Baru-baru ni, ada dilancarkan bas untuk wanita sahaja. Sebelum tu ada coach train untuk wanita. Tujuannya? Untuk elakkan masalah sosial, untuk lindungi wanita. Tapi bagi aku, kalau sorang wanita tu manjaga aurat dia, tak jadi kut masalah macam ni. Segelintir tu, pakai tudung, tapi singkat. Pakai baju tutup semua, tapi ketat pulak. Belum yang terbelah sini, tersingkat sana. Lelaki, suka la tengok. Siapa tak nak, orang dah tayang kan? Aku pun lelaki, aku tau la kan.
Jadi sebenarnya dah elok garis panduan yang dah ditetapkan Allah. Dia maha Mengetahui, so apa yang diperintahkan-Nya tu bersebab. Bagi aku, kalau perempuan tu tutup aurat mengikut garis panduan, tak ada kut lelaki nak pandang dengan bernafsu. Lain la kalau perempuan tu memang berniat nak menayang. Yang tu tak boleh nak kata apa la kan. Tapi cuba kita renung-renungkan potongan ayat ni. Bismillahirrahmanirrahim. "Dan hendaknya mereka itu tidak menampak-nampakkan aurat dan perhiasannya kecuali terhadap suami atau ayahnya." (an-Nur: 31)
Tapi orang kita ni, bila pakai baju labuh ni, mula la kata, kolotlah, tak up to date lah. tak cantiklah. Bagi aku cantik je. Nampak manis, bawak jumpa mak ayah pun kompon lulus jadi calon menantu. Sini aku nak promote kedai online yang ada jual jubah muslimah, design menyamai jubah Jordan. Aku tengok minah arab pakai kat Time Square tu, nampak anggun bergaya je. Terpikat tau.
Kedai ni usaha salah seorang sahabat aku dengan rakan kongsi dia yang lain. So kalau korang berminat boleh la contact diorang. Boleh usha design kat blog ni, Dress Code.
p/s: bukan niat untuk menyingung perasaan sesiapa, hanyalah ingatan untuk kita sesama insan, dan untuk diri aku sendiri. mana yang baik sama-samalah kita kongsi. =)
Followers
Tuesday, January 25, 2011
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
3Feedback(s):
Post a Comment
baru perasan dah lama tak menulis panjang2. huhu...
@ini q i L L
mana yg elok baik kita kongsi. semoga kita dapat jadi insan yg lebih baik... =)
Post a Comment