Billboard

Followers

Monday, June 28, 2010

Misi mengecat yang tergendala

Habis kelas, terus keluar pergi kedai hardware. Adzhar ngan Wan nak buat shelf, so diorang beli la segala macam bahan-bahan membuat shelf. Macam masak pulak guna bahan-bahan. Kitorang beli jugak cat untuk dinding dan untuk perabot. Nak beli baru perabot alamatnya koyak rabak la poket masing-masing. So gunakan apa yang ada, cat balik, dah nampak sedondon. Hopefully jadi la. Katil sekenhen yang ada tu boleh jugak la berwajah baru bila dah dicat.

Kat kedai hardware tu tak ada jual kaler Chili Red yang macam aku nak. So kitorang pergi kedai lain. Last-last jumpa jugak, dekat dengan Restoran Subaidah Kota Damansara. Ada kedai ICI Deluxe kat situ. Kira-kira balik, seratus lebih jugak dah habis untuk cat dan sebagainya. Tak apa la, janji rumah cantik, puas hati nak duduk.

Harini baru nak mengecat. Plan semalam, tapi kedai cat tutup. Last-last hantar barang, makan pastu bincang sikit pasal rumah. Susah gak nak pindah rumah ni. Macam-macam nak buat. Aku rasa kalau jenis tak kisah, masuk rumah sewa kosong, tido atas toto, baju letak dalam beg, pastu ada tikar sehelai sudah. Tak payah sibuk-sibuk cari perabot, nak cat, nak hias bagai. Tapi aku tak sanggup. Hohoho...

Sunday, June 27, 2010

German titik England?

4-1 tu. Rugi la tak tangok tadi. Baru sampai dari rumah sewa, check Livescore dah 4-1. Aliapeng, jersey nak buat apa lepas ni? =p

Singgah kejap je

Ni aku balik kejap lepas tido rumah baru semalam. Sengal segala urat saraf. Dari pukul 11 malam, berkemas sampai pukul 1.30 pagi. Dengan tak makan malamnya, rasa macam nak pitam pun ada. Tapi memang saja je tunggu, sebab nak tengok match USA vs Ghana. Aku ngan housemate lepak kat Restoran Arafah, betul-betul depan kawasan apartment kitorang. Game malam tadi memang best. First half memang Ghana pegang, second half dah agak slow. Game habis dengan seri, hujan dah mula turun rintik-rintik. Mata pun dah berat, tapi ada masa tambahan. Baru nak gerak balik, Ghana bagi gol sebijik lagi. Cun-cun je menang 2-1.

Aku tak balik D'Rimba. Bermalam kat rumah baru, masuk rumah, landing, kejap je dah tido. Memang letih la sehari suntuk berkemas. Lepas tu boleh pulak mimpi pasal cerita Chuck. Aku dapat Intersect 3.0, lagi advance dari dalam cerita tu. Apa daaa, mimpi tak boleh blah langsung. Jangan terpengaruh dengan cerita yang anda tengok.

Aliapeng and the gang pun menyewa kat Apartment Jasmin tu jugak. So diorang singgah kejap rumah aku tadi, melawat sambil mengkritik. Diorang datang ambik kunci rumah diorang. Pukul 2 tadi, kitorang gerak balik D'Rimba, makan tengah hari dan petang ni, nak pergi kedai cat. Adoi, nak mengecat pulak dah. Letih wooo...

Saturday, June 26, 2010

Memperkenalkan Meri...

Ni aku nak promote sikit blog member aku, Muhammad Zamri bin Mukhtar ataupun nama pena beliau, Meghi (Meri). Sebelum ni dia penah jadi penulis tamu kat blog Aliapeng. Post pasal hari Thaipussam kat Batu Caves. Kalau rajin korang cari la balik. Dia punya ayat memang puitis, tapi lawak. Dulu masa kat Ara Damansara dia housemate aku. Takut gak nak tegur mula-mula. Muka ganas, badan besar. Bila dah kenal, dia ni lawak rupanya. Dan agak pemalu sikit. Hahaha...

Ni ha blog dia, sila-sila la jengok dan bagi tunjuk ajar. =)
Ilustrasi Ilusi.

Ok, malam ni lepak rumah baru. Nak kemas overnight. Tengok bola kat Arafah. Siapa mau join?

Tuesday, June 22, 2010

Penjara Pudu dirobohkan



Penjara Pudu yang berusia lebih 100 tahun dirobohkan semalam, 21 June 2010, jam 10 malam. Aku tak faham kenapa satu peninggalan sejarah yang bermakna macam ni senang-senang je dirobohkan untuk projek komersial. Nak buat shopping complex ke hape ntah. Tak cukup-cukup lagi tempat nak bagi manusia lalai dan leka. Bagi aku, setiap benda ada nilai nostalgia yang tersendiri, dan bukan semua orang faham untuk menghayati apa yang tersirat. Mungkin orang yang membuat keputusan untuk merobohkan bangunan ni hanya melihat ia sebagai bangunan buruk, yang mencemarkan pandangan, dan lebih elok dirobohkan untuk memberi laluan kepada pembangunan yang boleh mendatangkan duit. Duit memang berkuasa sekarang ni, dan lebih bernilai dari nilai sejarah yang boleh membangkitkan jati diri seorang warganegara...

Serious aku touching. Bangunan ni tak salah apa-apa pun...

Sunday, June 20, 2010

Laporan kenduri kahwin akak Meon

Tafi tengah hari aku pergi kenduri kahwin kakak Meon. Kenduri ni untuk upacara menyambut menantu bagi pihak pengantin lelaki. Lokasi kat Ampang. Tu pun dah hujun-hujung Ampang. Jauh jugak weh. Kematu punggung atas motor, dah la panas. Aku menumpang motor Rutet. Total semua 11 orang dengan 7 motor. Kitorang berkumpul dekat Shell Kota Damansara sebelah McD, then gerak sama-sama dari situ.




Kitorang sampai, pengantin dah tiba. Punya la ramai orang. Kenduri kat kawasan rumah pangsa, so kena la jemput semua orang. Dengan saudara mara lagi, memang ramai. Sampai tak ada tempat duduk. 


Sebab orang still ramai dan perut pun dah lapar, ambik nasik, makan kat tempat parking motor dalam kawasan pangsapuri tu. Bab makanan memang best. Biasa la nasik minyak dan lauk-pauk kenduri. Tambahan ada ABC, mee kari, laksa dan rojak buah. Akak yang cedok nasik tu boleh bagi banyak sangat pulak, sampai aku tak larat nak makan yang lain-lain tu. Aku makan rojak buah je, pastu surrender.








Sebab kali ni kenduri untuk pihak pengantin lelaki, kitorang takde la nak pergi ambik gambar sekali dengan pengantin. Segan kut nak mintak. Huhu... Kitorang balik dalam pukul 2.30 petang, sebab nampak tanda-tanda mendung macam nak hujan. Risau jugak kalau-kalau peristiwa ribut Ahad lepas berulang balik. Sampai Kota Damansara elok cuaca terang benderang, panas sampai ke malam. Aku menaip ni pun basah berpeluh tapak tangan.

Pengantin dengan family pihak lelaki.

Okey, sekian sahaja laporan kenduri kahwin kali ni. Huh, dah banyak kenduri kahwin dah aku pergi. Ada tanda-tanda nak kahwin cepat tak agak-agak?

Thursday, June 17, 2010

Perjalanan selepas mati

Hidup kita ni merupakan satu perjalanan yang bermula dari kita lahir sampailah kita meninggalkan dunia ni. Tapi semua tu belum berakhir. Ada lagi liku-liku yang harus kita tempuhi selepas mati. Marilah sama-sama kita hayati perjalanan yang bakal kita tempuh kelak. Sama-samalah kita muhasabah diri kita. InsyaAllah...

Klik gambar untuk saiz yang lebih besar.

Wednesday, June 16, 2010

The Big Bang Theory, lawak yang genius!

Aku ada masalah dengan internet connection. Well, PC aku dalam bilik, dan kitorang berkongsi networking antara dua rumah. Router terletak kat rumah jiran, manakala aku mendapat access melalui wireless adapter yang kadang-kadang buat aku bengang sebab signal tak kuat, dan line internet pulak selalu putus-putus. Potong stim betul bila aku nak berchatting dengan Mrs. Acancapix yang away from this country. Aku boleh dirundung kemurungan bila masalah macam ni berlaku. Luckily, my classmate introduces me with The Big Bang Theory. So takde la sedih sangat kan. Huhuhu...

Sitcom ni berkisarkan kehidupan Dr. Sheldon Cooper (Ph.D.), dan Dr Leonard Hofstadter (Ph.D.), dan kawan mereka, Howard Wolowitz (M.Sc.,Eng.) serta Dr. Rajesh Koothrapali (Ph.D.) bila mana Penny, seorang gadis blonde yang hot berpindah masuk ke kawasan kediaman Seldon dan Leonard. Walaupun diorang ni terdiri dari ahli fizik dan engineer, diorang boleh dikatakan geek, sukakan video games, obses dengan komik dan sangat kontras dengan perwatakan Penny yang macam orang biasa.

Dari kiri: Howard, Sheldon, Leonard, Penny dan Raj.

Apa yang menarik, kebanyakan lawak yang terlibat dalam cerita ni berkisarkan pengetahuan saintifik, dan Penny memang totally blur dengan perwatakan geng-geng geek ni. Situasi jadi makin seronok bila Leonard cuba memenangi hati Penny. Seriously, lawak diorang memang best, tapi kena paham betul-betul baru dapat gelak. Kualiti lawak memang superb, sebab skrip diorang memang dirangka dengan fakta yang betul.

Apa yang aku boleh katakan, aku memang melekat dengan siri ni. Dah dapat satu season, rasa nak tengok sampai habis selagi larat. Untuk pengetahuan korang, cerita ni ada 3 season di saat aku menulis ni. Kat mana nak tengok, kat Youtube ada. Tapi kalau nak download pun boleh. Aku tak tau nak bagi link kat mana sebab aku ambik pun dari kawan aku. Huhu...

Anyway, this sitcom really cheer me up, and one of the best sitcom yang pernah aku tonton. Kualiti lakonan, plot dan material sangat best bagi aku. Rating, 5 out of 5!

Sunday, June 13, 2010

Seakan dilanda taufan

Sedang aku leka tengok video kat Youtube, tiba-tiba kilat sabung menyabung, ribut bertiup kencang. Aku off PC, then pergi tutup tingkap bilik. Pandangan aku terpaku bila tengok beberapa keping atap genting terbang melayang macam kepingan kertas je. Aku tengok pokok tumbang, dan serpihan atap genting berterabur atas jalan. Keluar dari bilik, budak-budak ni tengah kecoh. Atap genting yang melayang tu pun antara yang ada kat atas bumbung rumah aku. Habis bocor, air masuk dari celah siling. Ribut tu kejap je, lepas tu reda.

Bila turun bawah, boleh tahan jugak kesannya. Memang atap genting banyak yang jatuh bersepah. Sebelum ni ada jugak ribut, tapi tak pernah kuat macam ni. Aku tengok banyak jugak kereta yang pecah cermin dan kemek sana-sini. Korang tengok la sendiri kadar kemusnahan yang berlaku.

Dah macam kat oversea lak Ad ni.

Kemek dan cermin retak seribu.

Uh, tak tau nak kata apa, memang dahsyat.





Pokok-pokok tumbang.


Atap-atap genting berterbangan.




Bala apakah ini? Ya Allah, ampunkanlah segala dosa kami Ya Allah...

Buffered Earning

Aku baru lagi dalam berblog ni. Tak sampai pun setahun lagi. Lepas tu aku letak Nuffnang. Lama jugak nak naik, aku pun bukan jenis rajin jalan-jalan ketuk pintu blog orang. Mula-mula tu hari-hari nak tengok, banyak mana duit yang masuk. Sekarang malas dah aku nak check. Tapi tadi tiba-tiba aku check dah ada buffered earning ngan metered earning. Siapa-siapa yang pro tu boleh tolong explain pebenda tu?

Wednesday, June 9, 2010

Laporan kenduri kahwin akak Shafiq Md Noor

Tu dia tajuk tak boleh blah. Laporan la sangat kan. Punya lah lama baru siap. Ok, taknak bagi alasan, mari kita mulakan penceritaan...

Hari Sabtu, lepas Subuh aku tido balik. Selsema, memang rasa nak pengsan je sepanjang hari. Aku sedar 9.20, Wan Karim hantar SMS suruh bersiap. Selesai urusan penghiasan diri, kitorang semua bergerak ke Felda Trolak Selatan lebih kurang pukul 10.30 pagi. Perjalanan makan masa dalam sejam jugak. Nak keluar highway kat Slim River pulak jam. Semua nak pergi kenduri ke?

Tuan rumah, Shafiq Md Noor

Lepas siap makan, budak-budak yang gerak semalamnya dan awal pagi tu pulak sampai. Diorang singgah rumah Hakim dulu sarapan. Yang datang sekali masa tu Am, Kim, Apek, Meon dan Mozek. Wak ngan Alep pulak, pergi kenduri rumah kawan diorang, dekat Trolak jugak. Haritu ada tiga buah rumah melangsungkan kenduri tak silap aku.

Am ngan Kim.

Md Deham ngan Meri.

Selesai diorang makan, sampai pulak budak-budak TJT. Diorang ni ex-METC. Dah selamat bekerja dengan Malaysia Airlines pun diorang ni. Tapi yang pasti salah seorang not available sebab dah di cop oleh Izan. Hahaha... Selesai semua makan, lepak bawah pokok, berborak sakan.


Ahli mesyuarat bawah pokok.

Ha, kenal  tak siapa ni? Trolak Selatan ni lah tempat beliau membesar. Besar?

Aku, dan Meon yang gelak sakan, dan Alep yang cover macho macam hero B______.
Apasal muka gua macam tu?

Time baca doa pun dok gelak lagi. Salahkan Wak...

Persembahan silat yang berat sebelah?

Pengantin sedang menonton persembahan.

Kitorang memang suka pergi kenduri ramai-ramai macam ni. =D

Credit to Am for the photos... =)

Friday, June 4, 2010

Siri Alam Ria Cuti Sekolah : Jalan-jalan KL

Lepas kena pow, sayup-sayup azan Asar kedengaran dari corong speaker Masjid jamek tu. Si Adzhar and The Gang pun tak sampai lagi. Aku sembahyang dulu. Habis je sembahyang diorang pun sampai. Aku lepak luar jap, tengok orang lalu lalang, ternampak pulak Satria Neo R3 Lotus Racing Edition, yang bawak pakcik tua umur 40-an, pakai spek, muka orang kaya. Nampak sangat banyak duit nak dihabiskan beli kereta Proton harga Rm115,000. Apa ada hal. Duit berkepuk-kepuk, mana sumber gua tak tau, getus gua dalam hati. Siap diorang sembahyang, aktiviti seterusnya ialah sesi penangkapan oleh brader Nazrey yang baru beli Canon 1000D.

Lokasi pertama, Dataran Merdeka. Aku suspek budak IPT yang tengah buat latihan perbarisan tu. Kalau askar betul takkan la relax-relax je. Paling koman mau kena pumping banyak kali. Aku tengok biasa-biasa je diorang kawad. Kena marah pun dalam bahasa yang sopan santun je. Tepi jalan tu ada trak tentera, ada bas U mana ntah, aku tak perasan.


Ni brader Zaki ngan Adzhar.

Selesai bergambar kat Dataran Merdeka, kitorang gerak ke Tugu Negara pulak. (Gua tak tau nak cerita apa, korang tengok je la gambar-gambar tugu tu puas-puas). Boleh tahan gak kualiti gambar kamera henset 2MP W810i aku nih...

Ni ha, brader Nazrey.



Lepas tu, gerak pergi taman Tasik Perdana pulak. Leher gua rasa nak patah, badan letih-letih. Tak larat nak jalan-jalan, aku lepak tengok orang. Ada pulak couple baru kahwin ambik gambar kat situ, buat aku rasa nak kahwin cepat je. Bila nak kahwin ni?


Nak bersambung tak? Tak payahlahhhh...

Thursday, June 3, 2010

Siri Alam Ria Cuti Sekolah : Kehidupan malam

Selesai sesi makan minum dan pemborakan sambil meramalkan Ajoi mampu ditabalkan sebagai pemangku jawatan Ketua Blok 9 sambil diringi hilaian tawa mengekek, kitorang beransur pulang untuk menuju ke rumah Ajoi. Angah pulak datang bawak Vespa ayah. Aku tak pernah pulak bawak benda tu. Rasa macam susah je nak bawak. Gear dah la kat tangan, ada klac plak lagi tu. Tapi tengok Angah bawak relax je, aku try la seround dua. Kira ok la jugak, takde la pelik sangat rasanya. Still rasa macam naik moto, bukannya ATV, bukannya jet ski, dan lebih penting lagi bunyi dia tak pom-pom sangat macam haritu, tapi asap dah macam fogging banteras denggi lak aku tengok.

Tengah aku layan seround dua, lalu rumah member aku. Tiba-tiba henset bunyi. Ah gelabah. Gear dengan klac kat tangan kiri, throttle kat tangan kanan, abis mana nak cari tangan lagi satu? Aku lepak kat tepi jalan, kiri ada rumah orang, tapi ada paya sebelum rumah dia, kanan ada kolam ikan. Dah la gelap, moto pulak timing rendah.Aku jawab call, Pizat ngan Amin perasan aku masa aku lalu kat rumah Pizat. Mana la gua perasan, lampu dah macam pelita minyak tanah sumbu pendek je kadar kecerahannya... Habis call, motor mati. Aku tengok kiri kanan makin gelap pulak. Mungkin ilusi sebab baru lepas tengok skrin henset cerah. Ntah berapa kali aku sepak kick starter tu tak mau start pulak moto ni.


Vespa tersebut...

Aku rasa ada la dalam dua tiga belas kali aku try start, baru hidup. Aku gi rumah Pizat, borak kejap, then balik ke rumah Ajoi. Aku tengok dah berapa round dah diorang main poker, atau dipanggil 'T' dek budak-budak ni. Ramai gak lepak situ malam tu. Ada la dalam 8 orang. Main gilir-gilir, sambil mengumpat borak ntah pape. Balik dalam pukul 12 dekat-dekat nak pukul 1 pagi.

Pemuda harapan bangsa.

Setiap malam aktiviti yang dijalankan lebih kurang sama, di venue yang sama dan rangka masa yang sama. Cuma malam last tu tukar venue ke rumah Nan Bukit, dan aku balik awal sebab esoknya dah nak balik KL. Aku tak ingat nama penuh Nan. Nan tu pun sebab nombor plet moto dia NAN. Dan sebelum lepak rumah dia, aku dapat gak makan char kuey teow. Malam tu aku keluar awal sikit, sengaja tak makan malam. Ajak Kemal gi minum, alih-alih dia makan gak. Siap belanja aku lagi. Alhamdulillah. Gua rasa nak balik tiap-tiap minggu lah...
Char Kuey Teow special Kemal. Gua punya tak sempat tangkap gambar dah habis.

Ajoi dalam cerita di atas ialah dinda kepada Cik Zulex. Muahaha... Nasib ko takde, kalau tak, ada la muka lu dalam post ni. =p
Bersambung...

Wednesday, June 2, 2010

Siri Alam Ria Cuti Sekolah : Kempunan Char Kuey Teow

Sampai Seremban, aku usha bas Cityliner nak pergi Bahau. Aku tengok macam penuh je lagi. So aku relax2 dulu, tengok orang, gi toilet, sambil tunggu bas lagi satu sampai. Aku tengok balik, bas dah suku penuh. Pantas betul diorang ni. Aku duduk sebelah sorang brader ni, badan boleh tahan besar, tapi nasib tak makan space seat aku. Kira aku duduk cukup-cukup la kat seat tu.

Sepanjang perjalanan, tak ada apa-apa yang menarik berlaku. Atau mungkin juga ada, tapi aku membuta, so memang tak sedar apa berlaku. Ye la kan, hujan, sejuk, memang sedap la tido. Sampai Bahau dah dekat pukul 7 malam, unggu kejap, ayah aku sampai. Singgah Bandar Baru Serting (nama baru, Bandar Seri Jempol) kejap, beli makanan kucing, pastu balik. Aku tengok banyak jugak perubahan kat kampung aku ni. Rumah banglo makin meliar naik. Bagus la macam tu, masing-masing ada inisiatif untuk majukan diri dan keluarga. Macam dah lama je gua tak balik kan? Baru sebulan.

Sesampainya kat rumah, solat Maghrib, menyakat adik, borak dengan ibu, tengok tv, sementara tunggu dinner siap. Bau ibu aku masak menusuk-nusuk lubang hidung aku yang agak mancung ni. Perut pun dah bunyi semacam, memang lapar tahap kronik dah ni. Time makan, tu dia, terhidang gulai udang, sayur kobis, ikan masak taucu. Aku bedal secukup rasa semua. Settle.

Habis makan, Angah kata Padil, Ajoi ngan Kemal ada kat luar. Tau-tau je aku balik diorang ni, baru nak message. Dengan tak mandinya, aku terus keluar. Diorang ajak gi minum. Ok la, pergi minum. Padahal perut dah nak pecah makan banyak. Hajat nak merasa char kuey teow terpaksa dibatalkan dulu. Gua tengok Padil makan enak je...

Bersambung...

Tuesday, June 1, 2010

Siri Alam Ria Cuti Sekolah : Perjalanan penuh liku.

Sambil-sambil menunggu Maggi Hot Cup perasa kari aku siap sedia dalam tempoh beberapa minit di petang nan sejuk ni, aku nak cerita pasal perjalanan balik ke kampung haritu. Kalau nak kira, memang benda yang sama je, naik bas, turun bas, pergi toilet, naik bas lagi, pastu baru sampai. Tapi tak akan ada satu hari pun yang serupa.

Aku balik dari METC pukul 10.30 pagi. Kenapa awal? Mintak kebenaran keluar, sebab praktikal punya task aku dah settlekan hari sebelumnya. Aku menumpang Mael. Sampai rumah, kemas apa yang patut, tido kejap, pastu dalam pukul 12 aku mintak Mael hantar aku ke Stesen LRT Kelana Jaya.

Jap, makan Maggi dulu, dah kembang sangat pulak ni...

Okeh settle... Burppp... Alhamdulillah... Boleh tahan sedap gak.

Dari KJ, aku ke Pasar Seni, solat kat surau stesen LRT tu, then perut meragam kelaparan. Dalam kepala tiba-tiba terbayang Big Mac, masa tu pulak masih dalam waktu McValue Lunch. Aku pegi McD yang dekat Petaling Street, makan sampai licin, then patah balik nak ambil bas SKS-KL dekat Pasar Seni. Tu memang port diorang, dah selalu aku naik kat situ. Alih-alih, satu bayang Bas SKS-KL pun aku tak nampak. Sekali ada signboard tulis, "Perkhidmatan Bas SKS-KL telah berpindah ke Stesen Hang Tuah".

Badan dah letih, ingat boleh la nak landing dalam aircond. Kena menapak lagi pergi Puduraya pulak, ikut lorong kat tepi tu, pergi Stesen Plaza Rakyat, beli tiket pergi Hang Tuah. Alhamdulillah, jumpa jugak. Kalau tak mau aku pergi KL Sentral naik KTM Komuter yang sesak lagi lambat tu. Bayar tambang, masuk bas, aircond kemain sejuk lagi. Sedar-sedar dah sampai Seremban.

Bersambung...