Billboard

Followers

Wednesday, October 21, 2009

A trip to Johor : Part 1

Baiklah, mula2 skali objektif utama trip ke Johor ni ialah untuk menghadiri kenduri kahwain abang Minhat. Objektif lain sudah semestinya utk berjalan-jalan di sekitar kawasan negeri paling selatan di semenanjung Malaysia tersebut. Perjalanan bermula pada hari Jumaat tanggal 16 Oktober tahun 2009 Masihi dengan kadar waktu sekitar jam 11.00 malam. Perjalanan bermula di rendezvous point iaitu Restoran Diana Kota Damansara. Aku bersama-sama 4 orang lagi yg terdiri daripada Adzhar, Wan Karim, Akbar dan Zamri menaiki kereta Proton Satria 1.3 Wan Karim dah sedia tunggu kat Diana tu, sambil makan2 nasi goreng dan minum2 menantikan ketibaan En. Hafiz Tarni yg memandu Proton Saga Kereta Kebal. Turut bersama beliau ialah Am, Adi, Jack, dan Speyos.


Haa... Smart x aku tulis ayat skema? Ok la, tuka stail balik. Kitorg start jalan dari situ menuju ke KL, masuk ikut tol Sg. Besi. Boleh lalu tol Kota Damansara, tapi nk cut cost punya pasal, lalu situ la, tol murah sikit. Dalam kereta, Wan Karim buat record memandu sebelah tangan sambil bercakap dengan phone dari plaza tol Sg. Besi sampai la tol Ayer Hitam dgn average speed 160 km/j. Gilo babeng budak ni... Dari tol Ayer Hitam, aku take over memandu sampai Felda Tenggaroh 1, rumah En. Tarni atau lebih mesra dengan panggilan Pistol di kalangan rakan2... OTW nak ke Tenggaroh tu, tiba2 lampu warning bahanapi menyala. Check2, rupanya minyak dah nak abis. Meter kereta Wan ni suis lampunya kat luar, so boleh di padam2kan. X perasan pulak minyak dah nak kering. Krem gak la kaki aku nk maintain speed, tekan throttle pun pelan2 jer. Time tu dah la dekat pukul 3 pagi kut, x kan nak menolak kereta kalau minyak kering? X sanggup den.

X lama lepas tu, sampai la Kota Tinggi, baru jumpa stesen minyak utk refuel balik kereta. Perjalanan diteruskan sampai la ke Felda Tenggaroh 1. Kitorg singgah makan kejap kat rumah Pistol, ada makan2. Open house la lebih kurang, pukul 4 pagi. Gila la, makan pun kene snyap, cakap pun bisik2 sebab parents ngan family dia dah tido, takut kitorang mengganggu plak. Habis makan, budak2 yg naik kereta Pistol bermalam kat rumah Speyos, kitorg satu kereta pulak g rumah Akbar, tido kat sana. Dekat2 je rumah diorang ni.

Sampai rumah Akbar, masuk rumah, salin baju, terus tido. Zamri (Meri) dari Kota Damansara dah pakai baju melayu merah, mmg dia target sampai2 je terus tido. Mmg smart la ko Meri. Masuk bilik Akbar, mcm biasa la, gurau2 cam bengong, mengarut x tentu hala... Sedar2 dah pagi...

p/s: tunggu part 2 plak...aku x amik gmbr lagi kat budak2 ni...

3Feedback(s):