Tahun baru bermula dengan perjalanan aku ke Perak. Dari Seremban, aku naik KTM Komuter pergi KL Central. Selalu aku naik bas je pergi KL, tapi hari ni saja menggatal nak naik komuter. Sekali ramai orang, bersesak-sesak, baru padan muka. Nasib la aku dari Seremban, so awal-awal lagi aku dapat duduk. Haha... Sesampainya aku kat KL Central, aku berjalan-jalan sekejap beli barang kat Guardian, beli shaver, hair wax dengan lip balm Mentholatum for men. Lepas tu, aku naik Putra LRT, pergi Pasar Seni, sebab nak ambik bas ke Tanjung Malim kat Hentian Pudu. On the way nak ke Pudu tu aku lalu Petaling Street, hajat di hati nak beli sunglass, sebab sunglass aku hilang masa tengok drift kat Serdang hari tu. Tengok punya tengok, tak ada yang berkenan, aku teruskan berjalan ke Pudu. Sebelum tu sempat la melilau cari kedai spek, beli contact lens yg berharga RM50 sepasang. Save RM10, selalu aku beli RM60.
Followers
Friday, January 8, 2010
Trolak-Manjung Trip (1-3 Jan 2010) Part 1

Thursday, January 7, 2010
Disqus
Kalau korang perasan, aku nyer ruangan komen dah guna Disqus. Lebih senang untuk aku reply sebarang komen kat para pembaca sekalian. Harap korang pun leh la buat sekali akaun ni, senang sket korang nak komen kat page aku nnt. Mulanya sebab Izan mintak tolong buatkan Disqus ni kat blog dia, dengan merujuk kepada blog Jard. Aku tengok-tengok, rasa macam susah je. So aku tunggu dulu la, esok baru buat. Aku follow Jard, pastu alang-alang dah follow, aku pun nak komen la post dia. Masa kat METC lak tu, time tengah boring. Huhu... Tapi dah dia guna Disqus, tak pasal-pasal aku kena buat gak. Alhamdulillah, jadi pun
Terima kasih kepada Jard sebab buat tutorial untuk pasang Disqus ni kat blog dia. Kalau nak panduan, leh klik sini. Senang jer. Good luck!
Terima kasih kepada Jard sebab buat tutorial untuk pasang Disqus ni kat blog dia. Kalau nak panduan, leh klik sini. Senang jer. Good luck!
Playsafe
Contohi Meon, bermain dengan selamat. Atleast kalau overspeed, lepas tu overshoot dari buaian, takde la mengalami kecederaan yang serius. Kepala merupakan anggota yang paling penting sebab kat situ la terletaknya pusat kawalan untuk seluruh tubuh. Tapi kalau protect kepala je pun tak guna kalau bahagian yang lain cedera. Jadi kesimpulannya, sentiasa beringat sebelum kena.
Tuesday, January 5, 2010
Berpiknik di Hutan Lipur Ulu Bendul
Tajuk nak macam karangan sekolah rendah la pulak. Karangan yang biasa cikgu suruh buat lepas habis cuti sekolah. Dah, jangan nak melalut. Setelah beberapa hari kat rumah, goyang kaki, tengok tv, makan dan tidur secukup rasa, pada hari Rabu, 30 Disember 2009, aku dan kawan-kawan sepersekolahan rendah dan menengah pergi berpiknik kat hutan lipur Ulu Bendul. Terletak di daerah Kuala Pilah, Negeri Sembilan, kawasan ni memang jadi tumpuan penduduk sekitar untuk bermandi-manda, dan berkelah dengan keluarga waktu cuti-cuti sekolah macam ni. Kat sini jugaklah terletaknya Gunung Angsi.
Sunday, January 3, 2010
Kembali
Hari ini hari Ahad, bertarikh 03 Januari 2010, aku telah kembali semula ke apartment D'Rimba, Kota Damansara. Banyak benda nak buat, banyak benda nak aku ceritakan, jadi aku akan manage satu-satu. Tak banyak sangat aktiviti pun, tapi kalau dah mula menaip, takut korang pengsan lak nak baca. Haha. Pape pun, aku nak tuka layout dulu, tahun baru memerlukan layout yang baru la. Tapi tak semestinya la kan, agak-agak tak best aku tuka balik. Kekadang aku ni ada sentimental value yang amat tinggi, kalau dah pakai something tu lama, aku still akan suka benda tu sampai la aku dapat something new yang lebih baik. Kalau awek bleh ke?
Jadi post aku untuk segala aktiviti yang aku dah buat masa cuti haritu akan jadi tunggang langgang, sebab tarikh dan penceritaan dia tak sekata. Ah, korang tengok je la nanti. Larat ke tak ni? Aku perlukan assistant la. Jadi juru taip, sukarela. Aku bebel, pastu dia yang tulis. Senang sket ek?

Subscribe to:
Posts (Atom)
.jpg)