknya lebih besar, jadi bole la duduk, dalam keadaan yang agak selesa la untuk buat kerja, berbanding sebelum ni, sebab aku kena baring. Tak tinggi sangat, tapi agak luas sebab aku, Ekbal ngan Wak boleh masuk dalam tu utk buat kerja. Ada banyak ruangan2 lain dalam tu, macam ada bilik2 plak. Dan dekat satu sudut tu, ada lagi sisa-sisa fuel yg tertinggal, jadi baunya agak kuat la.
Lepas siap kerja2 tukar bonding cabel tu, kitorg lepak2 bawah wing, sambil Wak tunjuk2 mana2 parts dan components yg yg penting kat wing. Wak ni memang seorang yg berpengalaman la, sebab dia dah kerja lebih 22 tahun dalam bidang penyelenggaraan kapal terbang ni. Sebelum MAS, dia kerja kat airforce. Best jugak dengar cerita2 dan pengalaman dia. Ada satu cerita yg buat aku gerun, bila ada orang yg buat inspection dalam fuel tank, pastu kena tutup, dan terperangkap dalam tu. Selepas beberapa lama, kapal terbang tu dijadualkan untuk inspection seterusnya, ada orang jumpa mayat dalam fuel tank... Benda ni jadi kat luar negara la. Jadi precaution kalau kerja kat tempat camu ialah kena ada seorang lagi utk membantu, atau memerhatikan kerja2 yg dilakukan. Mana la tau kalau2 pengsan dalam tu, orang tutup panel, Isi minyak, langsung hilang tanpa dapat dikesan.
Jadi itu la pengalaman aku harini. Kenapa aku rasa best? Sebab aku ngan Ekbal je dapat buat benda tu harini. Kalau esok ada orang lain dapat buat, x kisah pun. Sebab aku yg first dapat buat dalam batch aku. Hahaha, gila poyo. Jadi sampai di sini sahaja penceritaan saya pada hari ini kerana saya masih dalam keadaan high akibat dari bau fuel tersebut. Lain kali pakai mask ye rakan2. Saya nak mandi kerana badan masih berbau minyak tanah. Sekian...
4Feedback(s):
Post a Comment
tak pening pale ke????
hati2 eh bekerja ;)
and tahniah!
tahniah la ea anda yg pertame. :p
tahniah la ea anda yg pertame. :p
Post a Comment