Selesai solat, kami bergerak ke Warong Norazila di Kuala Ibai. Kami cuma pesan minuman je. Tapi ada la 2-3 orang yang order makan tengah hari. Yang lain, kami makan sata dan keropok lekor yang kami beli di tepi jalan dalam perjalanan tadi. Kenyang jugak. Sebab memang banyak pun sata tu. 2 plastik besar.
Selesai minum, kami menuju ke kedai motor Sin Ban Huat. Dia ni merupakan ahli Forum Malaysian Bikers Community juga. Jadi kehadiran kami di sana disambut meriah. Siap kena belanja minum lagi. Pulak tu, harga barang-barang semuanya dapat special price. Kalaulah aku banyak duit, nescaya banyak barang aku borong. Tapi kang nak bawak balik susah pulak kan. jadi aku beli benda kecik je, chain lube. Ala, spray rantai motor tu. Tokey kedai memang peramah, sikit pun tak sombong. Soalan loyar buruk pun dijawab dengan senyuman. Tak macam sesetengah kedai kat KL, terutamanya dekat Sentul. Kalau tanya harga, sikit pun tak nak bagitau kecuali kalau betul-betul confirm nak beli. Macam mana la nak compare harga kan.
Selesai shopping, kami ke Pantai Batu Burok. Hajatnya nak berhenti makan dan minum, tapi ternampak pulak karnival Bike Week Terengganu berdekatan kawasan tu. Mulanya kami memang berniat nak ke sana, tapi bila dengar kena bayar RM70 untuk pendaftaran, rasa macam mahal pulak. Bila kami tanya, rupanya bayaran tu dikenakan untuk peserta yang pamerkan motor, untuk baju dan merchandise. Jadi kami pun terus la masuk tengok-tengok. Capik dan Adi dah terlebih dulu masuk. Waktu tu pun dah lewat petang, jadi dah macam tak meriah. Alih-alih aku dengan Capik main ATV je. Aku malas nak main mulanya, tapi dengan Capik beriya-iya mengajak, aku layankan je la. Bayaran RM15 untuk 15 minit main. Boleh la kalau setakat nak merasa. ATV pun jenama murah, kualiti tak berapa bagus. Tengah aku main rantai lucut, tukar pulak ATV lain. Si Capik lagi la, sampai putus rantai. Apa pun, memang seronok la. Bila nak balik, bawak motor sendiri rasa janggal je. Haha... Selesai semuanya, kami pun bergerak untuk pulang ke Homestay. Sebelum tu singgah sebentar ke Masjid Terapung Kuala Terengganu untuk menunaikan solat Maghrib.
Kami sampai Dungun dalam pukul 9.30 malam. Kami berhenti untuk makan di Medan Selera Teluk Lipat. Kawasan ni dekat je dengan Homestay kami. Selesai makan, kami pun menuju ke homestay. Jam dah menunjukkan pukul 11.00 malam. Masing-masing mandi, borak-borak dan tidur. Esoknya nak balik dah.
Ni pembuka selera je. Nasi goreng masih tak siap.
Ok, cukup untuk perjalanan hari Sabtu, 31 March 2012. Tunggu sambungannya esok.
0Feedback(s):
Post a Comment
Post a Comment