Billboard

Followers

Friday, March 5, 2010

A trip to Pangkor : Part 1 (27 & 28 February 2010)

Allright, lepas dapat YM dengan Mrs. AcancapiX, baru la semangat nak menulis terkinja-kinja datang. (Sebenarnya sebab dia tanya mana post baru. Huhu...). 

Kitorang berkumpul kat tempat yang selalu kitorang naik bas untuk ke METC tu lebih kurang pukul 12 tengah malam. Time ni memang riuh la. Semua orang nak berborak, padahal hari-hari jumpa. (Aku pun sama je.). Sinar-sinar happening tu dah nampak dah. Ada jugak yang meniaga. Amal dengan Md. Deham buat collaboration meniaga hot dog pulak. Memang bersemangat keusahawanan la meraka ni... Sebelum bergerak, ada taklimat oleh organizer Nur'Adli dan bacaan doa oleh Hilmi serta sedikit pesanan ringkas oleh warden Azmi. Bas bergerak dalam pukul 12.45 pagi.

Sebelum berlepas.
Dari kiri: Aku, Amal, Aliapeng, Mat Yie dan Adli.


Sebelum sampai ke Terminal Jeti Lumut, kitorang berhenti singgah ke restoran mamak M. Gulam Rasul, dekat Changkat Jong kalau tak silap. Thanks to Zainuddin & Ad for the info. Aku lupa la. Maklum la, mamai-mamai pukul 4 pagi. Kitorang seramai 70 orang serbu kedai mamak tu pagi-pagi, agak riuh jugak la. Ada yang minum je, tak kurang ada yang makan. Harga berpatutan, untuk teh tarik gelas besar. Aku bedal roti telur, tak lapar, tapi rasa nak makan. Sampai jeti gua sakit perut. Hampeh...





Kitorang sampai Terminal Jeti Lumut lebih kurang pukul 6 pagi. Lepas turunkan barang-barang dari bas, sayup-sayup kedengaran azan Subuh berkumandang. Kitorang beramai-ramai menuju ke masjid berjauhan berdekatan untuk menunaikan kewajipan sebagai seorang muslim. Ada yang mandi, tukar baju, dan macam-macam lagi la. Gua perut meragam, carik toilet dulu...

Lepas settle melabur menunaikan solat Subuh, kitorang menuju ke Terminal Jeti Lumut. Sekali sesak dengan orang. Rasa nak pengsan pun ada. Rupanya ramai warganegara Malaysia yang beragama Hindu nak ke Pulau Pangkor jugak. Ada perayaan apa ntah. Macam dekat Batu Cave jugak. Jadi kitorang terpaksa tunggu lebih lama dari kebiasaan, dan terpaksa bersesak-sesak.

Korang tengok la betapa sesaknya keadaan.

Antara yang tak lepas pada awalnya. 
Kelihatan organizer iaitu Nur'Adli di situ...

Selepas bersesak-sesak hampir sejam jugak, dapat jugak kitorang semua naik bot. Bot ke? Kapal? Tak pun feri? Lantaklah, janji boleh bawak kitorang ke pulau. Aku naik je terus pergi belakang, pergi kat deck kapal. Bila kapal gerak je, terasa angin pagi di iringi aroma air laut menghembus ke muka. Peh, memang nyaman la. Ye la kan, dah la lama bersesak-sesak, dengan berpeluhnya. Sekali dapat angin, memang lentok abis la. Budak-budak ni terus bergambar la, apa lagi. Masing-masing keluarkan sunshades. Bergaya habis. Aku pulak atas deck terus pakai contact lens, baru la boleh pakai shades. Takkan nak pakai spek dengan shades sekali kan.


Walaupun ramai, kapal masih tak terjungkit.


Wan Shah dan Cuki (yang ada skandal) serta Rutet. 

Piji, Adzhar, aku dan Wan Karim.


Agak lama jugak atas kapal/feri/bot/tongkang tersebut. Ada la dalam 30 minit. Ntah, aku main taip je ni. Kepala bengong sebab lapar. Sampai kat Jeti Utama Pulau Pangkor, kitorang naik van teksi kaler pink. Dari situ, kitorang bergerak ke lokasi penginapan kitorang, iaitu D'Rimba Camp. Adeh, dah la apartment kat D'Rimba Kota Damansara, nak menginap pun kat D'Rimba. Tapi kitorang nyata bukan makhluk dari hutan. Sampai sana, ketua unit operasi iaitu Adli telah memberi taklimat kepada para peserta. Ah sudah, macam camping kat skolah la pulak. Kitorang terbahagi kepada dua kumpulan, separuh duduk dalam dorm, separuh lagi dok kat khemah. Aku dok dalam khemah, tapi tak tido dalam khemah. Eh? Kenapa? Nanti aku cerita...

Proses pemasangan khemah.

Bila dah settle, aktiviti bebas bermula. Ada yang mandi laut, main bola sepak, main volleyball, tak kurang juga bermain daun terup kat bawah pokok di tepi pantai. Kad habis berlumur dengan pasir.




Bila dah main-main, mula la perut lapar. Dari campsite tu, kitorang berjalan ke kawasan berdekatan, yang ada banyak kedai makan. Aku rasa agak murah la jugak, sebab walaupun kawasan pelancongan, harga makanan tak mahal merepek. Kerepek pun tak mahal. Oh ye, Meri ada jual kerepek lagi. Sape nak contact aku. Komisen 50%, ok tak Meri?

Acan: Ad, awek kat luar tu tak lawa la.
Adli: Gua tak pedulik, gua nak nasik jugak.


Kenapa macam tak cerah je diorang ni?

Lepas makan perut gua kembali buat hal. Habis gua jalan kat luar carik jamban, last-last patah balik kedai makan baru jumpa. Time melabur peluh menitik-nitik. Gua cadangkan supaya setiap tandas di pasang kipas atau ekon, ada bran?

Petang selepas makan, aktiviti kelautan diteruskan lagi denga berkayak. Murah sahaja, RM15 untuk sesi berkayak selama dua jam. Aku rasa kitorang main redah je. Dah letih baru balik. Takde pulak orang tu naik bot tunda kitorang ke tepi pantai. Aku berpasangan dengan Syahmi a.k.a Batut. Time ni banyak la pulak kejadian yang berlaku. Mula-mula kayak Mat Yie dengan Ucop terbalik. Datang la team rescue iaitu kitorang sendiri. Apeng dengan Meri aku rasa yang paling bertungkus-lumus, last-last terbalik jugak. Ucop yang krem terus naik kayak lain menggantikan Wak dengan Mozek, manakala Wak pula terjun ke dalam air untuk membantu mangsa yang jatuh. Kalau tak paham sila baca semula.




Mereka-mereka yang hampir nak karam ni kitorang tunda sampai la ke Coral Island, pulau kecik yang ada banyak batu karang. Aku dengan Batut pun nyaris langgar batu besar, bukan batu karang. Sampai tepi pantai, mangsa-mangsa ni terus terdampar keletihan.

Mozek: Cuba ko rasa kaki aku ni Akbar, best tak?
Akbar: Tak nak, kaki ko hitam...

Mangsa : Mat Yie kat depan, yang kat belakang tu Aliapeng dengan Meri.

Selesai berkayak, kitorang pulang ke pantai. Ada game volleyball antara kelas. Memang happening habs, haruk pikuk persekitaran pantai dengan sorakan sokongan dan jeritan psycho pihak lawan. Aku perasan ada foreigner dok perhatikan kitorang, sambil sengih-sengih time kitorang bersorak. Nak join masuk je, kitorang friendly. Muahaha...




Okey,ni baru cerita seharian. Belum cerita semalaman. Cerita waktu malam. Nanti la aku sambung lagi. Karang baca banyak-banyak karang bukan masuk pun. Kualiti lebih penting dari kuantiti. Sorry la lambat sikit update, dah dekat seminggu baru nak update. Time update pun kejap-kejap YM la, masak megi la, makan la, balas komen kat Facebook la, bila nak settle kerja?

Untuk gambar-gambar yang lebih terang dan cerita yang lebih senonoh, silalah merujuk ke blog Aliapeng.
Kredit kepada Sap, Aliapeng, Am, Wak dan lain-lain atas sumbangan gambar untuk di muatkan ke dalam entry ini.

14Feedback(s):