Billboard

Followers

Wednesday, June 9, 2010

Laporan kenduri kahwin akak Shafiq Md Noor

Tu dia tajuk tak boleh blah. Laporan la sangat kan. Punya lah lama baru siap. Ok, taknak bagi alasan, mari kita mulakan penceritaan...

Hari Sabtu, lepas Subuh aku tido balik. Selsema, memang rasa nak pengsan je sepanjang hari. Aku sedar 9.20, Wan Karim hantar SMS suruh bersiap. Selesai urusan penghiasan diri, kitorang semua bergerak ke Felda Trolak Selatan lebih kurang pukul 10.30 pagi. Perjalanan makan masa dalam sejam jugak. Nak keluar highway kat Slim River pulak jam. Semua nak pergi kenduri ke?

Tuan rumah, Shafiq Md Noor

Lepas siap makan, budak-budak yang gerak semalamnya dan awal pagi tu pulak sampai. Diorang singgah rumah Hakim dulu sarapan. Yang datang sekali masa tu Am, Kim, Apek, Meon dan Mozek. Wak ngan Alep pulak, pergi kenduri rumah kawan diorang, dekat Trolak jugak. Haritu ada tiga buah rumah melangsungkan kenduri tak silap aku.

Am ngan Kim.

Md Deham ngan Meri.

Selesai diorang makan, sampai pulak budak-budak TJT. Diorang ni ex-METC. Dah selamat bekerja dengan Malaysia Airlines pun diorang ni. Tapi yang pasti salah seorang not available sebab dah di cop oleh Izan. Hahaha... Selesai semua makan, lepak bawah pokok, berborak sakan.


Ahli mesyuarat bawah pokok.

Ha, kenal  tak siapa ni? Trolak Selatan ni lah tempat beliau membesar. Besar?

Aku, dan Meon yang gelak sakan, dan Alep yang cover macho macam hero B______.
Apasal muka gua macam tu?

Time baca doa pun dok gelak lagi. Salahkan Wak...

Persembahan silat yang berat sebelah?

Pengantin sedang menonton persembahan.

Kitorang memang suka pergi kenduri ramai-ramai macam ni. =D

Credit to Am for the photos... =)

Friday, June 4, 2010

Siri Alam Ria Cuti Sekolah : Jalan-jalan KL

Lepas kena pow, sayup-sayup azan Asar kedengaran dari corong speaker Masjid jamek tu. Si Adzhar and The Gang pun tak sampai lagi. Aku sembahyang dulu. Habis je sembahyang diorang pun sampai. Aku lepak luar jap, tengok orang lalu lalang, ternampak pulak Satria Neo R3 Lotus Racing Edition, yang bawak pakcik tua umur 40-an, pakai spek, muka orang kaya. Nampak sangat banyak duit nak dihabiskan beli kereta Proton harga Rm115,000. Apa ada hal. Duit berkepuk-kepuk, mana sumber gua tak tau, getus gua dalam hati. Siap diorang sembahyang, aktiviti seterusnya ialah sesi penangkapan oleh brader Nazrey yang baru beli Canon 1000D.

Lokasi pertama, Dataran Merdeka. Aku suspek budak IPT yang tengah buat latihan perbarisan tu. Kalau askar betul takkan la relax-relax je. Paling koman mau kena pumping banyak kali. Aku tengok biasa-biasa je diorang kawad. Kena marah pun dalam bahasa yang sopan santun je. Tepi jalan tu ada trak tentera, ada bas U mana ntah, aku tak perasan.


Ni brader Zaki ngan Adzhar.

Selesai bergambar kat Dataran Merdeka, kitorang gerak ke Tugu Negara pulak. (Gua tak tau nak cerita apa, korang tengok je la gambar-gambar tugu tu puas-puas). Boleh tahan gak kualiti gambar kamera henset 2MP W810i aku nih...

Ni ha, brader Nazrey.



Lepas tu, gerak pergi taman Tasik Perdana pulak. Leher gua rasa nak patah, badan letih-letih. Tak larat nak jalan-jalan, aku lepak tengok orang. Ada pulak couple baru kahwin ambik gambar kat situ, buat aku rasa nak kahwin cepat je. Bila nak kahwin ni?


Nak bersambung tak? Tak payahlahhhh...

Thursday, June 3, 2010

Siri Alam Ria Cuti Sekolah : Kehidupan malam

Selesai sesi makan minum dan pemborakan sambil meramalkan Ajoi mampu ditabalkan sebagai pemangku jawatan Ketua Blok 9 sambil diringi hilaian tawa mengekek, kitorang beransur pulang untuk menuju ke rumah Ajoi. Angah pulak datang bawak Vespa ayah. Aku tak pernah pulak bawak benda tu. Rasa macam susah je nak bawak. Gear dah la kat tangan, ada klac plak lagi tu. Tapi tengok Angah bawak relax je, aku try la seround dua. Kira ok la jugak, takde la pelik sangat rasanya. Still rasa macam naik moto, bukannya ATV, bukannya jet ski, dan lebih penting lagi bunyi dia tak pom-pom sangat macam haritu, tapi asap dah macam fogging banteras denggi lak aku tengok.

Tengah aku layan seround dua, lalu rumah member aku. Tiba-tiba henset bunyi. Ah gelabah. Gear dengan klac kat tangan kiri, throttle kat tangan kanan, abis mana nak cari tangan lagi satu? Aku lepak kat tepi jalan, kiri ada rumah orang, tapi ada paya sebelum rumah dia, kanan ada kolam ikan. Dah la gelap, moto pulak timing rendah.Aku jawab call, Pizat ngan Amin perasan aku masa aku lalu kat rumah Pizat. Mana la gua perasan, lampu dah macam pelita minyak tanah sumbu pendek je kadar kecerahannya... Habis call, motor mati. Aku tengok kiri kanan makin gelap pulak. Mungkin ilusi sebab baru lepas tengok skrin henset cerah. Ntah berapa kali aku sepak kick starter tu tak mau start pulak moto ni.


Vespa tersebut...

Aku rasa ada la dalam dua tiga belas kali aku try start, baru hidup. Aku gi rumah Pizat, borak kejap, then balik ke rumah Ajoi. Aku tengok dah berapa round dah diorang main poker, atau dipanggil 'T' dek budak-budak ni. Ramai gak lepak situ malam tu. Ada la dalam 8 orang. Main gilir-gilir, sambil mengumpat borak ntah pape. Balik dalam pukul 12 dekat-dekat nak pukul 1 pagi.

Pemuda harapan bangsa.

Setiap malam aktiviti yang dijalankan lebih kurang sama, di venue yang sama dan rangka masa yang sama. Cuma malam last tu tukar venue ke rumah Nan Bukit, dan aku balik awal sebab esoknya dah nak balik KL. Aku tak ingat nama penuh Nan. Nan tu pun sebab nombor plet moto dia NAN. Dan sebelum lepak rumah dia, aku dapat gak makan char kuey teow. Malam tu aku keluar awal sikit, sengaja tak makan malam. Ajak Kemal gi minum, alih-alih dia makan gak. Siap belanja aku lagi. Alhamdulillah. Gua rasa nak balik tiap-tiap minggu lah...
Char Kuey Teow special Kemal. Gua punya tak sempat tangkap gambar dah habis.

Ajoi dalam cerita di atas ialah dinda kepada Cik Zulex. Muahaha... Nasib ko takde, kalau tak, ada la muka lu dalam post ni. =p
Bersambung...

Wednesday, June 2, 2010

Siri Alam Ria Cuti Sekolah : Kempunan Char Kuey Teow

Sampai Seremban, aku usha bas Cityliner nak pergi Bahau. Aku tengok macam penuh je lagi. So aku relax2 dulu, tengok orang, gi toilet, sambil tunggu bas lagi satu sampai. Aku tengok balik, bas dah suku penuh. Pantas betul diorang ni. Aku duduk sebelah sorang brader ni, badan boleh tahan besar, tapi nasib tak makan space seat aku. Kira aku duduk cukup-cukup la kat seat tu.

Sepanjang perjalanan, tak ada apa-apa yang menarik berlaku. Atau mungkin juga ada, tapi aku membuta, so memang tak sedar apa berlaku. Ye la kan, hujan, sejuk, memang sedap la tido. Sampai Bahau dah dekat pukul 7 malam, unggu kejap, ayah aku sampai. Singgah Bandar Baru Serting (nama baru, Bandar Seri Jempol) kejap, beli makanan kucing, pastu balik. Aku tengok banyak jugak perubahan kat kampung aku ni. Rumah banglo makin meliar naik. Bagus la macam tu, masing-masing ada inisiatif untuk majukan diri dan keluarga. Macam dah lama je gua tak balik kan? Baru sebulan.

Sesampainya kat rumah, solat Maghrib, menyakat adik, borak dengan ibu, tengok tv, sementara tunggu dinner siap. Bau ibu aku masak menusuk-nusuk lubang hidung aku yang agak mancung ni. Perut pun dah bunyi semacam, memang lapar tahap kronik dah ni. Time makan, tu dia, terhidang gulai udang, sayur kobis, ikan masak taucu. Aku bedal secukup rasa semua. Settle.

Habis makan, Angah kata Padil, Ajoi ngan Kemal ada kat luar. Tau-tau je aku balik diorang ni, baru nak message. Dengan tak mandinya, aku terus keluar. Diorang ajak gi minum. Ok la, pergi minum. Padahal perut dah nak pecah makan banyak. Hajat nak merasa char kuey teow terpaksa dibatalkan dulu. Gua tengok Padil makan enak je...

Bersambung...

Tuesday, June 1, 2010

Siri Alam Ria Cuti Sekolah : Perjalanan penuh liku.

Sambil-sambil menunggu Maggi Hot Cup perasa kari aku siap sedia dalam tempoh beberapa minit di petang nan sejuk ni, aku nak cerita pasal perjalanan balik ke kampung haritu. Kalau nak kira, memang benda yang sama je, naik bas, turun bas, pergi toilet, naik bas lagi, pastu baru sampai. Tapi tak akan ada satu hari pun yang serupa.

Aku balik dari METC pukul 10.30 pagi. Kenapa awal? Mintak kebenaran keluar, sebab praktikal punya task aku dah settlekan hari sebelumnya. Aku menumpang Mael. Sampai rumah, kemas apa yang patut, tido kejap, pastu dalam pukul 12 aku mintak Mael hantar aku ke Stesen LRT Kelana Jaya.

Jap, makan Maggi dulu, dah kembang sangat pulak ni...

Okeh settle... Burppp... Alhamdulillah... Boleh tahan sedap gak.

Dari KJ, aku ke Pasar Seni, solat kat surau stesen LRT tu, then perut meragam kelaparan. Dalam kepala tiba-tiba terbayang Big Mac, masa tu pulak masih dalam waktu McValue Lunch. Aku pegi McD yang dekat Petaling Street, makan sampai licin, then patah balik nak ambil bas SKS-KL dekat Pasar Seni. Tu memang port diorang, dah selalu aku naik kat situ. Alih-alih, satu bayang Bas SKS-KL pun aku tak nampak. Sekali ada signboard tulis, "Perkhidmatan Bas SKS-KL telah berpindah ke Stesen Hang Tuah".

Badan dah letih, ingat boleh la nak landing dalam aircond. Kena menapak lagi pergi Puduraya pulak, ikut lorong kat tepi tu, pergi Stesen Plaza Rakyat, beli tiket pergi Hang Tuah. Alhamdulillah, jumpa jugak. Kalau tak mau aku pergi KL Sentral naik KTM Komuter yang sesak lagi lambat tu. Bayar tambang, masuk bas, aircond kemain sejuk lagi. Sedar-sedar dah sampai Seremban.

Bersambung...