Tadi aku pegi makan kat Pizza Hut. Duit dah tak berapa nak ada, tapi bab makan-makan ni, tak berkira sangat aku. Yang penting mesti sedap dan tak berapa mahal (tapi pizza ni mahal la jugak, rabak poket gu. huuuu). Dari minggu lepas Piji ajak makan pizza, jadi untuk tak mengahampakan permintaan ramai aku pun bersetuju. Piji awal-awal dah message aku jadi ke tak. Aku set jer, ikut Wan Karim la, dia organizer. Aku bersiap-siap pukul 8 lebih, sebab pukul 8.30 diorang kata nak gerak. Aku text Wan, dia tak balas plak. Pegi rumah dia dibantainya membuta. Cesss... Berbual lebat.
Dengan mamai-mamai aku tanya jadi tak, dia tak jawab terus gi mandi. Jadi la tu. Kalau tak mesti aku menulis tentang kehampaan dalam kelaparan... Last-last pukul 9 lebih jugak baru gerak. Aku satu kereta dengan Adzhar & Wan, dan 4 orang lagi iaitu Ekbal dan Apih 1 moto, Piji ngan Cuki 1 moto lagi. Sampai sana, pilih meja yg paling tepi tingkap, pastu mengarut tak habis-habis. Aku tak tau la apa pandangan masyarakat kat kami. Lantak la, yang penting happening giler.
Muka kelaparan.
Time nak order bukan main lama lagi. Kitorang bertujuh, tapi set semua untuk bilangan orang yg genap. Hidangan untuk set 2, 4 dan 6 orang. Last-last Adzhar ngan Wan amik set untuk dua orang, yang pizza kecik tu, pastu yg lain order set 6 orang, Regular Crunchy Crust dengan topping Royal Masala & Large Pan Pizza topping Super Supreme. Aku lagi suka Crunchy crust tu, sebab dapat rasa topping dia sepenuhnya. Memang mantap. Sebelum sampai pizza, chicken soup Apih dah habis tanpa sisa dalam 2-3 kelip mata. Gila ah ko Pih.
Perbincangan strategi pemakanan yg bersesuaian.
Cuki dan Apih.
Mata belalang sudu.
Super Supreme dan Royal Masala. Yummmy!
Makan dengan kelajuan maksimum.
Cover dehhh...
Aku dan Piji yg separuh kenyang.
Time makan semua senyap. Sebelum tu kemain riuh. Lapar kut. Tapi susah jugak kalau makan pizza dengan bilangan ganjil, tak tau ak bahagi kepingan pizza tu macam mana. Kami pun ikut budi bicara dan tolak ansur dalam membahagi setiap pieces. Mana-mana yang terlebih tu mintak halal lah ye. Time nak bayar pun problem jugak. Sekali dia bagi bill terus total semua. Mana yang ada duit besar bayar dulu, settle sesama sendiri kemudian. Apa pun, I'm having a great time with you guys. Peut kenyang, suka hati, boleh tido dengan lena. Good nite!
^_^
10Feedback(s):
Post a Comment
cute sgt! :p
muahaha~ ^_^
patut a takde kat rumah semalam. cessss...
apih pom smart jgk~
ala-ala inspektor polis yg nk thn org kt rodblok gtu.
(sy takot polis.erk?)
tp,tiap kali tgk cuki ajis bergambar trs sgt cute!
sbb gaya2 die kdg2 ak sndr xmampu nk wat. =_="
hahahahhaa
eh kat mana tu apeng? teringin gak nak makan nasi kukus. jom acan? muahahaha
Post a Comment