Billboard

Followers

Wednesday, May 19, 2010

Cendol Pulut / Tapai & Laksa Utara, Jitra Mai



Kali ni aku nak review salah satu tempat makan yang jadi favourite budak-budak METC batch aku. Menu seperti yang korang boleh nampak dalam gambar kat atas, cendol, cendol pulut, cendol tapai dan laksa. Selalu budak-budak ni pergi time petang lepas balik kelas, dah nak maghrib dah kalau nak kira. Kalau dah pergi time petang tu, biasanya tapai dengan pulut dah habis. 

Brader ni pacak gerai tepi jalan je pun. Tapi lokasi tu boleh kata strategik jugak sebab memang antara laluan utama orang keluar masuk Kota Damansara - Sg. Buloh. Internet slow, tak dapat aku nak tepek map. Tiap hari balik dari METC memang bas kitorang lalu sini. Kalau tak hujan, memang confirm ada orang walaupun dah lewat petang. Aku tak tau la brader ni pacak gerai pukul berapa, tapi kalau pergi hari cuti, pukul 3 petang dah ada.

Lokasi gerai : Jalan TSB 4, Persiaran Sungai Buloh. Bawah pokok tau, bukan kat kedai. Huhu...

Cakap pasal menu, sku tak minat sangat dengan cendol, tapi cendol brader ni memang sedap. Lagi-lagi kalau pekena time panas, memang masyuk gila lah. Laksa pulak, memang favourite. Jarang aku tak makan laksa. Kuah dia pekat, penuh isi ikan. Cuma masin dia lebih sikit, mungkin sebab dia sentiasa panaskan, kuah makin kering. Memang berbaloi kalau makan. Semangkuk pun dah cukup buat aku kenyang. Maybe sebab perut kecik, tambah-tambah pulak makan dengan cendol pulut kut, tu yang penuh perut jadinya.


Ni brader tokey kedai.


Tunggu order sampai. Tak ada meja, tak ada bumbung. Cuma ada bangku dan duduk bawah pokok.


Tu dia cendol dan laksa. Aku tengok gambar sambil menitik air liur. Ah, terasa macam kat dalam mulut je...


Sempat posing sebab baru nak makan.


Tapi kalau dah start makan, tak sedar apa jadi, memang layan...

Hari Isnin lepas aku dapat panggilan dari Pak Long aku kat Sg. Petani, Kedah. Tanya aku apa khabar, dah kahwin ke (?), belajar macam mana. Last sekali dia tanya, bila lagi nak mai? Hoh, sangatlah aku kepingin nak pergi, tapi memandangkan tak ada cuti panjang, terpaksa la aku hold dulu. Ada masa, ada rezeki, memang aku pergi la. Sebab apa? Laksa Mak Long aku... Mengidam, oh mengidam... 

Adzhar, nanti ada rezeki gua ikut lu balik (rumah Adzhar dekat ngan rumah Pak Long aku). Takpun, geng pergi Kedah hari tu (aku pinjam link ko Apeng, masa ni aku tak de blog lagi), Wan Karim, Akbar dan meri, bila lagi nak pergi? Tak habis jalan lagi haritu wei...

p/s : cis, baru gua perasan trip gi Kedah haritu gua tak tulis lagi. trip bulan Julai 2009, gua ada blog bulan 9, mana nak ada.... puas cari. hampeh... nak tengok sedikit gambar, leh tengok kat album facebook aku.

30Feedback(s):