Billboard

Followers

Tuesday, July 12, 2011

Penang Ride 2011 (8-10 July 2011) : The journey begins.


Petang Jumaat, 8hb Julai 2011, Faqrul (ikan_kering) datang dari Jengka. Maghrib, Capik (capik88), Azhar (azhar88) dan Nizam (C.D.I) pula datang. Lepas solat Maghrib kami tunggu Ikromi (muckracker) pula, dan bergerak sama-sama menuju ke Kota Damansara. Kami begabung dengan Pidut dan Zaki dan terus menuju ke R&R Sg. Buloh.  Di sana kami menunggu Adi (WNW) dan Asrul (WhiteWave). Kami teruskan lagi perjalanan ke R&R Tanjung Malim untuk bertemu dengan Syamil dan Abang Shamsul selaku sweeper dan marshal merangkap ketua Ride kami.


@ Shell Kota Damansara

Di Tapah ni kami solat Isyak, buat final check ahli-ahli peserta, check motor dan topup minyak. Motor Asrul siap tukar sproket lagi sebab motor tak boleh blah masa meroket dari Tanjung Malim ke Tapah. Sejam jugak kami di sana. Lepas siap semuanya, briefing oleh Abang Shamsul dan bacaan doa oleh Ikromi, kami meneruskan perjalanan.

Tukar sproket.

Perjalanan maintain dengan kelajuan 120km/j sepanjang perjalanan. Bila dah sampai Jelapang, marshal lepaskan kitorang untuk uji kelajuan masing-masing. Itu pun lepas dipastikan jalan lurus dan selamat. Kami berhenti di R&R Sg. Perak untuk isi minyak, makan dan berehat. Lepas dah refresh balik, kami teruskan lagi perjalanan.

R&R Sg. Perak.

Tak berapa lama lepas mula jalan, terasa macam nak hujan. Masing-masing berhenti dan atas arahan marshal Abang Samsul, kami pakai baju hujan. Kami teruskan perjalanan dan tiba-tiba hujan lebat mencurah-curah. Alhamdulillah, kami dapat teruskan perjalanan walaupun perlahan. Kami berhenti di R&R Gunung Semanggol dan tunggu hujan reda. Ada 2 orang yang tertinggal sebab penglihatan tak jelas sebab hujan yang sangat lebat. Tapi Alhamdulillah semuanya dapat berkumpul semula di R&R tu. Masa ni ramai yang dah mula ngantuk. Zaki keluarkan senjata rahsia, smelling salt yang biasa orang pakai untuk kejutkan orang yang pengsan atau tak sedarkan diri. Sekali sedut terus menyucuk hidung. Terkejut la jugak, tapi ngantuk tak hilang jugak. Adeh...

Dari Gunung Semanggol, kami menuju ke Plaza Tol Juru. Kami keluar dari highway dan tunggu Aiman (eimanweirdo) dari Kulim yang awal-awal pagi dah bangun sebab nak jemput kami. Seterusnya kami menuju ke rumah Ikromi di Felda Gunung Bongsu, Kulim. Kami sampai lebih kurang pukul 6.30 pagi. Lepas solat Subuh, kami dijamu dengan sarapan pulut yang dimakan dengan santan, gula dan durian. Lepas tu, masing-masing terbongkang tido...

Halaman rumah Ikromi.
Bersambung...

3Feedback(s):