I really miss her
I miss her voice
I miss her smile
I miss her joke
I miss her when she say she miss me
I miss her saying she loves me
I miss every sweet moment we had together
I miss everything about her
I miss her, but... =(
Followers
Monday, May 10, 2010
Sunday, May 9, 2010
Happy belated birthday to me
Hari Jumaat, 7hb May 2010, satu komplot penyambutan hari lahir aku dah berlaku oleh sebab perancangan rapi Wan Karim dan Adzhar. Aik, birthday aku bukan dah lepas ke? Memang dah lepas pun, 16 April aritu. Masa tu yang ingat tak ramai, so yang wish pun tak ramai, dan Wan pun lupa terus. Dia ingat 6 je, so dia assume bulan 6. Padan muka aku, tak nak letak tarikh lahir kat Facebook, kan orang dah tak ingat. Huhu... Lokasi sambutan diadakan kat Ani Sup Utara Kota Damansara.
Malam tu, Adzhar datang rumah, ajak makan. Dia kata Wan tak jadi ikut pergi makan, sebab nak balik awal. So aku ikut je la Adzhar, sampai kedai, tengok-tengok ada Wan, dengan makanan dah tersedia, siap kek lagi. Aku senyap, tergamam, tak tau nak kata apa. Thanks a lot Wan dan Adzhar. Terubat juga kedukaan aku minggu ni. Alhamdulillah.
Kek yang tak sempat bergambar dengan sempurna, American Chocolate Cake. Best, padat, coklat dia sedap, memang sedap la.
Ni menu kitorang. Nasi putih, telur masin, sambal belacan, dengan 3 jenis sup. Sup daging, sup campur dan sup cendawan. Review Ani Sup Utara.
Ini mastermind, Wan.
Yang ni prankster, Adzhar.
Birthday boy jilat jari. Sedapnya kek!
Thanks a lot my friends... Terharu ni, tak tau nak kata apa. Huhu...
Dan bagi para ibu seluruh dunia, selamat hari ibu. =)
Saturday, May 8, 2010
Cuti hari pekerja aku bekerja
Ni cerita minggu lepas. Dah hari Jumaat baru aku nak update. Biasalah, hidup ni macam pelayaran, dalam pelayaran tu, tak semestinya sentiasa tenang je laut. Sekali sekala dilambung ombak, dihempas badai jugak. Ceh, bersasteradrama pulak aku pagi-pagi ni. Ok, tinggalkan masalah yang menimpa, biarkan masa membuka ruang penyelesaian.
Hari Jumaat 30hb April, aku balik ke Serting. Dari Kota Damansara aku menumpang Zammuri, naik moto sampai Bahau. Malam jugak aku sampai Bahau, dalam pukul 9. Then aku tunggu ayah aku jemput. Aku sampai tumah dah dekat pukul 10. Duduk-duduk kejap, ibu tanya, tak pergi rumah kenduri ke. Lepas rehat kejap, aku pun pergi. Kendurinya esok pagi, aku datang kalau-kalau ada something untuk ditolong. Paling-paling tidak pun boleh jumpa kawan-kawan.
Sampai rumah kenduri, aku nampak Padil dengan adik aku, Angah. Dah la duduk mengadap speaker orang karaoke, nak borak pun tak dengar. Baru nak pindah tempat lain, jiran sebelah rumah aku, Aqmal dengan Caduk, sepupu dia, sampai. Dia ni jarang-jarang aku nampak, padahal sebelah rumah je. Selalu dia balik kampung dia kat LBJ je kalau cuti. Lepas tu, gi lepak tempat lain, lagi ramai la yang datang. Ajoi, Aboi, Atan, Aloi, Iwan, ramai lagi la (nama budak-budak kampung ni biasanya start ngan huruf A kan?). Kemudian lepak kat kedai kejap, minum-minum, dan datang balik rumah kenduri. Sebenarnya dah tak banyak kerja nak kena buat. Dah tengah malam. Lepak rumah kenduri pun, main poker sampai pukul 2 pagi.
Yang sebelah kiri tu Aqmal, kanan Padil.
Yang ni pulak Aboi ngan Angah.
Caduk yang bajet artis, dengan Ajoi.
Esoknya, kenduri berlangsung. Aku ngan kawan-kawan datang dalam pukul 11 pagi, untuk menolong apa yang patut. Angkat pinggan, cawan, susun meja, angkat lauk, refill air, salin air basuh tangan dan bermacam-macam lagilah. Kenduri habis pukul 3 petang. Aku balik agak awal, sebab panas sangat, badan pun dah letih. Yang lain-lain lepak kat situ lagi. Petang dalam pukul 5 aku datang balik, kalau-kalau ada kerja lagi. Tapi khemah semua dah cabut, kitorang balik rumah, mandi, lepas tu pergi jalan-jalan naik moto, pusing satu Felda. Best weh jalan petang-petang. Boleh tengok awek. (I gurau-gurau je dear. Walaupun tengok awek, hati i tetap pada u. Ngeeeeeee......)
Sebelum mula bertugas, kena makan dulu.
Barisan otai-otai.
Ayam golek sedap.
Pasangan adik beradik. Abu(nama betul dia Jeffrizal) dan Aloi(Zarul).
Skandal lama, Padil dan Ain (Zulaikha a.k.a Zulex)
Ni pasangan pengantin, aku tak tau nama pengantin lelaki. Hohoho... Yang perempuan tu kitorang paggil Kak Intan je.
Hoh, dah besar dah kitorang ni. Ni geng main masa kecik-kecik.
Ni pun geng main masa kecik-kecik. Wani, Jijie, Aloi, ngan Padil(lagi)
Muka keletihan.
Petang, lepas berjalan-jalan keliling kampung.
Best gak sekali sekala balik kampung, dapat jumpa balik member-member masa kecik. Jarang dapat jumpa, sebab ada yang dah kerja, ada yang belajar lagi, cuti tak sama. Tapi kebetulan kali ni semua ada. Apa yang aku boleh cakap, best. Tu je.
Monday, May 3, 2010
Cuti yang best!
Seperti yang korang sedia maklum, hujung minggu lepas aku balik ke kampung halaman kat Serting. Kali ni memang best balik, sebab ramai member-member sepermainan ada time tu. Kebetulan ada kenduri kahwin, memang meriah la rasanya. Selalu aku dok rumah je, tengok tv, tolong ibu ngan ayah kat rumah sikit-sikit, kalau ada kawan-kawan sebaya yang balik baru la aku keluar. Macam anak dara lak kan dok rumah je. Muahaha...
Anyway, esok akan aku update lagi pasal aktiviti cuti aku. InsyaAllah. =)
Anyway, esok akan aku update lagi pasal aktiviti cuti aku. InsyaAllah. =)
Tahniah kepada Kak Intan dan pasangannya. Selamat pengantin baru, dan semoga berbahagia hingga ke akhir hayat... =)
Saturday, May 1, 2010
Gambar yang menggamit kenangan
Tengok gambar time sekolah dulu, tersenyum sorang-sorang. Rindunya masa sekolah. Belajar ntah ke mana, pergi sekolah sebab nak jumpa kawan, boleh borak-borak (padahal kat asrama jumpa jugak), boleh merapu tanpa batasan, boleh tengok awek, bila time prep bukan nak study sangat pun, jalan-jalan pergi kelas lain mencapub. Hoh, indahnya zaman sekolah.
Ni gambar masa SPM. Batch lain dah balik, tinggal la kami budak-budak form 5 meneruskan perjuangan hingga ke akhirnya.
(Apasal muka gua tak boleh blah?)
p/s: Jangan percaya kat tarikh tu, kamera yang aku guna tu dah tak betul. Hohoho...
Subscribe to:
Posts (Atom)


