Billboard

Followers

Monday, March 29, 2010

Ketabahan

Sabtu lepas aku balik Serting. Bermalam sehari je pun, balik pagi Sabtu, Ahad balik Kota Damansara semula. Tapi sempat la aku jumpa Zailin, kawan aku yang terlibat dengan kemalangan tempoh hari. Aku melawat dia dengan Azizul dan Liana yang datang dengan adik dia.

Dari apa yang aku dapat perhatikan, Zailin seorang yang sangat tabah. Masa kitorang tanya pasal kejadian masa tu, dia tenang je cerita. Walaupun mata dia nampak berkaca, tapi tak tumpah setitis pun air mata. Memang aku sangat kagum dengan dia. Masa kitorang datang tu, saudara-mara Zailin pun ada sama, nenek dia pun ada. Syukurlah, masih ada ahli keluarga yang ambil berat pasal adik-beradik diorang.

Aku tahu, memang perit kehilangan orang tersayang dalam hidup kita. Tapi, kehidupan mesti diteruskan. Marilah kita sama-sama doakan agar mereka sekeluarga tabah menghadapi dugaan yang melanda.

Saturday, March 27, 2010

My true wish!

Izan telah memengahkan aku dengan Tag ini...

Rules : Bold the statements that ARE true to you.
Italicize the statements that you WISH were true.
Leave the fibs alone.
Then, tag 5 people to do the same test.


•170cm tall.
•I don’t know what I want at the moment.
•I’m not happy.
•I hate my friends.
•I hate my life.
•I hate my grades.
•I can drive.
•I’m bored of driving.
•I have a white handbag.
•I love dancing.
•I go clubbing every week.
•Shopping is bullshit.
•I have a tattoo of a star.
•I got my navel pierced.
•I have friends that take drugs.
•90% of my friends smoke.
•I still hang out with my ex, even though our break up was rather nasty.
•I’m studying Fashion.
•I have a business running
•I hate cartoons.
•I hate someone.
•I have 10 Lollipops handbags.
•I buy CLEO every month.
•My parents don’t know about my blog.
•I have an iPod.
•I don’t have faith in the current “one”.
•My school mates know about my blog.
•I wanted to be a fashion designer.
•I love rock emo bands.
•I hate it when people cancel last minute meet ups.
•I’m a rebel.
•I don’t believe in love.
•High school's filled with drama.
•My parents have faith in me.
•I’ve bought shoes this month.
•A blogger bitched about me before.
•I hate sports.
•I heart Italian food.
•I hate meeting new people.
•I hate nail polish.
•The mother bear gives me hugs.
•People should start appreciating me.
•High school was the worst time of my life.
•I have red hair.
•One Utama is my second home.
•I’m a guy.
•I’m scared of my Biology result exam which I’m going to face someday tomorrow.
•I hate vacations.
•We’ll last :)
•I believe in long distance relationships.
•I’m going to get high and smoke weed one day soon.
•I’ve robbed an old lady.
•I’m starting to like applying make-up.
•I was a tomboy.
•At times I think I still am a tomboy.
•I love bitching about people behind their backs
•I still have a best friend.
•I have a cat.
•I hate surprise parties.
•I hate planning parties.
•I’m hot. :P.. 
•I’m a sinner.
•I’ve got a DS light.
•I have a Wii.
•I cant live without music.
•Video games are a waste of time.
•I miss the father bear.
•I love being in love.
•I know how to cook.
•I have 100% freedom.
•Boys are assholes.
•I hate Math.
•I’m happy with what I have
•I love horror films.
•I slept in my parents’ room for 3 days after watching Scream when I was a kid.
•My old friends keep in touch with me.
•I don’t read newspapers.
•The news is such a waste of time.
•Blogging is a waste of time.
•I hate animals.
•I can’t live without make-up.
•I curse like a pirate.
•I’m happy with my 11 year old car.
•I hate people that are smart.
•I love Orange juice.
•I can’t drink for nuts.
•I believe that everyone in their teens have lost their virginity.
•I’ve got a new phone.
•I’m going to get a new pair of shoes by the end of this month.
•I love swimming.
•I haven’t worked out since March.
•I think I’m fat
•I love my friends and family




Sape nak kena tag? Lotih la den nak milih orang. Pepandai la yo...

p/s: sesungguhnya ini adalah post automatik kerana aku sedang berada di Serting sekarang.

Monday, March 22, 2010

Killer tag by Miss Izan

Tag bertuah ini telah di sumbangkan oleh Cik Izan Salleh.

Siapakah diri anda di rumah?
Seorang anak sulung kepada pasangan Khaerlan bin Sibon dan Niti Puspa binti Mokri.
Seorang abang yang disayangi oleh adik-adiknya yang seramai 6 orang.

Siapakah diri anda di samping rakan?
Seorang rakan yang, tak tau lah. Tanya la diorang sendiri. Huhu...

5 benda yg anda idamkan tp masih belum tercapai.
Motor

Suzuki Belang 150R
(Nak mintak parents belikan mahal la pulak, tunggu dah kerja nanti la kut)

Suzuki GSX-R 1000 K9
(Ini lepas beberapa tahun kerja)


Kamera

Canon EOS 550D a.k.a EOS Kiss X4 (Japan) a.k.a EOS Rebel T2i (North America)
(Banyak pulak nama benda ni)


Kereta

Mitsubishi Lancer Evolution 6.5 TME
(Daily car time awal bulan. Banyak duit, pakai turbo)

Honda Accord Euro R CL7
(Family car. Daily car time hujung bulan. Duit sengkek, pakai NA. Kalau sengkek lagi naik motor.)

Nissan Skyline GTR R34
(Kereta merempit di hujung minggu, ketika kaya-raya gaji baru masuk.)

Datsun Fairlady 240Z
(Kereta relax-relax orang tua)

p/s: nah, berderet kereta nak pakai. ntah ye ntah tidak... =p

Rumah

Rumah yang selesa untuk keluarga.

Isteri

Pelengkap hidupku. Hopefully she is my current Mrs.Acancapix. Insyaallah.

Siapakah nama pasangan anda?
Nama beliau ialah...
.
.
.
Kita panggil dia Mrs.Acancapix je la ea? =p

Ceritakan 5 perkara yg paling anda suka tentang pasangan anda.
> Penuh dengan kejutan yang buat aku rasa cam nak melompat kegembiraan.
> Beliau menyayangiku seadanya.
> Manja jugak kadang-kadang. Mungkin dia malu nak manja-manja selalu dengan aku. Hehe...
> Aku suka tengok muka dia. Rasa macam nak mengadap dia je sepanjang hari.
> Susah nak cari orang macam dia, sebab tu aku suka. Ngeee...

Bila tarikh anda couple.
Suatu masa, di tahun 2006 dan 2007
(Kes putus ikat balik, cerai rujuk balik... Tak reti dan tak tergerak hati la nak carik yang lain. Huhu...)

Aapakah kenangan pahit anda bersama pasangan anda?
Peristiwa di satu malam bertarikh 30 Ogos 2008.

Lagu tema cinta anda.
I want nobody, nobody but you! Yeah! Aku memain je ni. Dear, I serahkan pemilihan lagu kat U. =)

Apa perubahan yg ingin anda lihat dari pasangan anda.
Tak payah la ubah apa-apa. Ku terimamu seadanya. =)

Tag lagi 10 orang.
Ni yang den lomah nak tag-tag orang ni.

Aliapeng
Adli
Uncle
Eben
Violet

Lagi 5 orang, siapa-siapa yang baca. Kalau tak buat, internet korang problem satu hari. Muahaha...

p/s: Mrs.Acancapix, i nampak u online, tapi u tak balas pun message i. i rinduuuu... =(

Sunday, March 21, 2010

Pakaian keselamatan: Gaya atau fungsi?

Aku terpanggil untuk buat satu post pasal keselamatan. Baru-baru ni, kawan-kawan aku ada yang terlibat dalam kemalangan motosikal. Mujur takde yang cedera parah, macam patah ke, retak tulang ke. Tapi still susah jugak nak berjalan bila dah luka, badan lebam-lebam. Tak lama lepas tu, dengar berita abang Akmal Fadli (Amal) pulak terlibat dalam kemalangan maut, juga di sebabkan menunggang motosikal. Jadi persoalannya kat sini, boleh tak kita mengurangkan risiko kecederaan yang teruk atau lebih parah, kematian? 

Jadi kat sini, aku nak kongsikan tentang beberapa pakaian keselamatan yang boleh kita gunakan untuk kurangkan risiko kecederaan dan maut bila terlibat dalam kemalangan. Sesetengah orang akan kata, "benda dah nak jadi", ataupun "suratan takdir", tapi seboleh-bolehnya kita kena berusaha untuk mengelakkan kecelakaan. Usaha dan tawakkal, selebihnya itu urusan Allah.

Alat keselamatan yang paling penting bagi penunggang motosikal ialah topi keledar, atau helmet. Benda ni paling mustahak sebab menjaga bahagian paling penting kat badan kita iaitu kepala. Ada bermacam jenis helmet yang ada di pasaran sekarang. Pilihlah yang berkualiti, dari jenama yang terbukti keberkesanannya, dan ada pengesahan. Kadang-kadang ada jugak helmet murah, yang mana span paddingnya senipis setengah inci sahaja. Kulit luarnya pun nipis. Tapi ada jugak yang bercop sirim. Tak tau la nak kata macam mana boleh lulus test. Jadi kalau nak pilih, kalau kita pegang pun dah rasa tak selamat, ringan semacam je, go for another choice. Memang selesa pakai yang ringan, tapi kalau helmet pun boleh pecah, kepala apatah lagi kan?

Dalam memilih helmet, kalau boleh pilihlah yang 'fullface', iaitu yang ada penutup mulut tu. Macam yang selalu orang pakai motor berkuasa besar pakai. Tak kisah la walaupun kita ni pakai 'kapcai' je pun. Memang sesetengah orang akan pandang serong, dan kadang-kadang berkata,"Eleh, pakai kapcai pun beria nak pakai 'fullface', macam lah bawak motor besar". Ingat jatuh pakai motor besar je ke yang sakit? Esok dah jatuh, rahang beralih, dagu berlubang, bibir sumbing, gigi patah, mana nak carik ganti? Memang tak dinafikan, harganya lebih mahal dari helmet jenis 'open face'. Tapi pelaburan untuk jangka masa panjang mampu menyelamatkan nyawa kita.


Ni contoh helmet 'open face'. Kalau dah jenama Arai, harga dah sama macam 'fullface jenama biasa-biasa.

Takziah untuk sahabat.

Marilah kita bersama-sama sedekahkan bacaan surah Al-Fatihah untuk kedua ibu bapa Nurul Zailin binti Rosley yang telah pulang ke rahmatullah. Mereka sekeluarga telah terlibat dalam satu kemalangan di Bukit Putus, Negeri Sembilan. Semoga Allah mencucuri rahmat kepada kedua ibu bapa beliau. Zailin pula patah tangan, jadi sama-sama la kita doakan beliau cepat sembuh. Kepada Zailin, semoga terus tabah untuk menempuh liku-liku kehidupan. Banyakkan bersabar dengan ujian Allah. Sesungguhnya Allah lebih menyayangi kedua ibu bapa kamu. Hidup mesti di teruskan, jangan mudah berputus asa. Insyaallah, kami semua akan mendoakan kemudahan kamu sekeluarga.

Berita dari utusan online :

3 sekeluarga maut dalam nahas ngeri di Kuala Pilah

Tuesday, March 16, 2010

Terima kasih Sendra

Sesungguhnya aku berasa amat terharu dan tersentuh bila Sendra si tuan rumah blog Kueh Tart melukis gambar aku sebagai tanda penghargaan ke atas komen-komen ke atas blog beliau. Tacing oh...


Anyway, aku kenal dia time blogwalking. Cam biasa la, letak link kat chatbox, dengan mengharapkan kunjungan balik. Aku kan newbies, so aku try la carik pembaca dengan cara tersebut. Jadi si Sendra ni pun menjengah blog aku, and then dia tertarik dengan widget 'Blogumus' yang aku letak tajuk "Sfera Topik" tu. Dia tanya aku, and dari situ bermulalah satu perkenalan secara maya antara aku dan dia. Cet, ayat jiwang lak gua. Tacing wooo... Gua ni muka je garang, tapi dalam hati ada taman. Wakaka...

Thanks a lot bro. Teruskan penulisan berkualiti anda... =)


Sunday, March 14, 2010

A trip to Pangkor : Part 3 (27 & 28 February 2010)

Pagi Ahad, 28 February 2010, aku terjaga dari tidur, sebab kaki Wan dah bersilang atas kaki aku. Badan still gatal-gatal, dan badan berpeluh. Aku cek tengok cermin kat toilet, Alhamdulillah, bengkak dah surut. Kalau tak, mesti hari terakhir akan menjadi hari yang tak best, badan bengkak, kena dok dalam dorm je la. Pagi tu, lepas solat Subuh, aku pergi ke tapak khemah. Ada pagi-pagi lagi dah buat air, ada yang tido balik, ada yang siap sedia nak main air. Ayam malam semalam pun still ada lagi untuk di buat breakfast. Budak-budak yang dalam dorm pulak pakat buat maggie dalam bekas tupperware besar, makan secara berjemaah.


Wednesday, March 10, 2010

Tag by cik Wawa


Aku telah di tag oleh Cik Wawa sebelum pergi pangkor lagi. Ni baru ada kesempatan nak buat. Huhu... Senang je. Tengok langkah2 di bawah...


1) You have to print screen wallpaper that you are using right now.


Decepticons rulez!

2) Tell us why u like the wallpaper.
  • Simple
  • Evil
  • Decepticons logo is just too cool
*Kat bawah logo tu ada widget dari Rainmeter untuk bagitau status internet connection, worload CPU & RAM, available hard disk space dan juga power. Comfirm la power 100% sebab aku pakai PC. Tak ada desktop icon sebab aku lebih suka desktop aku kosong. Aku guna ObjectDock sebagai shortcuts unuk program-program yang aku selalu guna. Automatically hidden, aku perlu hover je cursor tuk keluarkan icon.(macam kat bawah ni.)


  
3) Tag 10 people.


Aku rasa dah ramai yang dah buat tag ni. Aku je yang lambat. Tapi kalau anda jenis rajin, silalah buat. =)



Monday, March 8, 2010

A trip to Pangkor : Part 2 (27 & 28 February 2010)

Setelah seharian bermain sakan, perut pun mula rasa lapar. Lepas mandi, dan solat, kitorang menuju ke kantin. Makan malam disediakan oleh pihak kem D'Rimba. Makanan ok la jugak, tapi macam tak berapa berbaloi dengan kos. Takpe la, mungkin sebab tempat pelancongan kut. 

Beratur menunggu giliran.

Friday, March 5, 2010

A trip to Pangkor : Part 1 (27 & 28 February 2010)

Allright, lepas dapat YM dengan Mrs. AcancapiX, baru la semangat nak menulis terkinja-kinja datang. (Sebenarnya sebab dia tanya mana post baru. Huhu...). 

Kitorang berkumpul kat tempat yang selalu kitorang naik bas untuk ke METC tu lebih kurang pukul 12 tengah malam. Time ni memang riuh la. Semua orang nak berborak, padahal hari-hari jumpa. (Aku pun sama je.). Sinar-sinar happening tu dah nampak dah. Ada jugak yang meniaga. Amal dengan Md. Deham buat collaboration meniaga hot dog pulak. Memang bersemangat keusahawanan la meraka ni... Sebelum bergerak, ada taklimat oleh organizer Nur'Adli dan bacaan doa oleh Hilmi serta sedikit pesanan ringkas oleh warden Azmi. Bas bergerak dalam pukul 12.45 pagi.

Sebelum berlepas.
Dari kiri: Aku, Amal, Aliapeng, Mat Yie dan Adli.

Monday, March 1, 2010

A trip to Pangkor : Teaser

Alhamdulillah, trip ke Pulau Pangkor berjaya tanpa ada sebarangan kemalangan jiwa. Memeng satu trip yang menyeronokkan bagi aku. Dan sangat meriah. Banyak benda aku nak kongsikan dengan pembaca sekalian, tapi gambar banyak lagi aku tak ambik kat budak-budak ni. Bayangkanlah, pergi 70 orang, kalau separuh ada handphone yang ada kamera, dah 35 orang punya gambar aku nak pergi ambik, belum kira yang pakai kamera digital, dslr dan compact. Kalau purata sorang ada seratus gambar, dah 3500 gambar. Tu belum kira nak edit lagi, nak upload kang internet pulak satu hal. Kadang-kadang laju, kadang-kadang setengah hari pun tak dapat nak upload 10 gambar. Ok, itu semua alasan. Haha... Anyway, tunggu update aku yang seterusnya nanti. Sebelum tu, aku hidangkan sedikit gambar pembuka selera...

Menuju ke pulau


Di tepian pantai diwaktu pagi. (Aku tak pendek, sweater tu yang buat aku nampak kerdil.)


Sebelum pulang, bergambar kenangan

Sun tanned. Nampak hot you!
(I suka la kaler kulit ni. Nak kekalkan boleh tak Mrs.Acancapix?)

Ok, sekian, gua nak ke toilet...