Tapi perjalanan yang jauh dan memenatkan dah mula menunjukkan kesan. Aku mamai atas motor, fikiran ntah melayang ke mana. Semakin lama semakin perlahan, macam aku seorang je waktu tu. Mujur abang Shamsul ada di belakang, dia hon baru aku tersedar. Ada yang mengantuk, hampir-hampir overshoot. Tapi Alhamdulillah, tak ada berlaku kemalangan. Apa pun, jam 4 pagi, kami sampai di homestay yang dijanjikan, iaitu Homestay Teratak Bayu Kasih, Kg Sura, Dungun, Terengganu. Masing-masing mandi, berehat, borak-borak pasal perjalanan yang dah kami lalui, solat dan tidur.
Tidur tak sampai beberapa jam, masing-masing dah bangun. Ikaz yang merupakan orang kawasan tu malam tadi dah balik rumah, tidur kat rumah sendiri la kan. Pagi tu dia datang dengan membawa sarapan. Ada nasi lemak, nasi dagang, pulut dan kuih-muih. Lepas makan, ada yang check motor, ada yang ke pantai ambik gambar, dan ada yang sambung tidur balik. Aku pun cuba nak tidur, tapi dah tak boleh nak tidur. Badan penat dah rasa. Lepas tu ada la sorang ajak pegi basuh motor, sorang lagi nak pegi kedai motor, pastu ada yang nak mengikut, sampai sudahnya, semua keluar. Patutnya kitorang nak start jalan pukul 1 petang, tapi dah semua nak mengikut, alang-alang terus la jalan. Pukul 11 pagi, kami memulakan perjalanan bersiar-siar ke sekitar Kuala Terengganu. Tapi sebelum tu, singgah jap dekat area UiTM Dungun, ambik gambar pantai.
Nantikan sambungannya minggu depan. Aku nak balik kampung ni, tak ada internet nak update blog. :-p
0Feedback(s):
Post a Comment
Post a Comment