Kami sampai di Taiping lebih kurang pukul 1.00 tengah hari. Selesai mandi-manda, kami menunggu sahabat kepada Adi untuk membawa kami ke Kuala Sepetang untuk makan mee udang yang popular. Terdapat banyak restoran yang menghidangkan mee udang sebagai menu utama, namun kami memilih restoran mee udang Mak Jah. Apa yang dapat diperhatikan, terdapat juga beberapa kumpulan bikers lain yang berhenti makan di sana, sebagai bukti bahawa restoran tersebut sememangnya popular. Selesai makan, kami mengerjakan solat Zohor dan Asar (secara jamak) di surau yang berhampiran dengan restoran.
Patutlah diberi nama Kolam Burma...
Aksi terbang.
Mee Udang Mak Jah. Mesti cuba!
Bergambar bersama Epit (T-shirt hitam, duduk) sebelum berpisah.
Kami berpisah dengan Epit yang bergerak pulang ke Pulau Pinang, dan kami pula menuju ke selatan. Perjalanan pulang berjalan dengan lancar, walaupun kenderaan agak sesak. Kami singgah di beberapa hentian R&R untuk mengisi minyak, dan berhenti di R&R Ulu Bernam untuk makan malam dan berehat lebih lama. Selesai makan dan menunaikan solat Maghrib dan Isyak, kami meneruskan perjalanan kami. Kami berpisah dengan Abang Shamsul (Ilanos65) dan Shamil (syamilkkb) yang keluar di exit Tanjung Malim. Peserta ride yang tinggal menuju ke Restoran Jejantas Sungai Buloh sebelum berpisah, kecuali Ikromi (muckracker88) dan Zaki yang memilih untuk pulang terus ke rumah. Dalam perjalanan ke Restoran Jejantas Sungai Buloh, salah seorang peserta didapati muntah di atas motor , namun terus laju memecut tanpa berhenti. Memang seorang yang berjiwa penunggang!
Baki peserta yang tinggal terdiri dari penulis (Acan_capiX), Adi, Syafiq (capik_88), Azhar (waveungu), Nizam (C.D.I), Faqrul (ikan_kering), Firdaus (pdut4life), dan Asrul (WhiteWave). Kami bersurai lebih kurang jam 2 pagi untuk pulang ke destinasi masing-masing. Faqrul pula menumpang rumah penulis kerana sudah lewat malam untuk beliau pulang ke Jengka, Pahang. Syabas untuk semua peserta kerana berjaya meunjukkan disiplin yang tinggi di samping semangat setia kawan dan bantu membantu antara satu sama lain. Diharapkan agar konvoi begini dapat dilaksanakan lagi di masa hadapan.
p/s : kredit kepada saudara Faqrul Izral a.k.a ikan_kering di atas gambar-gambar yang digunakan untuk paparan ride kali ini.
0Feedback(s):
Post a Comment
Post a Comment