Billboard

Followers

Thursday, April 5, 2012

Terengganu Ride (30,31 March & 1 April 2012) : Hari Pertama

Alhamdulillah, ride yang dirancang semenjak awal tahun menjadi juga. Disertai oleh 10 orang iaitu Nizam, Capik, Alek, Adi, Asrul, Fazrul, Apis, Ikaz, Abang Shamsul dan juga aku sendiri. Pukul 4 petang, 30 March 2012 hari Jumaat, kami berkumpul di Shell Gombak sebelum tol Lebuhraya KL-Karak. Tak dilupakan, Epit yang dari Penang sebab ada interview pun turut sama hadir untuk flag off perjalanan kami. Terima kasih la Epit ye, susah-susah datang. Harap-harap dapat la kau kerja kat sini, senang sikit nak join ride lain kali. Hehe. Lebih kurang 4.30 petang, kami memulakan perjalanan.

Perjalanan merentas Lebuhraya KL-Karak berjalan lancar, sehinggalah kami masuk Lebuhraya Pantai Timur (LPT), motor salah seorang dari ahli konvoi rosak. Mujur ada yang bawa alat ganti, jadi perjalanan dapat diteruskan semula. Kami berhenti di RnR Temerloh sekitar jam 6.30 petang untuk menunaikan solat Asar, berehat dan makan malam. Makan gulai tempoyak ikan patin lagi. Tapi agak mahal jugak la, mungkin sebab kat RnR kan. Selepas isi minyak, kami teruskan perjalanan dalam pukul 8 malam.

Makan di RnR Temerloh.

Dalam kegelapan malam dan LPT yang tak berlampu, kami berhati-hati menyusuri jalan dengan kelajuan malar 120-130km/j. Dengan tak semena-mena, berhampiran dengan susur keluar Gambang, kami perasan ada 3 orang ahli konvoi tercicir. Rupa-rupanya motor Nizam pula ditimpa masalah. Dan masalah kali ni lebih serius kerana melibatkan enjin. Kalau siapa yang tau pasal enjin, masalahnya crankshaft putus dibahagian sambungan ke autoclutch.

Crankshaft putus.
Sesungguhnya Allah itu Maha Kaya. Apis pernah tinggal di kawasan Kuantan, dan ada kawan-kawan yang mempunyai bengkel motor berdekatan dengan tempat kami berada waktu tu. Walaupun dah jauh malam, bengkel tu tetap meriah. Rata-rata kawan pemilik bengkel, jadi tak hairan la sampai malam pun masih bukak kedai. Motor Nizam terpaksa diubahsuai untuk tidak menggunakan autoclutch. Jadi klac motor dah jadi manual, kalau nak start jalan kena tekan gear, lepas perlahan-lahan, macam bawak kereta la, klac kat kaki. Dua tiga kali jugak nak balajar sesuaikan diri bawak motor macam tu.

Ubahsuai radikal. Welding je beb.

Dan salah seorang kawan kami yang tinggal di Kuantan pun datang. Pailang, atau nama sebenarnya Syafiq Sharif. Lepas selesai motor Nizam dibaiki, kami ke kedai makan berdekatan, supper dan minum-minum menghilangkan dahaga. Jam dah menunjukkan pukul 12 malam, mata makin kuyu... Berakhirlah hari pertama konvoi, tapi perjalanan masih jauh... Esok je la sambung cerita. Ok tak?

Supper sebelum meneruskan perjalanan.



0Feedback(s):