Billboard

Followers

Thursday, February 4, 2010

Kelas Dialek Anak Negeri 2

Ya murid-murid, sudah sekian lama saya tak mengajar dialek Negeri Sembilan kepada anda semua. Kalau sebelum ni kita belajar menyebut suku kata dalam loghat Negeri Sembilan, tapi hari ini kita akan belajar beberapa perkataan yang bunyinya berlainan dari perkataan bahasa melayu yang lain. Baiklah, ayuh kita mulakan!

1. Nonggok : Duduk
    contoh ayat : Ekau ni tau nonggok yo. Poei la ko bondang tu, nolong mano yang patut.
                        (Engkau ni tahu duduk saja. Pergi la ke bendang tu menolong mana yang patut.)

2. Apik : Endah/Hirau
    contoh ayat : Tu la kau, den cakap buek tak apik yo, kan dah kono.
                        (Tu la kau, aku cakap buat tak endah je, kan dah kena.)

3. Locut: Baling
    contoh ayat : Agak-agak ado yang memokak kek dopan rumah tu, ekau locut yo ngan batu.
                        (Agak-agak ada yang memekak kat depan rumah tu, kau baling je dengan batu.)

4. Capuk : Bertompok-tompok/Tak rata
    contoh ayat :  Dah capuk bona cat keto kau ni.
                         (Dah bertompok-tompok benar cat kereta kau ni.)

5. Bega: Degil
    contoh ayat : Apo la bega bona budak ni. Banyak kali den posan, jangan bergurau ngan lombu tu.
                        (Apa la degil benar budak ni. Banyak kali aku pesan, jangan bergurau dengan lembu tu.)

6. Ontok-ontok : Duduk diam-diam.
    contoh ayat : Dah, ontok-ontok yo kek situ, biar den yang setel an.
                        (Dah, duduk diam-diam je kat situ, biar aku yang settle kan.

7. Bongak/Mongak: Tipu
    contoh ayat : Ekau jangan nak mongak den. Bukan den tak tau ekau ni goma mengono an orang.
                        (Engkau jangan nak menipu aku. Bukan aku tak tau kau ni gemar mengenakan orang.)

8. Bongka : Bangun (dari tidur)
    contoh ayat : Bongka doreh! Dah tongah hari ni.
                        (Bangun cepat! Dah tengah hari ni.)


Allright, ni saja pelajaran untuk hari ini. Cikgu nak bagi latihan sikit, sila jawab sejujurnya ya. Jangan meniru jawapan murid-murid lain tau.

Terjemahkan ayat di bawah kepada loghat negeri sembilan.

1. Engkau ni dah besar, patutnya bertanggungjawab la sikit. Ni tak, tau duduk je tak buat kerja. Dah berapa                   kali aku pesan tapi kau degil, cakap aku semua kau buat tak endah je.

2. Mana Samad ni? Tak bangun lagi ke? Nak kena baling dengan selipar ke baru nak bangun?

3. Cat kereta ni dah tak rata la aku tengok. Aku ingat nak cat baru, tapi setakat ni takde duit lagi la.

4. Kalau nak skodeng orang ni, kena duduk diam-diam.

Itu sahaja latihannya. Untuk rujukan, boleh refer kat post Kelas dialek anak negeri. Kepada pembaca yang lebih tahu, komen dan teguran anda amatlah dihargai. Aku kadang-kadang lupa jugak, dah lama tak bercakap dalam dialek ni.

p/s: dilarang memplagiat isi kandungan entry ini tanpa kebenaran

2Feedback(s):