Semalam aku pergi Karnival Himpunan Sejuta Belia Negara kat Putrajaya. Memang owsem giler. Karnival yang bertempat di Presint 2 & 3 Putrajaya ni dah berjaya buat kaki aku sengal-sengal sebab berjalan hampir sehari suntuk. Bayangkan je la, dari pukul 11 pagi sampai 8 malam kat sana. Tu pun tak habis cover lagi semua booth yang ada. Cakap banyak pun tak guna. Baik korang pegi harini.Best!
Teman seangkatan. Dari kiri : Odeng, Zik, dan Kiro
Banyak aktiviti yang dianjurkan sempena meraikan Hari Belia ni. Kebanyakannya memang menarik minat para remaja lah kan. Bagus ada aktiviti macam ni, at least para remaja ada tempat untuk menunjukkan bakat masing-masing. Punya la banyak sampai terlupa nak ambik gambar. Banyak sangat, letih beb.
Ada cub prix.
Ada banyak booth.
Ada pameran kereta klasik.
Ada pameran polis.
Ada orang nyanyi-nyanyi.
Ada ramai orang.
Ada jualan motor.
Ada orang berangan.
Dan banyak lagilah. Ada cerita best pulak pasal kunci motor. Aku tak perasan tertinggal kunci motor kat motor. Menonong je nak pergi tengok cub prix. Bila dah nak solat Zohor baru perasan kunci motor tak ada. Pergi balik ke motor, mana la tau ada ke tertinggal kat situ, tapi tak ada jugak. Nasib baik motor ada lagi. At last pergi balai polis bergerak, nak buat laporan. Tengah buat laporan, ada datang polis bagi kunci, tapi bukan kunci aku pulak. Ada satu lagi balai polis bergerak, jadi diorang suruh aku pergi balai polis yang kedua, mana la tau kalau-kalau ada ke kunci kat sana. Sekali ada pulak kunci tu. Alhamdulillah, lega hati aku. Huhu. Mana taknya, nak buat roadtax satu hal, ni nak balik lagi tak tau macam mana. Terima kasih banyak-banyak pada orang yang bertanggungjawab menyerahkan kunci tu kat pihak polis. Dan terima kasih jugak kepada abang-abang polis yang banyak membantu. Allah sahajalah yang membalas jasa kalian.
Ok, siap sudah. Ni tengah fikir nak pergi ke tak harini. Kaki kata penat, badan suruh rehat, tapi hati nak pergi.
7Feedback(s):
Post a Comment
alhamdulillah..dah buat sujud syukur x? sbb jumpe kunci u balik...
saya tak pegi pun ahad. penat sangat. huhu
@izansalleh®
tak roger pun. kalau tak bleh blanja aiskrim. huhu...
@Hadilah
tak contact pun. kalau tak boleh aku teman. kalau teman ko mesti leh masuk pit kan? haha
harga pun smart. huuuu... berangan la nak beli. harga boleh beli kereta.
@k a k L a m p
memang ramai, tapi tak sesak sangat pun, sebab bear kan. =)
Post a Comment