Entry ni dah bertangguh pulak. Patutnya aku post semalam, tapi nak upload gambar kemain slow lak internet. Dengki sungguh dengan aku. Ni baru siap upload. Sah banyak sumpah seranah baru nak blah. Ha, aku tanak bebel panjang la, kali ni entry penuh gambar. Nasib la kalau internet korang slow. Sediakan juga baldi untuk muntah, kalau-kalau loya lak tengok gambar banyak-banyak. Ah, sudah la kau...
Kitorang start jalan dalam pukul 7 pagi. Aku, Wan, Meri dan Adzhar naik kereta, dan yang lain-lain naik motor. 7 buah motor kesemuanya, dan terdiri daripada Odeng, Ikromi, Akbar, Zainuddin, Zaki, Adi, Mozek, Amar, Sap dan Rafie. Total 14 orang semuanya. Yang naik motor gerak dulu, sementara kitorang beli nasi lemak untuk sarapan pagi.
14 bungkus nasi lemak yang bertuah.
Perjalanan bermula.
Perjalanan mengambil masa sekitar 1 jam lebih dari Kota Damansara. Tiba kat satu jambatan, terus berenti kejap, ambik gambar. Yang naik motor ikut belakang, tengah laju meleper straight berenti. Sorry la geng, tak sempat nak bagitau. Hehe... Layan tangkap gambar dulu, sebab scenery memang cantik, dan cuaca amat cerah.
Tasik nan biru.
Bikers
Bila la aku nak ada motor nih. Huhu...
Ahli kereta Wan Karim.
Kitorang ingat jauh lagi nak ke Sungai Chilling tu, sekali sejengkal jek dari tempat kitorang ambik gambar tu. Siap parking, sarapan dulu. Perut masing-masing kebulur dah. Apalagi, membedal nasi lemak la. Kesian kat Amar, nasi dia terjatuh. Ades, takde rezeki la pulak. Kesian beliau...
Apsal muka ko nak camtu lak Adzhar?
Meri dengan Wan. Cam budak sekolah je aku tengok.
Selesai makan, kitorang mula bergerak ke post ranger kat dalam tu. Jalan dalam 15 minit je.
Memohon agar perjalanan kami diberkati-Nya.
Posing lagi. Hehe...
Mulakan berjalan.
Selepas 15 minit, kitorang sampai ke post ranger tu. Nak masuk kena book in dulu, dan bayaran dikenakan. Seorang hanya 1 ringgit sahaja.
Borak-borak dengan "abang Sap". Muahaha. Gurau je, abang yang paling kanan tu ranger kat sini jugak.
Kasut itu masih sepasang. Haha...
Map untuk ke air terjun.
Disebabkan orang dah mula naik secara ekstensif, kitorang buat keputusan untuk split kepada dua kumpulan. Satu kumpulan jalan dulu, sebab nak chop tempat terbaik, dan satu kumpulan lagi prepare untuk masak, sebab kat atas sana tak dibenarkan memasak.
Tanda amaran...
...kat atas Din. Haha...
Wan Karim tengah stimkan rambut dia. Geng masak terdiri dari aku, Wan Karim, Akbar, Adzhar, Din dan Adi.
Ni geng yang jalan dulu, kena seberang sungai 6 kali lak tu. Elok pakai selipar je, terrain pun landai, tak perlu pakai kasut.
Dari post ranger ke air terjun tu pun tak jauh sangat. Sekitar 40 minit je sampai la.
Ni la dia air terjunnya. Perasan tak ada batu bentuk kepala Optimus Prime?
Aktiviti mandi-manda bermula!
Tersepit!
Ikan kelah yang jinak-jinak.
Geram betul tengok ikan nih. Rasa nak tebar jala je. Tapi kat sini tak dibenarkan menangkap ikan. Tangkap la kalau berani. Bayar 10 ribu. Berbaloi-baloi...
Dah puas mandi, makan pulak. Nasi dah tanak siap-siap dari rumah.
Makan roti cicah kopi sebelum lauk siap dihidang.
Tak boleh masak, tapi alang-alang dah bawak dapur, panaskan jugak la lauk. Hehe...
Muka kelaparan...
Habis makan, sambung mandi lagi. Yeay!
Berjemur atas batu. Sejuk sangat la air tu.
Group picture. Mintak tolong orang lain amikkan. Dari kiri, Sap, Rafie, Mozek, Zainuddin, Meri, Amar, Adzhar, Ikromi, Adi, Odeng, Akbar, Zaki, aku dan Wan.
Mai-main dengan ikan lagi.
Kitorang turun balik dalam pukul 2 lebih kut. Ntah, dah malas nak tengok jam. Boleh tak camtu?
On the way balik.
Lepas turun tu, kitorang mandi kejap kat bawah. Sejukkan balik badan lepas panas berjalan. Tengah mandi tu, terjadi la satu peristiwa bersejarah kat Odeng...
...di mana kasut Reebok beliau telah dihanyutkan oleh arus. Tinggal la sebelah je.
Kasut yang hilang pasangan hidupnya...
Lepas mandi dan solat Zohor, kitorang lepak kat wakaf dulu. Nak gerak balik pun cuaca masih panas. Kesian pulak para rider nanti. Lagi-lagi kat Mozek dengan Sap. Dah la pakai seluar pendek, rentuk pulak bulu kaki dengan kehangatan cuaca.
Manusia kelaparan yang bernama Sap, Odeng dan Adi.
Bergedik mengambil gambar. Muahaha...
Nak susu! Susu tajaan Aliapeng yang tak dapat ikut. Thanks Apeng, kenyang aku minum susu. Hehe...
Ok, aku tau muka aku takleh blah... Tapi comel kan? Muahaha...
Dah macam rumah kitorang lak.
Lepas rehat-rehat lebih kurang, sambil bergurau senda dengan Mozek, usha awek orang putih turun pakai baju seksi, kitorang pun mula bergerak pulang.
Packing balik barang.
Mozek nampak cerah kan? Hehe...
Gambar kenangan, tanda kitorang dah ke sini. Harap-harap dapat la pergi lagi lain kali. Memang best! Siapa yang tak pernah pergi tu silalah pergi. Nak tau direction, sila tanya cik Google Map. Sekian, terima kasih...
p/s: Mozek buat stunt ala-ala Adnan Sempit kat traffic light. Gila pro!
64Feedback(s):
Post a Comment
:)
jeles2..
lama dah nk gi tak menyempat ag..ehhehe
btw, syok gila geng motor + 1 kereta...
btw very not environmental friendly when each drove one bike..
n for the bike, actually some of them were in pairs. peace... =)
2. nak moto? pi pinjam moto meon je. dah kaya nanti baru beli sendiri.
3. mozek tak nampak cerah,nampak bersinar je. hahaha
p/s: ampun mozek,gurau2 manje je i ni.
nice... ^^)
2. moto meon laju sangat. takut. nak tunggu kaya kena ada moto nak pergi kerja...
3. mozek senyuman menawan. kalau nak tengok mozek senyum, kena kutuk dia.
berbaloi la jln jauh skit dr umah.
eh.. contoh hadiah utk awek ade ku tulis kt chatbox.. harap maklum =)
jgn sedey2... fokus pada kerjaya.. dpt ar kawen cpt2.. hak hak hak
macam besh jek tempat nih kan??
tapi seryes jalan ngan kawan2 pi mana2 pon besh! hiks~
mmg best pun. =)
itu kompom. hehe...
~ kem salam yg reti memasak tu ek.. hik hik..
ak dak felda jer...xtau la bab IT ni...huk3
kenal aja kok besut n mickey! hehehehhehhe
Post a Comment