Billboard

Followers

Tuesday, January 5, 2010

Berpiknik di Hutan Lipur Ulu Bendul




Tajuk nak macam karangan sekolah rendah la pulak. Karangan yang biasa cikgu suruh buat lepas habis cuti sekolah. Dah, jangan nak melalut. Setelah beberapa hari kat rumah, goyang kaki, tengok tv, makan dan tidur secukup rasa, pada hari Rabu, 30 Disember 2009, aku dan kawan-kawan sepersekolahan rendah dan menengah pergi berpiknik kat hutan lipur Ulu Bendul. Terletak di daerah Kuala Pilah, Negeri Sembilan, kawasan ni memang jadi tumpuan penduduk sekitar untuk bermandi-manda, dan berkelah dengan keluarga waktu cuti-cuti sekolah macam ni. Kat sini jugaklah terletaknya Gunung Angsi.

Sebenarnya kawan aku ajak bercamping, tapi dengan cuaca yang tak menentu, barang-barang yang tak mencukupi, aku macam malas-malas je nak pergi camping. Jadi last-last, decide nak berpiknik je la. Lagipun, tak ramai yang tengah cuti masa tu. Kira lepas gian gak la dah lama tak masuk hutan. Dari Serting, Hafezzat ngan Aris datang jemput aku kat rumah, lepas tu pergi rumah Azizul pulak ambik dia. Kitorang singgah Bahau kejap, sebab nak beli barang-barang keperluan untuk mengisi tembolok yang bakal kelaparan setelah berendam dalam air sungai yang sejuk lagi dingin itu. Menu kitorang ialah cheeseburger. Hah, western kau.


Membeli belah.

Kitorang sampai dalam pukul 12, pacak khemah, goreng fries, melantak dulu. Tak lama lepas tu, Amin plak sampai. Dia datang dari Seremban, sebab dia pun nak balik Serting, jadi aku ajak lepak sekali. Jadi selepas berbual-bual seketika, tengok air pun dah tergedik-gedik mengalir suruh kitorang masuk, apalagi, berendam la. Sejuk jugak, walaupun dah tengah hari. Kawasan tu still ramai orang, dan tempat mandi pun kecik je. Nak berenang pun takleh. Takpe la, berendam sikit-sikit sudah. Selesai berendam, bermula la acara makan yang kedua. Masak burger, siap beli cheese lagi, tapi sayur takde. Lantak la, janji boleh makan, perut pun lapar, apa pun jalan.


Azizul (cikgu gitar aku) & Hafezzat.


Yang dalam khemah tu nama dia Aris.


Amin.


Makan cheeseburger dengan gaya paling sexy.


Lepak sebelum balik.





Pokok landak?

Sambil-sambil makan, kitorang berbual pasal kenangan zaman sekolah, dan perkembangan diri masing-masing. Ada jugak yang badannya dah berkembang dari dulu, rambut yang kembang, dan macam-macam lagi la. Dalam pukul 4 lebih, aku terjun lagi, tiba-tiba hujan pulak. Azizul dengan Aris tak mandi, so diorang stay dalam khemah, aku, Amin dengan Fezzat lepak kat luar mandi hujan sambil berbual lagi. Tak lama lepas tu, hujan berhenti, kitorang berkemas dan balik la ke rumah. Sekian...

17Feedback(s):