Billboard

Followers

Wednesday, July 13, 2011

Penang Ride 2011 (8-10 July 2011) : The island and the twisty roads.

Sabtu, 9 Julai 2011. Ada yang dah mula tersedar dari tidur sekitar pukul 9.30. Menjelang pukul 11, semua peserta ride dah bangun dan bersiap-siap. Kami dijamu makan buah rambutan pulak. Sepatutnya, kami dah gerak menuju ke Pulau Pinang waktu ni, tapi disebabkan ramai yang bangun lambat, dan hujan pulak tengah hari tu, kami tunda perjalanan kami. Kami makan tengah hari yang dimasak oleh mak Ikromi (muckracker88). Lauk ikan kering, gulai ikan masin dan sayur bening. Memang sedap. Habis licin semua kami bedal. Terima kasih pada keluarga Encik Mansor (bapa Ikromi) kerana melayan kerenah kami semua. Semoga Allah sahajalah yang memurahkan rezeki kalian sekeluarga.

Makan rambutan dan manggis. Tangan Faqrul (ikan_kering) hitam sebab warna glove melekat kat tangan. Wakaka.

Lauk yang dihidangkan. Habis licin kami bedal!

Gambar kenangan dengan ibu bapa Ikromi.

Selepas bergambar kenangan dengan keluarga Ikromi, kami terus menuju ke Pulau Pinang. Kami disertai pula oleh Epit (legendz), Aiman (eimanweirdo) dan Hazwan. Untuk ke Pulau, kami memilih untuk menggunakan feri. Sampainya kami di sana, Aiman membawa kami semua ke restoran Kapitan untuk makan nasi beryani. Selesai menjamu selera, kami ke Chowrasta pula untuk membeli jeruk.

Excited nak naik feri!

On board the ferry.

Dihadapan restoran Kapitan.

Menunggu hidangan.

Sedap!


Selesai semuanya, kami teruskan perjalanan ke Bukit Salbiah, Dari sana kami menghayati setiap selekoh yang ada dengan kelajuan yang selamat. Lagipun jalan agak sesak, tambahan pula hari sudah lewat petang. Memang orang Penang hebat-hebat layan corner. Pakcik bawak bakul durian besar dekat motor pun boleh layan selekoh sampai terseret-seret. Kami menuju ke Batu Feringhi, dan seterusnya ke Empangan Teluk Bahang, di mana kami berhenti sebentar untuk mengambil gambar matahari terbenam di sekitar kawasan empangan.



Pukul 7 malam, hari sudah mulai gelap. Kami mula bergerak untuk turun ke Balik Pulau, dan kejadian yang tidak diingini berlaku. Aiman tersasar dari jalan yang sepatutnya. Menurut beliau, jalan yang sepatutnya menuju kekiri dilihatnya lurus. Mungkin kerana hari sudah senja, gangguan-gangguan makhluk halus tidak boleh kita nafikan. Tangan kanannya patah manakala tangan kiri dan kaki beliau mengalami luka. Apa pun, beliau selamat dibawa ke Hospital Balik Pulau untuk menerima lawatan lanjutan.

Keadaan motor Aiman.

Berikutan hal itu, aktiviti BBQ yang sepatutnya diadakan di Parit Buntar, dirumah bapa mertua Adi (WNW218) terpaksa ditunda. Setelah Aiman stabil dan dibenarkan pulang, kami terus menuju ke Jambatan Pulau Pinang untuk keluar dari pulau, seterusnya ke Parit Buntar. Kami sampai di sana kira-kira pukul 2 pagi. Selesai makan, kami menuju ke rumah homestay tempat kami menginap tidak jauh dari rumah bapa mertua Adi untuk merehatkan badan. Kepada Aiman, banyak-banyakkan bersabar. Ada hikmah disebalik kejadian. Semoga cepat sembuh. Insyaallah...

Aktiviti membakar.

Mesra betul Nizam (C.D.I) dengan Firdaus (pdut4life).

Ada yang tak larat sampai pengsan terus.

Mangkuk carburetor aku hampir tercabut gara-gara skru longgar. Nasib baik Syafiq (capik88) ada poket Doraemon. =p.

Sambung lagi daaa...

4Feedback(s):