Billboard

Followers

Showing posts with label jalan2. Show all posts
Showing posts with label jalan2. Show all posts

Sunday, March 31, 2013

Dapat jugak kacang pool!

Seperti yang dimaklumkan, dari hari Jumaat haritu aku berkunjung ke Johor Bahru. Jalan-jalan cari makan, sambil jumpa teman baru, Meng. Okay, kacang pool ni memang aku dah lama teringin. Sebelum ni tak pernah merasa, tapi dengar orang cerita je buat aku kecur liur nak mencuba. Kacang pool ni kuah, yang ramuannya terdiri dari kacang pool, daging cincang dan rempah-rempah, enak dimakan bersama roti bakar. Dalam kuah tu sebelum dihidang akan diletakkan sekali hirisan bawang besar, cili dan telur mata. Cakap banyak pun tak guna, try sendiri la der. Oh lokasinya, food court depan balai bomba Larkin, cari sign Kacang Pool Haji. Menurut kawan-kawan aku, ni antara yang famous dan sedap. Semangkuk siap roti bakar RM4 sahaja. Sangat berbaloi. So kalau jalan-jalan area JB jangan miss makan kacang pool ni. 

Cari signboard ni.

Ni dia rupanya. Tengok gambar ni dah menitik air liur balik terbayang rasanya. Haish.

Air ni beli kat kedai sebelah. Meng minum air kelapa laut, aku punya Ais Jelly.

Lepas habis makan tu, aku rasa macam nak tambah je lagi satu kacang pool. Dan si Meng pun tak abiskan kacang pool dia, so memang aku jadi tukang habiskan. Tapi usha meja sebelah makan tauhu bakar macam best je, terus order tauhu bakar. RM4 sepinggan. Ni pun sedap!

Banyak dan kuahnya sedap. Pedas manis-manis.

Ni lah Meng, tourist guide aku. Terima kasih Meng! Gangster ni. Jaga-jaga der.

Kalau dah terliur sangat tapi jauh nak pergi, apa kata korang try masak sendiri. Ni resepi aku jumpa kat blog Masam Manis. Cuba lah! 

Friday, March 29, 2013

Mobile blogging

Ini saje nak test, blogging dari phone. App Blogger boleh didapati di Google Play. Phone aku kecik, so aku rasa mcm x puas je blogging dalam ni. Sempit. Ruang fikiran pun jadi sempit. Ok merepek.

Aku nak bersiap, jap lagi nak ke Johor Bahru. JB aku datang!

Saturday, July 2, 2011

Jalan petang Tanjung Harapan

Harini tak tau nak buat apa. Bila cuti duduk kat rumah pun tak best jugak. Memang la nak rehat, tapi kalau tidur je sepanjang hari tak jadi apa jugak kan. Jadi bila Syamil ajak pergi Klang untuk tukar tayar motor dia kat rumah  Capik terus aku nak ikut. Kebetulan aku nak tukar ekzos dengan Nizam. Alang-alang, boleh jugak pergi tepi laut ambik gambar.

Mula-mula tukar ekzos motor aku dulu kat rumah Nizam, then ke rumah Capik pulak tukar tayar motor Syamil. Siap semua, kitorang terus ke Tanjung Harapan. Dulu tempat ni dipanggil Tanjung Gila. Tak tau la betul ke tak, Capik yang cerita. Huhu.




Best duduk tepi laut petang-petang hari ni. Lagi-lagi dah nak sunset, syahdu je rasa...

Wednesday, May 18, 2011

Teringin sangat

Tadi kat Facebook Zainuddin letak gambar sawah padi. Suddenly aku teringat pasal trip ke Perlis few years ago. Suddenly teringat nak tengok balik gambar. Bila tengok satu-satu, rasa rindu pulak nak main kat tepi sawah padi, ambik gambar sunset yang cantik, dengan latar belakang sawah padi yang menghijau.

Lebih-lebih lagi bila aku racun Timun sampai dia bersemangat nak ke sana. Sudahnya bila dia dah semangat aku balik yang teracun nak pergi. Nampaknya kena mengumpul duit lagi la ni. Ot, oh Ot...

Ni one of pictures yang aku rasa best. Gambar bayang-bayang aku ngan Meon. Romantik kan? Hahaha...


Kalau rasa nak tau lebih lanjut pasal trip tu, boleh la tengok pos aku yang lama. Indera Kayangan Trip. Ada tiga part tu....

Wednesday, April 20, 2011

Felda Sungai Klah Trip Part 2

Ahad, 17 April 2011: 

Aku tersedar pukul 6 pagi. Riuh rendah suara geng tengok bola balik rumah tu. Tapi malas-malas lagi nak bangun. Letih malam tadi tak hilang lagi. dah pukul 6.30 baru aku bangun solat. Lepas tu tengok luar, cuaca cantik je, jalan-jalan pun best. Terus aku mandi, siap hensem-hensem, ajak beberapa orang yang tak tido balik lepas solat jalan-jalan pusing kampung. Best!

Terbongkang

Jalan pagi

Balik dari jalan-jalan, kitorang lepak borak-borak depan rumah tempat penginapan kitorang tu. Planning lepas ni nak pergi mandi air panas ke mandi sungai. Haish, ni nak pergi kenduri ke apa ni? Bukan apa, tak selalu datang sini. Lagi pun, family Adli gunakan khidmat katering, tak ada la rewang-rewang. Kenduri pun lambat lagi. Lepas buat keputusan, kitorang sebulat suara memilih untuk mandi air panas kat Sg Klah Hot Spring. Sebelum tu, pergi makan sarapan dulu kat rumah Adli. Alep dan Jas pun sampai pagi tu. Diorang berdua je yang naik motor gerak hari Ahad. 

Mesyuarat kat tempat penginapan.

Salah seorang photographer, Ali Apeng.

Kitorang sampai Sg Klah Hot Spring dalam pukul 10.30. Dengan matahari dah mula naik, pergi mandi air panas. Memang tak jadi apa. Kejap je kitorang mandi situ, last-last pergi kolam air sejuk pulak. Best jugak la kolamnya. Besar, siap ada gelongsor lagi. Dah lama tak jadi budak-budak. Apa lagi, buat keretapi la main gelongsor. Lepas dah penat mandi, kitorang merebus telur kat kolam air panas pulak. Kolam kat sini terbahagi kepada beberapa bahagian. Yang kitorang mandi sebelum tu tak panas sangat. Yang rebus telur ni pulak suhu dia cecah 90 ke 100°c la jugak. Kalau mandi silap-silap masak daging kat badan.

Sakan main air

Weeee!!!

Dah habis mandi tu, baru la kitorang balik ke tempat penginapan, bersiap-siap untuk ke majlis kenduri. Sampai sana, ramai kawan-kawan yang baru datang dari Subang dah ada kat sana. Siap dah makan lagi. Total yang datang kenduri kahwin kakak Adli ni lebih 50 orang. Meriah kan?

Gambar kenangan bersama pengantin

Lepas tu, kitorang pun bersiap-siap la untuk balik. Tapi, belum nak balik Subang terus. Kitorang nak singgah rumah kawan kitorang, Todd kat Felda Soeharto, Selangor. Dia terlibat dalam kemalangan baru-baru ni. Alang-alang dah berjalan tu, singgah la dulu kan. Yang naik kereta gerak lambat sikit kut. Kitorang yang naik motor ni gerak dulu. Shafiq Sahlan, Zainuddin dan Zammuri pulak ada hal, jadi diorang gerak balik terus ke Subang. Tinggallah kami berlapan naik motor, termasuk Alep dan Jas. Apek yang datang sekali semalam pun balik lewat sikit.

Isi minyak kat Sungkai.

Masa kitorang ampai rumah Todd, yang naik kereta semuanya dah sampai. Masing-masing tengah melantak mihun goreng dengan air oren yang family Todd sediakan. Tengok je la gambar bawah ni, betapa meriahnya suasana kat rumah Todd. Parents dia pun happy je bila kitorang datang. Todd yang sebelum ni murung dah boleh la senyum bila kawan datang ramai-ramai camni. Kitorang doakan ko cepat sihat semula Todd. :-)

Sesak

Gambar kenangan sebelum balik.

Semuanya gerak balik dalam pukul 5 petang. Alhamdulillah, perjalanan balik lancar tanpa sebarang masalah. Hujan jugak la masa balik, tapi renyai-renyai, tu pun sekejap je. Apa pun, memang one of the best trip ever. Thanks a lot untuk family Adli, family Todd, tak dilupakan juga Alif Saad, Syuk Yassin dan juga Fakhrul Tahfiz a.k.a. Timun untuk gambar-gambar dalam blog ni. Sekian...

p/s : aku exam esok. doakan kejayaan aku ea... =)

Tuesday, April 19, 2011

Felda Sungai Klah Trip Part 1

Sabtu, 16 April 2011 (Birthday aku weh!)  :

Perjalanan dimulakan dengan berkumpul kat port lepak kitorang masa duduk kat D'Rimba dulu, Restoran Diana kat Kota Damansara.Kitorang mulakan perjalanan dalam pukul 10.15 malam. Yang naik kereta ada yang dah gerak petangnya. Kami yang naik motor ni seramai 10 orang, terdiri dari Aku, Akbar, Rutet, Zainuddin, Zammuri, Shafiq Sahlan, Apek, Speyos, Pidut dan juga Tontoi. Kitorang jalan waktu malam, sebabnya ada yang ada hal petang tu, lepas tu malam sejuk sikit, selesa la nak bawak motor jauh-jauh. Tak ada la penat sangat kan. Lepas isi minyak, kitorang keluar dari Tol Kota Damansara masuk ke Lebuh Raya Utara Selatan menuju ke arah utara.

Tak berapa lama lepas tu, motor Shafiq Sahlan pulak pancit. Baru sampai Rawang. Tinggallah aku, Akbar, Rutet, dan Tontoi membantu. Yang lain-lain dah lepas ke depan, laju sangat. Pidut pulak kejar diorang, dekat 20km baru dapat jumpa balik. Last-last diorang tunggu kat Hentian Tanjung Malim je.

Berbalik kepada kitorang pulak. Masa pancit tu, ada la lagi 8km nak ke hentian Rawang. Tools aku ada, Tontoi pulak ada tiub tayar, boleh la nak ganti. Tapi masalahnya tak ada pam pulak. Jadi nak tak nak kena la jugak bawak motor yang dah kempis tayar tu. Bawak slow-slow, akhirnya sampai jugak.

Agak lama jugak la kitorang kat situ. Mula-mula cadang nak terus letak angin je, sebab tayar tu tubeless sebenarnya. Tiub yang bocor pulak bocor kat sebelah dalam, maknanya bukan sebab ada paku atau benda tajam lain, tapi sebab permukaan sport rim yang calar, lepas tu ada serpihan besi sikit. Tapi pam pulak tak kuat. Angin jenis putus-putus, bukan macam kat kedai motor tu, terus masuk je. Last-last ikut cadangan Tontoi la jugak, guna tiub. Nasib baik ada kertas pasir kat dalam bonet motor aku. Perlu sebab nak gosok kesan calar yang ada besi tajam tu, kalau tak tiub boleh bocor balik.

Yang kiri sekali Tontoi, Aku kat tengah, depan tu Rutet, yang belakang macam tengah mengenang nasib tu Shafiq Sahlan. Akbar tukang ambik gambar.

Gosok

Kitorang siap pun dah pukul 12 lebih. Sampai Tanjung Malim dah dekat pukul 1 pagi. Kesian diorang kena tunggu lama. Lepas isi minyak, kitorang teruskan perjalanan ke Felda Sungai Klah.


Kat hentian rehat Tanjung Malim.

Sebelum sampai Sungai Klah, Apek berpisah dengan kitorang, sebab dia balik Felda Trolak. Dah dekat lagi pun, jadi dia datang esoknya. Kitorang sampai rumah Adli pun dah pukul 2 lebih. Makanan pun dah tersedia, apa lagi kan. Yang dah sampai siang tadi dah siap makan, tengah lepak tengok bola. Ada jugak yang naik kereta gerak tak lama lepas kitorang mula jalan. Tapi diorang sampai dulu la kan. Tak lama lepas tu, kitorang pun ditunjukkan tempat penginapan kitorang. Ada rumah pegawai Felda yang kosong, jadi kitorang tumpang bermalam kat situ. Ramai jugak, habis penuh rumah tu dengan kitorang. Dalam pukul 3.30, aku terlena...

Sunday, April 17, 2011

Dah tiba

Aku baru balik dari Felda Sungai Klah, Perak. Alhamdulillah, perjalanan pergi dan balik selamat tanpa apa-apa kemalangan. Trip yang meriah, best lagi mencabar. Esok-esok la aku tulis ea. Ni penat sangat rasa. Nak berjalan pun rasa longgar segala urat sendi. Ni rasa macam nak demam pun ada. Haish...

Tuesday, March 22, 2011

Ride to Segamat : Day 1

Perjalanan bermula di pagi Sabtu 19hb March 2011 yang dingin dan redup. Risau jugak musim-musim hujan ni, dah la nak jalan jauh. Kitorang berkumpul dekat Restoran Arafah, dekat dengan rumah aku. Ride yang disertai oleh aku, Zaki, Rutet, Ikromi dan Apek ni mula meninggalkan perkarangan Restoran Arafah dalam pukul 8 pagi. Perjalanan dengan purata kelajuan 130km/j secara keseluruhannya mengambil masa 3 jam Tapi bila campur dengan berhenti isi minyak, terlepas exit highway, trafik light dan sebagainya jadi la 4 jam. Sampai rumah Rutet yang juga satu kampung dengan Cuki, iaitu adik kepada pengantin yang kitorang nak pergi kenduri ni. Cuki ni pun satu batch dengan kitorang. Lagi satu, Cuki dan rakan-rakan dia la yang buat hantaran. Kalau nak buat tempahan boleh tengok kat blog diorang, Chermin-Arts.

Sampai dalam pukul 12, kitorang rehat sekejap kat rumah Rutet. Bila dah makin lapar, pergi rumah Cuki pulak, makan kenduri. Teruk perangai.

Melantak je keje. Abis makan nasi makan kek pulak.

Yang kiri tu Cuki, pastu akak dia, ngan abang ipar dia.

Macam tengah alter pelamin pulak gaya.

Kitorang rasmi dulu.

Yang ni dengan parents pengantin pulak.

Lepas tu, nak tunggu turn pengantin bersanding lambat lagi. Mata pun dah kuyu je masing-masing. Nak dok luar panas. Last sekali bilik Cuki jadi mangsa tuk kitorang lelapkan mata. Tak senonoh kan, tido kat rumah orang kenduri...

Punya la terbongkang tido.

Bila sampai turn nak ambik gambar, sume muka ngantuk je. Hahaha...

Lepas dah ambik gambar, Rutet ajak kitorang pergi kenduri rumah kawan dia pulak. Kawan dia yang kawin. Nama Fatin ke apa ntah. Datang je terus masuk rumah ambik gambar ngan pengantin. Pelik je rasa. Dah la tak kenal. Lantak, janji boleh ambik gambar.


Lepas tu, kitorang balik ke rumah Rutet. Kat sebelah rumah dia pun ada kenduri, tapi kecil-kecilan je la. Jiran dia ada majlis akad nikah. Kitorang yang lain dah penat, so decide stay je kat rumah Rutet. Dia sorang je yang pergi. Yang lain, ada yang tido, aku pulak bukak motor, tukar minyak hitam, Zaki pulak basuh motor. Dah petang sikit, dalam pukul 6 kitorang jalan-jalan pusing Felda Pemanis. Aku tengok awek kat sini manis-manis belaka. Mungkin sebab dah nama Felda pun Pemanis ye tak? (Tapi you lagi manis la Mrs Acancapix. Ngeeee...).

Best jalan-jalan petang naik moto ni, boleh tengok ragam orang, tengok pemandangan indah, carikan jodoh untuk Zaki, ops...

Ni la rumah rutet.

Malamnya kitorang ke rumah Cuki balik. Hajat nak tolong kemas apa yang patut, tapi dah siap kemas dah pun. Kitorang tolong habiskan makanan je la. Lepas tu lepak tengok tv, cerita Mission Imposible 3. Ingatkan nak balik rumah Rutet balik, tapi memandangkan ramai yang dah terbongkang depan tv. Aku pun mula-mula ingat nak ke rumah Rutet balik, sebab bekas contact lens ada kat sana. Tapi Cuki ada bekas contact lens extra, sudahnya kitorang tido situ je la.

Sangat letih you all...

Bila aku tengok balik gambar ni rasa letih pulak, esok la aku sambung day 2 punya. Chow...

Sunday, February 27, 2011

Supermoto Championship @ Elite Speedway

Tadi pagi aku ke Shah Alam. Hajat nak cari low cam untuk motor aku dengan ditemani oleh abang C.D.I. Makan sarapan dulu kat restoran Khalifah sebelah Stormbikers Seksyen 7 Shah Alam. Boleh pulak terjumpa member sekolah aku kat SBPIJ dulu, Acap Md Zin. Pas borak-borak kejap, misi mencari bermula. Dari Shah Alam membawa ke Klang tak jumpa-jumpa. Ada la dalam 10 kedai kitorang tanya. Cari pulak hari Ahad, kedai lain banyak tutup. Mana nak jumpa. Last-last singgah rumah Capik kat Kg. Raja Uda, tukar minyak hitam motor, pastu lepak borak-borak. Si Capik ni pulak rajin je nak berjalan, dan kebetulan ada event at Elite Speedway USJ, yang kat highway Elite tu. So dengan perut kosong kitorang ke sana.

Sampai sana hujan la pulak. Tapi sempat pekena char kuey teow dulu kat gerai tepi-tepi trek tu. Marveles la dengan hujan dan perut lapar. Tapi aku makan slow-slow, barulah menikmati rasa char kuey teow tu. Amacam, falsafah tak gua? Dah siap makan, hujan pun dah berhenti, event pun start balik. Hujan lalu je pun, so trek takde la basah mana. Aku tak tau kategori apa, tapi yang nyata, 2 orang adik beradik yang berumur 10 dan 13 tahun dah berjaya mengalahkan rata-rata peserta yang lagi tua dari diorang. Tapi motor diorang memang power la kan. Training siap kat California, USA lagi. Memang keturunan kaya-raya. Kalau aku dilantik jadi CEO jap lagi, nescaya aku support adik-adik aku suh diorang main supermoto ke, motocross ke, cubprix ke. Berangan sudah...

Cerita banyak tak guna, datang la kalau nak tengok bestnya main motocross atas trek asphalt (bahasa kampung : jalan tar). Event harini pun baru permulaan untuk memperkenalkan sukan supermoto ni kat Malaysia. Next event mungkin kat Sepang dengan trek ikut spesifikasi supermoto iaitu tarmac (trek jalan tar) + gravel (jalan tanah).

Aksi bermula


Ni la budaknya. Bertuah sungguh ada orang sponsor.

Akal fikiran Capik tak boleh diduga. Ntah-ntah di sarung rim ngan tayar ni kat motor dia.

Ni lah abang C.D.I macho bergaya. Tengah cari skandal. Sape nak jadi skandal dia boleh contact aku.

Ni pulak Capik. Muka market, save sikit. Pun tengah cari skandal.

Amacam, sekali gua tulis panjang baru padan muka korang nak baca.

P/S: Untuk adik-adik abang, kalau korang minat nak berlumba doakan abang korang ni cepat kerja, gaji besar, kaya raya, confirm aku support korang. Hahaha...

Wednesday, December 8, 2010

Pegi sorang-sorang, balik ramai-ramai.

Perjalanan ni sangatlah tak dirancang. Last minit punya keputusan. Sebab apa, malam tu semua budak rumah aku tak ada. Lagi pun aku fikir, dok rumah je tak berhasil, baiklah aku pegi rumah Kiro kat Felda Maokil tu. Boleh gak tengok-tengok dia repair moto, bleh blaja. Kata orang, menuntut ilmu biar sampai ke negara China. Ni Maokil tu kat Labis je pun, still dalam Malaysia, takat naik motor 3 jam setengah tu apa ada hal. (Tapi pinggang rasa cam nak patah gak la...).

Aku gerak hari Sabtu, dalam 6.30 pagi. Gila awal, matahari pun tak berapa naik lagi. Dah la mendung semacam, sejuk pulak tu. Masa jalan tu dah rasa cam nak patah balik je. Tapi alang-alang dah jalan tu, teruskan je. Tapi time jalan tu motor semput semacam, lari pun 100km/j, bila nak sampai? Aku berhenti kat USJ, bukak motor, repair sikit, baru la ok. Dapat la maintain 120km/j. Masa tu pun berbelah bagi gak, nak balik ke nak teruskan, tapi bagi aku, sekali dah melangkah, jangan pandang belakang. Amacam, sastera kan gua?

Sampai Seremban, hujan mula turun renyai-renyai. Sebab renyai-renyai je aku teruskan jalan. Berpandukan SMS Kiro, aku dapat carik rumah dia. Sampai dalam pukul 11.30 pagi dengan keadaan basah lencun, aku mandi jap, kemudian bukak motor. Punya komited nak setting sampai ke Johor kan? Berhenti jap makan tengah hari, mak dia masak ikan asam pedas. Memang sedap, lagi-lagi tengah hujan camtu. Sambung balik sampai ke senja. Pastu malam lepak-lepak sambil borak-borak dengan kawan baru. Kiro ni pun aku baru kenal masa gi FNF MBC aritu. Dia sekampung dengan Rapie. Dalam pukul 1 pagi camtu, terus pengsan....

Esoknya, kitorang ambik gambar kenangan kat perkarangan rumah Kiro. Besar rumah dia, laman pun luas, sebab rumah corner lot Memang cun la lokasi pengambaran. Lagipun, bukan selalu 3 generasi Wave 125 jumpa macam ni. Sorang satu generasi.


Dari kiri : Motor Rapie, Wave 125X; motor Kiro, Wave 125S; dan motor aku, Wave 125R.

Aku pakai baju biru, sebelah tu Rapie.

Sebelum mulakan perjalanan pulang ke KL, kitorang alas perut dulu dengan nasi lemak yang mak Kiro masak. Sedap masakan mak ni, rasa macam nak balik kampung plak rasa. Lagi-lagi bila menaip dalam keadaan lapar. Ish... Kitorang mulakan perjalanan dalam pukul 12 tengah hari. Singgah kejap kat Tangkak, isi minyak, then masuk highway ikut susur masuk dari Tangkak. Berhenti kejap kat Ayer Keroh, isi minyak dan makan lunch, pastu teruskan lagi perjalanan sampai Seremban. Kat Seremban rehat lama sikit, solat, minum-minum, sambil tengok-tengok konvoi motor-motor lain.

Ni pulak Kiro.

Motor ni sangat kuat... Kalau jumpa kat highway boleh la try menyakat dia.

Lepas tu sambung jalan balik, singgah rumah Kiro kat Shah Alam, makan malam, then ke Ara Damansara pulak, borak kejap ngan Pak Tam sambil minum-minum. Pastu baru la balik rumah. Bayankan berapa banyak aku berjalan. 2 hari tu rasa sangat lama kat aku. Dah la Isnin keje, tapi memandangkan Selasa cuti, so aku tak kisah sangat. Sekian laporan jalan-jalan kali ni.

Saturday, October 9, 2010

Lentang Terlentang

Berikutan konvoi ke Sungai Gabai yang tak menjadi lepas pergi rumah Mimi hari tu, hari Ahad, 3hb Oktober 2010 aku ke Hutan Lipur Lentang, dekat highway Karak tu ha. Asalnya function Mozek dengan geng-geng bisnes dia, tapi sebab tak ada geng nak naik motor, dia ajak aku. Siap ditabur janji-janji manis ada awek-awek turut serta. Siot je. Ingat aku bermata keranjang? Main bola keranjang pun tak reti. Awek pun berapa kerat je. Jantan ramai la. Tapi aku ikut bukan atas dasar nak mandi sungai, apatah lagi nak mengusha awek. Aku gian nak berkonvoi. Semenjak ke Melaka minggu lepas, rasa gian je nak ride jauh-jauh. Kalau duduk rumah je hari cuti mau tepu dek tido ngan tengok tv je.

Tapi tak kan la aku sorang je kan. Dah la tak kenal kawan-kawan Mozek, tambahan pulak aku ni pemalu, macam mana aku nak bersosial dengan diorang. So aku dah mempelawa beberapa orang rakan untuk turut serta. Antaranya Tontoi, Speyos, Rutet, Zaki dan beberapa orang lagi. Sorry la kat sapa-sapa yang aku terlupa. Mozek pun message time tengah malam. Akhirnya, dapat la jugak 5 orang. Mozek, aku, Rutet bawak Md Deham, dan jugak Zaki. Kitorang berkumpul kat Restoran Arafah dulu sebelum mula bergerak pukul 8 pagi.

Kitorang singgah Kota Damansara dulu, isi minyak dan beli makanan untuk lunch. Perjalanan pergi agak lancar, dengan cuaca baik. Tak ada tanda-tanda macam hari nak hujan. Sebelum masuk highway, kitorang berhenti kat tol Highway Karak untuk tunggu lagi seorang kawan Mozek. Dari sana, kitorang gerak sama-sama then singgah kejap kat Hentian Rehat Genting Sempah. Minum dulu, isi perut yang lapar.

Dalam perjalanan dari Genting Sempah ke Hutan Lipur Lentang tu, motor Zaki ditimpa masalah. Skru yang mengikat karburetor ke manifold hilang. Mula-mula syak macam ada orang bukak. Tapi macam mustahil la pulak sebab memang susah nak bukak skru tu kalau tak bukak cover set. Kitorang tunda motor Zaki sampai ke tempat mandi tu, lepas tu bukak motor dia. Kebetulan aku bawak cable tie, so dapat la jugak buat pengikat sambungan karburetor ke manifold tu. Lepas settle semua, baru la ada semangat nak mandi.

Asal boleh je ni.
Tu dia bertambat sana sini.

Aku tak tau berapa ramai orang yang ada. Tapi memang ramai la. Aku ni jenis kalau sekali ramai-ramai memang tak bertegur la sudahnya. Segan. Tapi kalau kenal dalam grup yang kecik boleh lagi aku nak try borak. Apa pun, kitorang mandi je la. Aku masuk tak sampai 15 minit dah keluar. Tak tahan sejuk la, kulit nipis. Aku duduk atas je, tengok orang mandi, sambil ambik gambar orang buat stunt terjun-terjun. Layankan aje gambar-gambar kat bawah ni.




 Jambatan gantung. Best main lompat-lompat.

 Saloon rambut.

Kalau gua amik mesti lagi hensem gambar ni.



 Perbincangan nak tekel awek yang mana satu.

Flying kick. Power mamat yang ambik gambar nih.

Lepas tension sebab karburetor tercabut.

Lompatan berduet.

Kitorang gerak balik dalam pukul 1. Singgah dulu kat Genting Sempah sekali lagi untuk menunaikan solat Zohor, lepas tu sambung balik perjalanan. Masa balik ni memang best sebab turun bukit. Tapi cuak jugak la, sebab aku tak biasa dengan jalan ni. Dah la banyak selekoh. Apa pun, memang best layan lap. Cuma tak berani nak corner sampai cecah lutut. Pakai baju biasa je, kut terseret lutut, mau beralih tempurung lutut. Zaki dalam rosak-rosak motor dia tu boleh pulak lari sampai 140km/h.







Sampai Subang, kitorang singgah minum cendol kat Gerai Cendol/Laksa Jitra Mai cawangan Subang Perdana. Bukan calang-calang Jitra Mai ni, banyak gak cawangan diorang ni. Lepas pekena cendol pulut, masing-masing beransur pulang. Aku pulak teman Zaki pergi bengkel motor untuk menggantikan balik skru yang hilang tu. Sekian sahaja paparan hujung minggu aku untuk minggu lepas.

 Muka keletihan lepas lari 160km/h.

 Tapi bila cendol sampai, segar terus muka.

Brader ni kata, motor Lagenda memang selalu jadi masalah macam ni. So bawak-bawak la check skru karbureor motor korang. Lagi afdal bawak cable tie sebagai bekalan.