Di hari pekerja ni, eloklah jugak aku bercerita pasal kerja aku sehari-hari time praktikal ni. Bermula dari hari Jumaat 22hb April lepas, kitorang dipindahkan pulak ke line 8.5. Sebenarnya tak ada pun line 8.5 ni. Tapi sebab ada ruang kosong antara line 8 dan 9 kat hangar 3 ni, muat la nak letak satu kapal lagi untuk buat maintenance. Tapi maintenance kecik-kecik je la. Lagi pun kapal 9M-MPH, Boeing 747-400 ni dah nak siap pun. Aku kerja kat kargo untuk kesekian kalinya.
Jom tengok sikit apa yang aku dah buat.
Siling tu dah dipasang balik. Sebelum pasang memang berselirat wayar kat atas tu.
Dinding tepi pun siap pasang jugak.
Yang ni belum siap lagi. Ada blanket kitorang bawak keluar, nak kena ganti yang baru. Panas beb dalam ni.
Yang ni E & E Bay. Pusat bagi kebanyakan peralatan elektronik, komputer dan sistem pendawaian kapal terbang.
Tengok bawah, nampak tayar.
Patutnya aku nak OT harini. Tapi macam letih je. Dok rumah je la rehat. Selamat hari pekerja!
4Feedback(s):
Post a Comment
p/s :kalau Ot dikala hari cuti umum dapat gaji triple x?hehe
i pun tak sure la. main kerja je. huhu
Post a Comment