Billboard

Followers

Thursday, February 17, 2011

Highway star

Hari Isnin haritu, aku dan kawan-kawan berkumpul kat kedai makan dekat dengan Sunway Piramid. Memang tiap-tiap Isnin malam Selasa kitorang lepak situ, berborak, kongsi pendapat tentang motor masing-masing, pasal aktiviti permotoran dan macam-macam lagilah. Tiap kali jumpa mesti ada belajar sesuatu yang baru. Apa yang positif, sekarang ni aku dah boleh repair moto sendiri sikit-sikit. Tau la jugak nak buat apa. Biasalah, sekarang ni tak ramai orang yang jujur. Kalau repair moto kat kedai mau kena charge lain macam harga dia.

Tapi Isnin lepas best sikit, sebab Selasanya cuti sempena kelahiran junjungan besar kita, Nabi Muhammad S.A.W. Jadi lepas berborak kitorang pergi jalan-jalan naik moto ke Putrajaya. Bukan ada apa-apa pun, just buat photoshoot serba sikit, pastu makan kat kedai mamak, then balik. Sampai rumah pun dah Subuh. Mandi, solat, pastu tido. Ni serba sikit gambar masa kat Putrajaya.




The highway stars... Aku je tak power, dok belakang. Huhu.


2Feedback(s):