Billboard

Followers

Monday, October 12, 2009

Makan membawa kekenyangan


Flaming
Hm, lately aku rasa malas nak menulis post baru untuk tatapan para pembaca sekalian. Terasa malas2 jari ni nak menaip. Bila dah rajin dan semangat melonjak-lonjak, internet pulak diserang masalah keperlahanan terlampau.

Ok la, nak cerita sikit pasal program makan memakan plak. Tanggal 9 October 2009, aku bersama rakan-rakan telah berkunjung ke sebuah restaurant steamboat yg bertajuk Flaming. Sebenarnya dah lama sangat la aku nak merasa benda alah steamboat ni. Orang cakap sedap, lagi pun ramai pulak la rakan2 yg dah berkunjung. Masing2 cakap sedap. Jadi agak terliur la nak merasa. Petang sebelum ke Flaming tu, aku dah pergi makan2 kat rumah Mr Hassan kat Kajang. Beliau merupakan salah seorang instructor di METC. Huhu... Nak2 kat Kajang, mesti la ada Sate Kajang ye x? Jadi Mr Hassan dah sediakan Sate Kajang utk sapa2 yg berkunjung ke rumah beliau. Kenyang...
Jadi selepas itu, kami pulang ke apartment D'Rimba utk solat Maghrib, dan bersiap2 utk ke Flaming. Tempatnya terletak berdekatan dengan Sunway Piramid. Kalau nak pergi boleh contact aku, pastu bawak aku skali. Haha... Harga mmg agak murah, RM22 sahaja per person. Cara hidangan adalah stail buffet, iaitu makan sampai x larat. Korang akan disediakan bahan mentah dan dua jenis sup utk merebus bahan2 tersebut, iaitu sup ayam dan tomyam. Antara bahan2 mentah yg ada utk korang masak ialah udang, ketam, sayur-sayuran, mee, dan bebola daging, ikan, dan segala macam jenis bebola lagi (jangan nak buat lawak sewel dengan bertanya
bola sepak, pingpong, golf dan sebagainya...). Selain itu, terdapat juaga beraneka perisa aiskrim yang sedap2, ais kacang yg korg boleh buat sendiri, buah-buahan dan segal macam dessert lagi.
Jadi sila la berkunjung sekiranya anda mampu utk makan dengan byk tanpa rasa was-was. Restaurant ini dijamin halal sebab ada tanda halal. Kalau x yakin korang soal siasat la owner kedai tu. Akhir kata, kalau nak pergi lagi, ajaklah saya... Huhu... Sekian...

Menunggu bahan2 mentah itu masak...


Periuk utk memasak


Aiskrim yg sedap

Hasil kerja kami



Dari kiri, Aliapeng, Wan karim, Akbar, Aku dan Cuki.
Kredit to Adzhar utk gmbr ini. Speyos
tiada dalam gambar kerana sedang mengambil aiskrim...

10Feedback(s):