Billboard

Followers

Wednesday, February 2, 2011

Bekerja di Hangar

Ni bukanlah first time aku bekerja kat hangar. Masa still kat METC dulu, ada juga kena hantar ke Line 7, Hangar 2 untuk praktikal sekejap. Ada la dalam 2 minggu lebih. Sekarang ni secara officialnya, aku dah jadi Trainee MAS, tidak lagi pakai baju praktikal merah. Kena gelar "askar merah" kut masa tu. Sebab kitorang punya baju tu menyerlah sangat. Orang lain kat hangar tu baju diorang masih lagi dalam tema biru.

Sekian lama kena attach kat mechanical workshop, dah sampai masa kitorang kerja kat kapal terbang pulak, start dari 1 Februari. Kali ni kena attach kat Line 8, Hangar 3. Sebelah je dengan tempat aku kerja haritu. Aku dengan Nizam ditugaskan kat forward cargo. Pada yang tak tau, ruangan cargo ni ialah tempat untuk letak luggage dan barang-barang penumpang yang besar. Sebab kapal tu tengah nak di pasang balik lepas siap diselenggara, so kitorang pasang panel pintu kargo, ball mat kat lantai, pasang cover siling cargo bay dan beberapa komponen lain.

Ni serba sedikit pemandangan tempat kerja aku.

Dalam cargo bay.

Benda ni mengalirkan udara sejuk. Aircond la senang cerita.

Melepaskan lelah seketika.

Itu sahaja untuk hari ini. Esok tak tau kena attach kat mana. Esok? Ya, esok aku tak cuti, kerja lebih masa. Huhu...

Happy Chinese New Year to all Chinese friends and bloggers. =)

6Feedback(s):