Billboard

Followers

Wednesday, May 12, 2010

Dah berapa kali aku ulang tengok


Cerita apa? The Dark Knight (2008). Memang cerita ni dah lama tayang. Aku ingat aku tengok kat wayang, dapat seat agak depan, macam nak patah tengkuk tengok sambil dongak. Cerita dah la lama, 2 jam setengah. Tapi memang berbaloi aku rasa.

Aku tak tau macam mana nak simpulkan cerita ni. Kompleks. Garapan penulis skrip memang aku cukup kagum. Plot yang berkembang secara perlahan, dengan dugaan klimaks yang memanjang, aku cukup kagum dengan pihak produksi filem ni. Berapa kali aku ingat dah sampai klimaks cerita, tapi still ada lagi kejutan.

Aku bukanlah pembaca setia komik Batman, tapi aku minat dengan watak ni. Kartun Batman Animated Series yang ditayangkan kat televisyen masa kecik-kecik dulu dah buat aku lekat dengan Batman. Sekarang kan ada Wikipedia, so aku just search pasal Batman, dan belajar. Jadi kesimpulannya, aku kenal siapa yang digelar The Caped Crusader.

Berbalik kepada cerita ni, pihak produksi berjaya menghasilkan satu tema yang 'dark' dalam filem The Dark Knight, macam yang pernah diterapkan dalam filem Batman (1989) dan Batman Returns (1992) arahan Tim Burton. Apa pun, The Dark Knight bukanlah kesinambungan bagi kedua-dua filem di atas tetapi sambungan kepada Batman Begins. Ini apa yang digelar 'reboot' dalam industri perfileman, bila mana satu siri tu diberi nafas baru. Aku kurang minat dengan siri Batman arahan Joel Schumacher. Batman Forever (1995) kira ok lagi, sampai Batman & Robin (1997), aku rasa tema 'dark' tu dah tak ada, dan lebih kepada cerita kartun gayanya. (Batman Animated Series tu pun lebih gothic dari filem ni).



Dari segi watak, aku rasa ramai yang bersetuju dengan kehebatan watak Joker lakonan mendiang Heath Ledger. Psycho. Aku tak tahu nak describe macam mana. Sangat-sangat berjaya sebagai Joker, dan aku rasa Joker terbaik sepanjang zaman (at the moment of this post). Bruce Wayne/Batman lakonan aktor British, Christian Bale pun tak menghampakan. Masih ada sense of humor, dan dia berjaya membawa watak dual-life person dengan berjaya.

Kalau tengok filem-filem Batman sebelum ni, hatta Batman Begins pun, bandar Gotham kelihatan besar, penuh dengan patung-patung gergasi, rekaan bangunan yang gothic dan 'dark'. Tapi dalam filem The Dark Knight ni, Gotham City lebih kepada bandaraya biasa. Apa pun, kita boleh tengok macam mana paniknya suatu komuniti dalam bandar bila berlakunya sesuatu yang di luar kawalan. Orang-orang yang pentingkan diri akan bertindak melulu, terdesak untuk selamatkan diri dan keluarga, dengan mengambil risiko yang tinggi. Banyak yang kita boleh belajar dari filem ni.

To summarize, this is the best Batman ever, for me. Dan aku masih tak jemu walaupun aku dah tengok banyak kali. Siapa-siapa yang ada masa lapang dan tak tau nak buat apa, aku syorkan tengok cerita ni. Hayati ceritanya betul-betul, sebab aku dah tengok beberapa kali baru betul-betul faham. Dan jangan risau kalau tak pernah tengok filem-filem yang sebelum ni, filem ni straightforward, tanpa ada banyak rujukan dengan filem yang lepas.Kenapa aku kasi review ni? Sebab aku baru tengok balik untuk kali ke berapa ntah.

6Feedback(s):