Billboard

Followers

Wednesday, October 21, 2009

A trip to Johor : Part 2

Banguuuunnn!!!!
Tiba2 tido kitorang dikejutkan dengan suara nyaring yg agak pelat menyuruh kami bangun... Rupa2nya anak buah Akbar. Nama dia Nur Ibratul Humairah. Kemain panjang lagi nama. Panggil Mira je. Punya la kuat dia jerit. Ni Akbar punya keje la ni suh anak buah dia kejut kitorg. Nasib baik comel, kalau x aku ikat je Akbar ngan budak tu, bagi kerengga gigit. Berani sungguh mengganggu gugat keenakan tido aku. (Ceh, dah la tumpang rumah orang, x sedar diri plak ko ye...)


Position tido aku ngan Meri, yg lain tido bawah... Haha...


Ni la budaknya, nasib baik comey... Huhu...
Akbar kejut tu pun nak suh makan, mak dia dah siap masak2 utk kitorg. Terima kasih banyak2 kat family Akbar, terutama kat mak dan kakak2 dia yg bertungkus lumus memasak dan membenarkan kami tumpang tido kat situ. Menu pagi tu ialah lontong, dengan serunding. Peh, sedap giler la, dah lama aku mengidam. Raya aritu x dapat, dah dapat ni aku bedal cukup2... Huhu...

Ni la juadah utk breakfast pagi tu...
Jadi dah bangun pagi2 ni nak ke mana? (Pagi la sangat, dah dekat pukul 9 time bangun tu...). Akbar ajak kitorang pegi mandi laut. Lokasinya ialah Tanjung Leman, dekat je ngan rumah Akbar tu. Dalam 15 minit je perjalanan dengan kereta. Dalam pukul 10 lebih, kitorang gerak gi situ...

Bergambar kat depan rumah dulu... Huhu...

Tanjung Leman ni pantainya bersih, sebab x berapa ramai orang berkunjung ke situ. Bertentangan ngan pantai, korg boleh nmpak Pulau Sibu. Xtau la plak pulau Sibu ni ada kaitan ngan Sibu kat Sarawak tu plak. Pape pun, mmg best mandi, air pun jernih. Kitorang mandi pun x lama, dalam sejam camtu. Ada satu cerita best, x tau apsal aku teruja sangat time nak mandi tu. Lepas bukak baju je, terus terjun, berenang 2 3 stroke, tetiba terasa poket aku berat... Sekali aku berenang dengan wallet aku daa... Abis basah. Berlari aku naik atas, amik towel lap cip kat MyKad ngan ATM Maybank aku, takut karat, xleh pakai plak nanti... Padan muka, gelojoh sangat. Haha...( Dan terbukti kad ATM aku x leh pakai... Adoi, duit xde langsung, camne aku nak pegi buat yg baru???)

Boleh jadi model belaka...

On the way balik, amik gambar kat jelapang lalang...

Sampai rumah Akbar, kitorang mandi2, siap2 nak pegi rumah Minhat. Rumah dia kat Tenggaroh 3, x berapa jauh pun dari Tenggaroh 1. Perjalanan pergi lebih kurang 10 minit kut. Aku mana kira sangat, masuk kereta, usha awek lalu lalang. Padahal xde pun awek, tgh hari buta kut... Sampai rumah Minhat, budak ni dah ada. Geng2 yg gerak dengan Odeng mula jalan dari Rimba pagi tu jugak. Kenderaan mereka ialah sebuah Honda Accord SV4 2.0 manual, bersama2 di dalam kereta tersebut ialah Wan Shah, Apeng, Ikromi dan Anoi. Dah lama kut diorang sampai, kitorg ni je yg berdandan cm model. Tu yg lmbt sket. Ada yg dah siap makan. Lepas makan,
tunggu pengantin sampai, tapi agak lama pastu, pengantin x sampai2. Dengan cuaca yg dah semakin terik, kitorg surrender la, mintak diri nak balik dulu.

Skali baju aku sama kaler ngan Apeng plak...

Sekitar pemandangan kenduri...


Bergambar dengan ibu bapa pengantin...
Sebenarnya kitorang bukan balik rumah Akbar pun, tapi singgah jap g rumah Wan Shah. Lagipun mood raya tengah ada lagi. Alang2 dah sampai Johor ni, kitorg pun ambik kesempatan ni nak lawat rumah diorg. Xtau la pasni sampai lagi ke x. Rumah Wan kat Tenggaroh 5. Kira ramai jugak la budak METC ni yg berasal dari tenggaroh. Lepas Rumah Wan Shah, kitorg gerak gi rumah Speyos plak. Kali ni kereta Wan Karim je yg gerak dulu, sebab kitorg nk rehat kat rumah Akbar. Yg lain2 tu lepak rumah Wan Shah.

Ni kat rumah Speyos...


Letih la konon...

Lepas gi rumah Speyos, kitorg pun gerak la ke rumah Akbar. Sampai rumah dia, Mira menyambut dengan senyuman lebar. Petang tu aku layan la dia, dah lama x main ngan budak2. (Tiba2 terasa rindu plak kat adik aku... huhu...). Sambil2 tu, Wan pun check la keadaan kereta dia. Sebenarnya bumper belakang kereta dia senget sikit, sebab kene langgar haritu. Agak x selesa kalau lalu jalan beralun, sebab bumper tu menyagat tayar belakang sebelah kanan. Jadi petang tu aku berusaha la utk menjarakkan bumper tu. Solutionnya? Seketul batu yg aku selit kat beam sambungan. Setel masalah. Tapi dari petang bawak ke maghrib gak nak setel kan, sampai budak2 ni dah datang aku utk makan kat rumah Akbar, aku x mandi2 lagi.

Ni la gayanya aku merepair. Dengan x pakai bajunya, x senonoh sungguh.
Terut membantu+menyibuk ialah Adzhar yg berbaju hijau...

Lepas mandi dan solat, kitorg makan malam ramai2 kat rumah Akbar. Menunya ialah nasi ayam. Selesai makan, kitorg pun get ready utk perjalanan yg seterusnya iaitu ke Felda Adela, utk berkunjung ke Rumah Odeng pulak. Gila la kan kitorg ni, 1 hari je dah berapa rumah kitorg jalan... Bermula dari sini ada 4 buah kereta, iaitu kereta Wan Karim, Pistol, Odeng dan jugak Lan Achong. Dia sampai lewat sikit sebab lambat gerak dari Nilai. Turut bersama ialah Syawal, Yusri, Mat Jan dan Todd..


Bergambar di rumah Akbar...

Selepas bersalam-salamn dengan keluarga Akbar, kitorg pun meneruskan perjalan utk ke rumah Odeng. Dalam kereta aku tido je, dah letih sgt kut. Tapi sebelum tu singgah rumah Todd dulu. Mak dia dah buat bihun toyam, tapi aku x makan pun. Xde selera kut sebab ngantuk+letih. Pastu time amik gambar pun aku x nak. Huhu... X caya korg tengok gmbr bawah ni, sume pandang aku. Sorry la ye kawan2, aku letih, xde mood dah time tu. Tapi last2 aku gi la jugak. Huhu... Aku ni ngengada gak kadang2... Haha...



Selesai kat rumah Todd, kitorang truskan lagi perjalanan ke rumah Odeng. Aku tido lagi... Huhu...
Ok la, aku dah letih menaip. Tunggu part 3 plak...

8Feedback(s):