Ok, sambung balik. Dari rumah Todd, kami bergerak ke rumah Odeng plak. Aku x pasti berapa jauh sebab aku membuta je dalam kereta. Ngantuk + letih. Tapi sebelum masuk Felda Odeng tu kami isi minyak dulu, kat Bandar Penawar. Kat sini terjadinya insiden sesat bila kami 1 kereta x perasan yg lain2 dah gerak ikut simpang lain. Apa la, diorg ni pun laju je gerak. Masing orang Johor kut. Tu yg laju je. Tapi dalam kereta kami pun ada gak orang Johor, tapi...
Aku x ingat pukul berapa sampai rumah Odeng, tapi sampai2 je, terus amik port landing. tengok je la gambar kat atas tu. Jadi kalau sape2 ada berhajat nak ajak kami datang, siap sedia la dgn perangai kami ni. Haha... Jangan risau, kami x menyusahkan orang punya, semua baik2, hormat orang tua, tapi makan banyak... Hahaha...
Cakap pasal makan, sebelum kami sampai, kat rumah Odeng mak dia ada buat majlis kenduri aqiqah utk cucu dia. Masih ada belen2 lauk ngan nasik, dan kuih muih utk kitorang bedal. Aku mula2 x de selera nak makan, maybe sebab penat, pastu mata ni dah kuyu je sebab ngantuk. Tapi tengok budak2 ni makan sedap je, terus aku capai pinggan, makan. Banyak jugak aku makan. Pas makan, tido. Budak2 ni ada yg tengok match bola, lantak korg la... Zzzzzzzzzzzzzz...
Ni la gayanya budak2 ni tido...
Pukul 6 pagi, aku tersedar dengar azan subuh sayup2 kat luar. Rumah Odeng ni dekat je dengan masjid. Tapi aku x bangun terus, ngantuk lagi. Bukan ngantuk kut, rasanya dah cukup tido, tapi byk sgt setan bertenggek kat mata. Nasib baik Jack datang kejut, aku pun bangun la... Thanks Jack. Budak2 ni ada yg masih terbungkang, yg dah bangun siap tido balik, yg cakap nak gerak awal x siap2 lagi, macam2... Pastu mak Odeng ajak makan. Dah tempah roti canai utk ami. Banyak gila kut. Ntah berapa keping ntah. Ada la dalam 1 flusk oren cam kat dalam gmbar kat bawah ni. Ye la kan, kami je dah 15 orang, tapi perut double bilangan orang. (Aku pun makan dua keping kut, huhu...)
Sesi sarapan pagi bersama mak Odeng.
Sesi bergambar dengan keluarga Odeng.
Lepas makan, masing2 bersiap utk ke Tanjung Balau. Mandi laut lagi. Sebelum gerak, kami ambik gambar kenangan dulu dengan keluarga Odeng. Nampak masing2 smart je, tapi ada yg x mandi pagi, sebab dah target nak mandi laut. Memang terbaik...
Ni la kami 1 kereta...
Selesai bergambar, kami tinggalkan Felda Adela dengan seribu satu kenangan. X tau la bila lagi dapat sampai situ. Apa pun, terima kasih pada Odeng sekeluarga dengan layanan yg diberikan.
Perjalanan diteruskan ke Tanjung Balau. Tempat ni mmg jadi tumpuan orang. Kalau musim berangin, ramai orang datang sini main surfboard. Tapi bila dah jadi tumpuan orang, Agak kotor jugak la tempat ni jadinya. Ambik gambar sebelum mandi.
Pastu, mandi la... Apa lagi.
Belakang badan aku... Punca? Akbar...
Selesai mandi, bersiap2 utk destinasi seterusnya...
Destinasi seterusnya ialah rumah Apeng. Kat Felda Bukit Aping. Sebab tu la Ali dipanggil Apeng. Sebelum tu, kami singgah Teluk Sengat dulu, sebab ada yg nak beli barang2 motor. Murah agaknya. Kami yg x terlibat dalam urusan jual beli pulak, apa lagi, bergambar la keje. Huhu...
Adi, Wan Karim, Adzhar & Am
Ni la kedainya
Jadi budak2 balik
Aku pinjam kamera Apeng jap. Thanks Apeng,
aku segan sebenarnya nak guna kamera ko,
tapi nak beli x mampu. Huhuhu...
Apa gaya ntah budak 3 orang ni...
Selesai membeli belah, kami bergerak ke rumah Apeng. Time tu dah pukul 1 lebih kut. Perut pun lapar. Agak jauh gak rumah Apeng ni dari Teluk Sengat. Kami sampai dalam pukul 2 camtu, dan disambut dengan hidangan kat atas meja. Alhamdulillah, murah rezeki. Makanan tersebut telah dimasak sendiri oleh mak Apeng dan dibantu oleh kakak dan adik Apeng. Memang sedap, sampai aku x larat nak bangun sebab makan banyak sangat. Lepas makan, kami rehat2 dulu. Plan seterusnya ialah nak ke JB, sebab Akbar nak jumpa awek dia, sebab nak hantar baju tempahan budak2 kat tempat awek dia. Kami tinggalkan rumah Apeng dalam pukul 4 petang. Yang lain2 stay dulu kat rumah Apeng, rehat2...
Sebelum makan nasi, makan kuih raya dulu...
Gambar kenangan dengan keluarga Apeng. Terima kasih banyak2
atas layanan yg diberikan.
Destinasi seterusnya ialah UiTM kampus bandaraya utk menghantar baju. Kami sampai dah pukul 6. Dah jumpa tu, mesti la nak borak2 kan. Diorang berdua la borak, xkan nak nyibuk plak ngan couple org. Huhu... Nasib baik ko belanja minum Akbar, kalau x cepat je kitorang nak blah.
Akbar dan aweknya
Adzhar ngan Wan Karim x solat lagi time tu, jadi kami pegi masjid yg berdekatan utk solat. Aku, Meri ngan Akbar dah jamak awal2 kat rumah Apeng, so tunggu diorang la. Time ni, kami try lekatkan huruf kat number plate Wan. Ceritanya, sebelum sampai rumah Todd, kami terlanggar kucing. Sampai rumah Todd, sedar2 BFA dah tingga B je. Mungkin kucing tu berpaut pada huruf F dan A tu, sampai tertanggal. Sebelum jumpa awek Akbar tu, kami singgah kedai moto kejap, nak beli huruf. Tapi kecik la plak saiznya. Tapi lekat je la. Jadi la macam kat bawah ni...
Sebelum
Selepas
Ni la masjidnya
Ok, ni dah sampai part terakhir perjalanan kami. Lepas selesai sembahyang, kami teruskan perjalanan ke Danga Bay plak. Alang2 dah sampai Johor ni, biar la singgah semua tempat ye x? Kami sampai dah pukul 7.30, matahari pun dah terbenam. Tmpat ni mmg jadi tumpuan orang ramai dan pelancong. Malam camni, x nampak apa pun kat laut, tapi ada lampu2, mmg cantik jugak la. Nak amik gambar, mmg x best la, sebab gelap, so gambar jadi x berapa cantik. Kami jalan2 sekitar Danga Bay tu, pastu terjumpa Fun Fair. Budak2 ni main la seround dua, baling dart ngan tembak2. Aku malas, xde duit. Lagi pun hasilnya x seberapa dengan duit yg keluar. Nasib2 la kalau dapat hadiah best2. Tapi x dapat pun. Huhu...
Next top model
Jadi, berakhir la perjalanan kami. Dah tiba masanya utk bergerak pulang. Kami masuk highway kat Senai Utara tepat pukul 9. Aku drive time ni, dengan kelajuan average 140km/j. Memang amat boring memandu kat highway. Mata berpinar tengok lampu kereta lain, pastu jalan lurus je. Budak2 ni pun senyap je dalam kereta. 2 jam setengah, kami sampai RnR Seremban, aku pass kat Wan. X larat dah. Keluar kereta dah rasa lembik je kaki. Wan drive dari Seremban ke Kota Damansara. Aku tido. Sampai2, singgah kejap Diana, tapi tutup plak. Gi la kedai sebelah, makan2. Balik rumah, tido, esoknya ada prakikal...
Sedar x sedar, aku dah jejakkan kaki kat semua negeri kat pantai barat ni, dalam tempoh 2 tahun aku kat METC. Aku dah rasa sepenuhnya highway PLUS tu, dari utara sampai la selatan. Terasa best plak tiba2. Huhu... Tapi sebelah pantai timur belum ada kesempatan lagi, kecuali Pahang. Harap2 dapt jugak la aku pergi nanti. Ok, tu je buat masa ni. habis jugak siri Trip to Johor. =)
10Feedback(s):
Post a Comment
huahuahuahua
seronok membacanya
mcm aku pon join skali
hahahha
haha...
peace!
=)
akbar wat eh?
nak kene akbar niiiii...
Post a Comment