Billboard

Followers

Sunday, December 13, 2009

Drift @ MAEPS. Serdang (05 Dec 2009)



Sabtu minggu lepas aku, Ikromi dan Odeng telah berkunjung ke Malaysian Agriculture Exposition Park Serdang (MAEPS). Kat sini berlangsungmya Saturday Night Drift yang dianjurkan oleh Feinto-D. Untuk maklumat lanjut tentang event yang diorang anjurkan bleh check kat sini. Format event ni ialah free run. Setiap kereta yang nak masuk dikenakan bayaran RM50. Untuk syarat-syarat lain boleh rujuk link di atas.



Ikromi dan Odeng.

Petang tu aku gerak dengan Ikromi dan Odeng dalam pukul 5 petang camtu. Naik moto je pun. Aku bonceng Ikromi. Sebelum tu aku ada ajak Wak, tapi dia ada kerja pulak haritu. Tapi dia dah offer nak pinjamkan kamera Sony Alpha230 dia. Barulah membuak-buak semangat nak ambik gambar.

Nak cerita sikit pasal sukan drift ni. Drifting merupakan satu teknik pemanduan di mana kereta tersebut akan digelungsurkan dengan cara meng'oversteer'kan kereta dengan sengaja untuk menghilangkan traksi pada roda belakang, sambil mengawal laluan dan kelajuan kenderaan. Senang cakap, macam kereta tu sliding atas jalan la. Kalau nak tahu lebih lanjut boleh klik sini. Aku pun tak tau nak traslate betul-betul camne.

Kitorang sampai situ dalam pukul 6 lebih. Event belum mula lagi, kereta pun tak berapa banyak. Ada la beberapa buah Toyota Corolla KE70, AE86 dan kereta-kereta oldskool yg sewaktu dengannya. Kenapa kereta lama? Kereta-kereta lama ni kebanyakannya pacuan roda roda belakang, di mana kuasa enjin disalurkan ke roda belakang kenderaan, dan memacu kenderaan ke hadapan. Ini adalah satu kemestian bagi jentera-jentera drift.


Antara jentera oldskool yg hadir.



Odeng.


Practice run.(KE70)



Practice run lagi...

Kereta berformat begini dirujuk sebagai Front engine-Rear wheel drive (FR), manakala kereta-kereta baru kebanyakannya ialah berpacuan hadapan, Front engine-Front wheel drive (FF). Bukan kereta baru takde yang guna FR, tapi kereta camtu dikategorikan sebagai kereta sport, jadi harganya agak mahal. Errr, mahal sangat pun boleh gak. Tapi sejak demam drift melanda ni, harga kereta FR kebanyakannya dah naik. Hatta kereta-kereta lama keluaran Toyota yang dihasilkan pada tahun 80-an pun tak kurang dari RM10,000. Apa kes?

Pemandangan sekitar trek.



Aku bleh jadi instructor drift?



Pengunjung yang hadir.
(makin ramai bila lewat malam)

Penganjur kata event bermula dalam pukul 8 malam, jadi kitorang pergi surau dulu untuk solat Maghrib. Kat sini tempat dia memang well equipped. Ada toilet dan surau, kalau lapar boleh pergi pasar, tak rugi datang. Lupa plak nak mention, bayaran masuk untuk para pengunjung hanyalah RM5 sahaja sekali masuk. Ikut korang la nak stay sampai habis ke, kalau nak keluar jap pegi toilet ke, dia ada bagi sticker, so tau la korang dah bayar ke belum. Kat situ ada jugak Taxi Drift Ride, di mana korang akan di bawak dengan kereta drift untuk merasai pengalaman menggelungsur di atas litar. Bayaran hanya RM30 bagi 2 run. Kalau terasa nak belajar buat drift, kelas drift disediakan, berserta dengan kereta. Hanya perlu bayar sahaja. RM50 bagi sesi selama 15 minit. Selesai solat, kitorang singgah pasar kejap beli burger, sebagai bekalan makan malam kitorang kat trek. Makan burger dengan bau tayar, memang menyelerakan!


Mari belajar drifting!


Menjelang pukul 8 malam, jentera-jentera moden pulak yang datang. Gaya masing-masing taknak kalah. Kalau parking sebelah kereta lama kompom kalah la kereta lama. Kalah gaya je kut, Hehe. Ada yang datang dengan dipikul di bawak atas trak, memang betul-betul race prepared la orang cakap. Kebanyakannya dari jenama Nissan, dan rata-rata dikuasai oleh enjin turbo. N/A vs Turbo, agak-agak siapa yang akan menang? Perlu diingati, perlumbaan ni lebih kepada skill. Kalau kereta power tapi skill hampeh, asyik oversteer je la kereta tu, senang cakap berpusing, tergeliat.

Event ni sebenarnya bukan pertandingan ye. Lebih kepada free run, kira diorang yang main tu datang untuk practice, untuk suka-suka, untuk show off dan segala macam niat la yang aku pun tak tau. Mungkin bila aku ada kereta untuk drift aku akan tahu kenapa suka sangat bawak kereta senget macam tu. Tapi bila dah tengok tu rasa nak cuba, rasa ketagih plak. Bau asap, minyak hitam, jeritan enjin, desiran wastegate, pancitan blow-off vavle, semua tu buat aku tak keruan. Angau! Nak kereta! Kalau ayah aku kurniakan Mitsubishi Lancer A172 tu pun aku suka sangat dah. Memang kereta FR. Tinggal nak tuka kasi enjin power sket, setting suspension, sudah boleh beraksi. Duit? Hmmm...

Bila event bermula, maka deruan adrenalin mula menerjah setiap pelusuk urat nadi aku. Memang rasa teruja sangat bila dengar bunyi enijn. Aku tak tau la kenapa, kalau dengar bunyi enjin kereta power je mula la tak tentu arah. Resah gelisah je semacam... Dulu kecik-kecik kemain takut lagi kereta bunyi bising. Aku ingat lagi, siap nangis bila orang tu start kereta, ekzos bunyi macam hape ntah. Tapi sekarang ni rasa best plak. Terasa merdu sangat bunyinya. Mulut aku pun automatik akan jadi becok tak hingat, kalau ada orang tanya aku pasal kereta. Aku tak berenti cakap sampai la orang tu lempang suruh aku stop, tekak rasa haus atau aku sendiri dah blank.

Starting line.







In action!

Masa ni baru la boleh tengok kereta-kereta oldskool yang terer gila, kereta-kereta baru yang asyik tergeliat, tayar pecah, langgar kon dan tayar yang jadi divider kat trek, bonet belakang terbukak, jeritan enjin 4AGE dan 4AGZE Supercharger dari jentera Toyota, desiran boost dari nadi RB Nissan, dan segala macam drama di atas trek. Tayar pecah, ganti baru, masuk trek balik. Mungkin ada yang akan cakap, tak berbaloi, bukan dapat hadiah banyak pun, duit nak bikin kereta je dah mahal. Tapi benda ni semua atas dasar minat dan passion yang tinggi untuk menang. Kepuasan tu lebih bermakna berbanding jumlah wang yang dikeluarkan.


Hasil drift, tayar jadi begini.



4AGE Toyota




RB25DET Nissan.

Dalam pukul 1o lebih, kitorang pun balik. Jadi kepada sesiapa yang berminat boleh la klik link yg aku bagi kat awal-awal entry ni. Tak rugi pun tengok. Best dan dijamin korang akan enjoy. Kalau nak pergi boleh ajak aku sekali.

22Feedback(s):