Billboard

Followers

Saturday, January 23, 2010

Mari melancong. Yeah!

Harini En.AcanCapik ingin membawa para pembaca melancong ke Negeri Sembilan. Tak perlu susah-susah keluarkan duit, sediakan kenderaan dan segala macam hal lagi. Tak perlu fikir pasal duit minyak dan tol. Hanya memerlukan jari tangan, PC atau laptop yang mempunyai talian internet, dan juga aplikasi Google Map. Mudah sahaja bukan? Hehe... Ini sebagai responds kepada entry Jard. Aku tak pakai Google Earth la, malas nak install. Tapi still boleh kan? Kan? Kan?

Allright, mari terbang ke ruangan angkasa Serting Hilir Kompleks... Zoooooommmmm!!!


Ha, ini lah dia Felda Serting Hilir Kompleks, tempat aku dibesarkan, tempat aku belajar, tempat main, tempat jalan petang-petang sambil tengok awek-awek di kala waktu petang.


Ok, mari terbang rendah sikit. Kat sini boleh la nampak rumah aku, sekolah rendah dan menengah aku (aku sekolah kat sini sampai form 3), serta tempat tunggu bas kalau nak keluar ke bandar terdekat, iaitu Bahau. Dulu aku pergi sekolah jalan kaki je. Jauh jugak rupanya bila tengok dari atas ni.


Ok, terbang rendah lagi, nampaklah rumah aku. Kat depan rumah tu ada lori parking, sebab ada jiran aku yang kerja bawak lori minyak sawit.

Ha, apa lagi, mulakan tugas korang pulak mencari rumah masing-masing. Dah siap nanti letak link kat komen. Aku nak jugak tengok rumah korang kat mana. Mana la tau boleh datang kenduri kawin lak ke.

22Feedback(s):