Kami tahu kami hensem.
Bangun pagi dengan misi untuk ke rumah Meon. Plan nak gerak pukul 9, jadi ada masa lagi, sempat tengok movie dulu. Cerita Momok the Movie. Habis tengok, mandi dan bersiap, Am pun sampai. Lepas makan sarapan, perjalanan pun bermula. Macam biasa, sepanjang perjalanan akan dipenuhi dengan upacara kutuk-mengutuk, umpat-mengumpat, mencarut mengarut, mengilai dan segala benda yang lagha. Tolong jangan contohi kami.
Perjalanan mengambil masa sekitar dua jam lebih. Tak ikut highway, ikut jalan persekutuan. Nak map, search sendiri kat google map. Dalam pukul 12 tengah hari, kitorang sampai dengan azam membaham segala lauk-pauk yang ada (padahal sarapan bukan main meriah lagi aku melantak). Okey, aku dalam misi menambah berat badan. Jangan peduli pasal buruk lantak aku tu. Majlis kenduri diadakan kat Dewan Merdeka. Dekat je dengan taman perumahan Meon kat Fasa 1E Seri Manjung.
Dewan Merdeka.
Taman perumahan Meon. Kalau nak carik gaduh atau nak meminang Meon, sila datang sini.
Kitorang sampai tu awal lagi, so tak berapa ramai orang dalam dewan. Kitorang duduk kat meja paling depan, senang nak tengok pengantin. Pengantinnya ialah abang sulung Meon ye para pembaca sekalian. Meon masih belum kahwin, jadi boleh la cuba mengurat dia. Lebih afdal kalau korang masuk meminang dia terus. Cakap pasal Meon ni, dia nyaris-nyaris jadi pengapit, tapi dia tak nak. Sebab ada lagi sorang abang dia. Ye la kan, takkan la Meon jadi pengapit dulu, langkah bendul dah tu. Eh?
Ini Meon. nama sebenar beliau ialah Zulfadli.
Bergambar dengan pengantin adik pengantin.
Pelamin yang masih kosong.
Abang Meon dan kakak iparnya. Nama tanya Meon.
Selesai menghuru-harakan stage dewan dan majlis, kitorang bergerak ke Teluk Batik pulak. Takde pulak aku nampak kain batik bersepah-sepah. Orang pakai batik pun tak berapa nak ada. Sebenarnya aku tak kitorang tak plan pun nak mandi, kecuali Am, dia memang dah bawak baju siap-siap. Tapi bila dah tengok ombak menghempas pantai, rasa nak bergurau senda dengan ombak tu tiba-tiba je datang. Tak pasal-pasal kena beli baju dan seluar untuk mandi. Memang ada banyak kedai jual seluar mandi, baju dan segala macam lagi merchandise untuk tourist. Harga berpatutan, pilihan banyak, sampai rambang mata. Aku pun kena bertapa jap nak pilih yang mana satu. Last-last aku beli seluar kaler oren sebelah hitam. Seluar Adzhar tu aku ada target jugak, tapi dia dah sambar dulu. Hampeh. Wan pulak serba putih. Biaq pi la hang semua (bila aku jadi orang Kedah?)
Merancang strategi nak mandi.
Kami boleh jadi model sambilan. Siapa nak ambik kami boleh tinggalkan komen.
Time den nak tuka seluar la budak ni nak ambik gambar. Aku yang sebelah kanan dekat pintu tu ye...
Beach boys.
Tolong jangan pengsan, Kami tau kami hot.
Oh please, hentikan pujian korang. Kami tau kami maintain macho.
Makan dengan khusyuk.
Pengantin. Nama tanya Wan.
Anak aku Anak abang sulung Wan, Muhammad Danish Adlin.
Menangis bila opah dia pegang, dengan aku senyap pulak.
Kami boleh jadi model sambilan. Siapa nak ambik kami boleh tinggalkan komen.
Time den nak tuka seluar la budak ni nak ambik gambar. Aku yang sebelah kanan dekat pintu tu ye...
Beach boys.
Tolong jangan pengsan, Kami tau kami hot.
Selesai bermandi manda, main pelampung yang di sewa dengan harga RM5, kitorang pun naik ke darat. Oh, lupa plak, Am jumpa jodoh dia kat sini, sewaktu kitorang berempat cuba berlatih menggunakan satu pelampung untuk menyelamatkan diri jika di timpa bencana kapal karam. Tu pun nasib baik hujan renyai-renyai turun. Kalau tak hanyut ke tengah laut dah kitorang, tak naik-naik ke pantai. Bila naik, nak bilas, kena beratur panjang la pulak nak mandi. Dah la aku tak bawak selipar, berkaki ayam dari kereta ke pantai, pantai ke bilik mandi, bilik mandi ke kereta semula. Bawak botol isi air paip, basuh kaki pakai kasut, kemudian solat Asar. Kulit jadi hitam. Cess, sia-sia aku jadi putera lilin sepanjang cuti. Selesai mandi. lepak-lepak kat tepi pantai, ingatkan nak tengok matahari terbenam, sampai ke sudah tak berapa nampak. Awan mendung je. Dah mandi perut pun lapar, baham burger special dulu.
Oh please, hentikan pujian korang. Kami tau kami maintain macho.
Bila hari dah mula gelap, matahari pun dah tak berapa nak nampak, kitorang pun bergerak menuju ke Trolak semula. Dalam perjalanan, Meon call, cakap ayah dia ajak makan-makan kat rumah dia. Nasi baik tak jauh lagi, dapat jugak pergi rumah dia. Ye la kan, kenduri pun kat dewan, tak dapat tengok rumah dia. Lepas hajat nak sampai rumah Meon (bukan melepaskan hajat kat bilik air rumah Meon, walaupun aku ada jugak pergi toilet, yang lampu dia bergurau senda ngan aku pulak). Memang ramai saudara-mara Meon kat situ. Sampaikan malam sebelum tu pun, Meon tido kat serambi sebab ramai sangat. Gila ekstrim lah. Mulanya ayah dia nak beli char kuey teow, tapi kedai tutup pulak. Sudahnya makan KFC, ayah dia beli, take away. Kitorang tak memilih, selagi boleh makan kitorang makan. Kempunan la nak makan char kuey teow sedap. Borak punya borak, rupanya Meon satu family pergi Teluk Batik jugak tadi. Tapi tak perasan pulak. Tak pe la tak jumpa kat Teluk Batik, jumpa jugak kat rumah.
Makan dengan khusyuk.
Sesudah selesai makan dan minum, bergurau senda dan bergelak ketawa, kitorang pun beransur balik la. Am pun nak balik awal sebenarnya, takut nak balik Besout malam sangat. Maklumlah, jauh nun ke dalam. Kitorang sampai Trolak pun dah pukul 11, so Am decide tido situ je. Aku takde nak mandi-mandi, bukak contact lens, terus landing atas katil. Baju seluar tak sempat tukar. Sedar-sedar dah pagi, Am pun dah balik. Sambung tido lagi pastu, sampai la pukul 10. Haha, sapa-sapa nak ajak aku tido kat rumah siap sedia la dengan perangai aku ni. Selesai bersiap, kitorang bergerak menuju ke Sungai Buloh pulak, ada kenduri kahwin abang kedapa kakak ipar Wan. Lokasi tepatnya kat Paya Jaras.
Pengantin. Nama tanya Wan.
Anak aku Anak abang sulung Wan, Muhammad Danish Adlin.
Menangis bila opah dia pegang, dengan aku senyap pulak.
Sekian sahaja entry panjang lebar aku kali ni. Kalau tak larat nak baca habis, datang balik esok, sambung baca lagi. Aku ni asyik pergi kenduri kahwin je, bila la nak kahwin ni... Kemaruk dah ni. Sapa nak kawin dengan aku?
36Feedback(s):
Post a Comment
*alololo.shomel nye danish~ ^_^ geram ah!
comel kan? hidung dia comel oh
mcm mak dia
huhu
xnmpk sgt dr posisi dpn. =)
hehe.
mcm mne ak bole slh taip neh.
alalahai.
malu la kantoi salah bace. -_- (segan ng ko)
hehehe
pic aku paling suka...pic ko ngn budak tu..hahahaha..comel...
comel kan budak tu? mcm mak dia. huhu...
bagus3. ^_^
hehe.
kawen mmg best.
xpyh ade 'kot-kot'. ^_^
sedangkan lidah lg tergigit.gaduh laki bini itu perlu!ngee.baru meriah plus colorful rumah tangga.bak kate ko jgk,masa gaduh tu la kte bole knl pasangan kite.so,bergaduhlah selalu utk kebahagiaan mse depan.lalalala~betol x encek ecan? =D
aku dah nak masuk 21 tahun!
ngahahaha~xsuke betoi.
ohok3. T_T terasa diri semakin veteran.adeh. -_-
ko mmg wajib setuju ng ak. =D
Nikel Khor
haha.
snts bersetuju.
lalala. =D
korg mmg hensem la...
da sndiri puji..org sokong je..
Post a Comment