Billboard

Followers

Monday, May 24, 2010

Klasik tak?


Ni aku dah buntu tak ada idea nak update blog, tiba-tiba tengok gambar ni rasa smart la pulak. Gambar berlatarbelakangkan kapal terbang Fokker 27. Lokasi, belakang METC. Nampak retro tak? Muhahaha...

Wednesday, May 19, 2010

Cendol Pulut / Tapai & Laksa Utara, Jitra Mai



Kali ni aku nak review salah satu tempat makan yang jadi favourite budak-budak METC batch aku. Menu seperti yang korang boleh nampak dalam gambar kat atas, cendol, cendol pulut, cendol tapai dan laksa. Selalu budak-budak ni pergi time petang lepas balik kelas, dah nak maghrib dah kalau nak kira. Kalau dah pergi time petang tu, biasanya tapai dengan pulut dah habis. 

Brader ni pacak gerai tepi jalan je pun. Tapi lokasi tu boleh kata strategik jugak sebab memang antara laluan utama orang keluar masuk Kota Damansara - Sg. Buloh. Internet slow, tak dapat aku nak tepek map. Tiap hari balik dari METC memang bas kitorang lalu sini. Kalau tak hujan, memang confirm ada orang walaupun dah lewat petang. Aku tak tau la brader ni pacak gerai pukul berapa, tapi kalau pergi hari cuti, pukul 3 petang dah ada.

Lokasi gerai : Jalan TSB 4, Persiaran Sungai Buloh. Bawah pokok tau, bukan kat kedai. Huhu...

Cakap pasal menu, sku tak minat sangat dengan cendol, tapi cendol brader ni memang sedap. Lagi-lagi kalau pekena time panas, memang masyuk gila lah. Laksa pulak, memang favourite. Jarang aku tak makan laksa. Kuah dia pekat, penuh isi ikan. Cuma masin dia lebih sikit, mungkin sebab dia sentiasa panaskan, kuah makin kering. Memang berbaloi kalau makan. Semangkuk pun dah cukup buat aku kenyang. Maybe sebab perut kecik, tambah-tambah pulak makan dengan cendol pulut kut, tu yang penuh perut jadinya.


Ni brader tokey kedai.


Tunggu order sampai. Tak ada meja, tak ada bumbung. Cuma ada bangku dan duduk bawah pokok.


Tu dia cendol dan laksa. Aku tengok gambar sambil menitik air liur. Ah, terasa macam kat dalam mulut je...


Sempat posing sebab baru nak makan.


Tapi kalau dah start makan, tak sedar apa jadi, memang layan...

Hari Isnin lepas aku dapat panggilan dari Pak Long aku kat Sg. Petani, Kedah. Tanya aku apa khabar, dah kahwin ke (?), belajar macam mana. Last sekali dia tanya, bila lagi nak mai? Hoh, sangatlah aku kepingin nak pergi, tapi memandangkan tak ada cuti panjang, terpaksa la aku hold dulu. Ada masa, ada rezeki, memang aku pergi la. Sebab apa? Laksa Mak Long aku... Mengidam, oh mengidam... 

Adzhar, nanti ada rezeki gua ikut lu balik (rumah Adzhar dekat ngan rumah Pak Long aku). Takpun, geng pergi Kedah hari tu (aku pinjam link ko Apeng, masa ni aku tak de blog lagi), Wan Karim, Akbar dan meri, bila lagi nak pergi? Tak habis jalan lagi haritu wei...

p/s : cis, baru gua perasan trip gi Kedah haritu gua tak tulis lagi. trip bulan Julai 2009, gua ada blog bulan 9, mana nak ada.... puas cari. hampeh... nak tengok sedikit gambar, leh tengok kat album facebook aku.

Tuesday, May 18, 2010

Terima kasih atas segalanya...

Tinggalkan post jiwa kacau geli lemah tak bermaya aku sebelum ni. Marilah kita mulakan hidup baru. Hoh, malunya, semua benda nak cerita. Nampak sangat hati gua belum cukup rock lagi. Ok la kan, lembut hati, tapi jangan la kena gertak sikit nangis 3 jam setengah sedu-sedan tak hilang lagi. Dah mula merapu, sebab dah dapat semula semangat. Terima kasih kepada yang banyak bagi semangat sebelum ni. Ramai je yang komen dan bertanya, tapi aku tak balas. Minta maaf, tak tau nak terangkan macam mana. Takkan nak pakai torchlight? Ok tak lawak Acan. Kat luar hujan lebat, sejuk, perut lapar, nak mandi malas, tapi kena mandi jugak. Adeh, kalau lah ada pemancur hangat kan best...

Wednesday, May 12, 2010

Benda HARAM dihalalkan

Kerajaan dah luluskan lesen pertaruhan sempena kejohanan bolasepak Piala Dunia 2010. Maknanya, kerajaan Malaysia, yang merupakan sebauh negara ISLAM dah meluluskan sesuatu yang sudah terang-terangan termaktub sebagai HARAM dalam hukum Islam. Alasan? Kalau kerajaan tak luluskan pun, pertaruhan haram still akan berlaku jugak. Apa rasionalnya meluluskan lesen judi ni? Bila duit dah beraja di mata, buang segala hukum, dosa neraka tolak tepi, yang penting perut terisi. Bala Allah nanti siapa yang tanggung? Bukan pemimpin je yang kena, satu negara pun boleh melingkup. Aku nak tulis panjang lebar tak reti,tapi apa yang rakyat macam kita boleh buat? Fikir-fikirkanlah. Bangunlah dari kesenangan yang mengaburi mata kita...

Sumber

Kenapa tak ada berita ni kat TV, Berita Harian dan Utusan?

Dah berapa kali aku ulang tengok


Cerita apa? The Dark Knight (2008). Memang cerita ni dah lama tayang. Aku ingat aku tengok kat wayang, dapat seat agak depan, macam nak patah tengkuk tengok sambil dongak. Cerita dah la lama, 2 jam setengah. Tapi memang berbaloi aku rasa.

Aku tak tau macam mana nak simpulkan cerita ni. Kompleks. Garapan penulis skrip memang aku cukup kagum. Plot yang berkembang secara perlahan, dengan dugaan klimaks yang memanjang, aku cukup kagum dengan pihak produksi filem ni. Berapa kali aku ingat dah sampai klimaks cerita, tapi still ada lagi kejutan.

Aku bukanlah pembaca setia komik Batman, tapi aku minat dengan watak ni. Kartun Batman Animated Series yang ditayangkan kat televisyen masa kecik-kecik dulu dah buat aku lekat dengan Batman. Sekarang kan ada Wikipedia, so aku just search pasal Batman, dan belajar. Jadi kesimpulannya, aku kenal siapa yang digelar The Caped Crusader.

Berbalik kepada cerita ni, pihak produksi berjaya menghasilkan satu tema yang 'dark' dalam filem The Dark Knight, macam yang pernah diterapkan dalam filem Batman (1989) dan Batman Returns (1992) arahan Tim Burton. Apa pun, The Dark Knight bukanlah kesinambungan bagi kedua-dua filem di atas tetapi sambungan kepada Batman Begins. Ini apa yang digelar 'reboot' dalam industri perfileman, bila mana satu siri tu diberi nafas baru. Aku kurang minat dengan siri Batman arahan Joel Schumacher. Batman Forever (1995) kira ok lagi, sampai Batman & Robin (1997), aku rasa tema 'dark' tu dah tak ada, dan lebih kepada cerita kartun gayanya. (Batman Animated Series tu pun lebih gothic dari filem ni).



Dari segi watak, aku rasa ramai yang bersetuju dengan kehebatan watak Joker lakonan mendiang Heath Ledger. Psycho. Aku tak tahu nak describe macam mana. Sangat-sangat berjaya sebagai Joker, dan aku rasa Joker terbaik sepanjang zaman (at the moment of this post). Bruce Wayne/Batman lakonan aktor British, Christian Bale pun tak menghampakan. Masih ada sense of humor, dan dia berjaya membawa watak dual-life person dengan berjaya.

Kalau tengok filem-filem Batman sebelum ni, hatta Batman Begins pun, bandar Gotham kelihatan besar, penuh dengan patung-patung gergasi, rekaan bangunan yang gothic dan 'dark'. Tapi dalam filem The Dark Knight ni, Gotham City lebih kepada bandaraya biasa. Apa pun, kita boleh tengok macam mana paniknya suatu komuniti dalam bandar bila berlakunya sesuatu yang di luar kawalan. Orang-orang yang pentingkan diri akan bertindak melulu, terdesak untuk selamatkan diri dan keluarga, dengan mengambil risiko yang tinggi. Banyak yang kita boleh belajar dari filem ni.

To summarize, this is the best Batman ever, for me. Dan aku masih tak jemu walaupun aku dah tengok banyak kali. Siapa-siapa yang ada masa lapang dan tak tau nak buat apa, aku syorkan tengok cerita ni. Hayati ceritanya betul-betul, sebab aku dah tengok beberapa kali baru betul-betul faham. Dan jangan risau kalau tak pernah tengok filem-filem yang sebelum ni, filem ni straightforward, tanpa ada banyak rujukan dengan filem yang lepas.Kenapa aku kasi review ni? Sebab aku baru tengok balik untuk kali ke berapa ntah.