Billboard

Followers

Tuesday, July 12, 2011

Penang Ride 2011 (8-10 July 2011) : The journey begins.


Petang Jumaat, 8hb Julai 2011, Faqrul (ikan_kering) datang dari Jengka. Maghrib, Capik (capik88), Azhar (azhar88) dan Nizam (C.D.I) pula datang. Lepas solat Maghrib kami tunggu Ikromi (muckracker) pula, dan bergerak sama-sama menuju ke Kota Damansara. Kami begabung dengan Pidut dan Zaki dan terus menuju ke R&R Sg. Buloh.  Di sana kami menunggu Adi (WNW) dan Asrul (WhiteWave). Kami teruskan lagi perjalanan ke R&R Tanjung Malim untuk bertemu dengan Syamil dan Abang Shamsul selaku sweeper dan marshal merangkap ketua Ride kami.


@ Shell Kota Damansara

Di Tapah ni kami solat Isyak, buat final check ahli-ahli peserta, check motor dan topup minyak. Motor Asrul siap tukar sproket lagi sebab motor tak boleh blah masa meroket dari Tanjung Malim ke Tapah. Sejam jugak kami di sana. Lepas siap semuanya, briefing oleh Abang Shamsul dan bacaan doa oleh Ikromi, kami meneruskan perjalanan.

Tukar sproket.

Perjalanan maintain dengan kelajuan 120km/j sepanjang perjalanan. Bila dah sampai Jelapang, marshal lepaskan kitorang untuk uji kelajuan masing-masing. Itu pun lepas dipastikan jalan lurus dan selamat. Kami berhenti di R&R Sg. Perak untuk isi minyak, makan dan berehat. Lepas dah refresh balik, kami teruskan lagi perjalanan.

R&R Sg. Perak.

Tak berapa lama lepas mula jalan, terasa macam nak hujan. Masing-masing berhenti dan atas arahan marshal Abang Samsul, kami pakai baju hujan. Kami teruskan perjalanan dan tiba-tiba hujan lebat mencurah-curah. Alhamdulillah, kami dapat teruskan perjalanan walaupun perlahan. Kami berhenti di R&R Gunung Semanggol dan tunggu hujan reda. Ada 2 orang yang tertinggal sebab penglihatan tak jelas sebab hujan yang sangat lebat. Tapi Alhamdulillah semuanya dapat berkumpul semula di R&R tu. Masa ni ramai yang dah mula ngantuk. Zaki keluarkan senjata rahsia, smelling salt yang biasa orang pakai untuk kejutkan orang yang pengsan atau tak sedarkan diri. Sekali sedut terus menyucuk hidung. Terkejut la jugak, tapi ngantuk tak hilang jugak. Adeh...

Dari Gunung Semanggol, kami menuju ke Plaza Tol Juru. Kami keluar dari highway dan tunggu Aiman (eimanweirdo) dari Kulim yang awal-awal pagi dah bangun sebab nak jemput kami. Seterusnya kami menuju ke rumah Ikromi di Felda Gunung Bongsu, Kulim. Kami sampai lebih kurang pukul 6.30 pagi. Lepas solat Subuh, kami dijamu dengan sarapan pulut yang dimakan dengan santan, gula dan durian. Lepas tu, masing-masing terbongkang tido...

Halaman rumah Ikromi.
Bersambung...

Monday, July 11, 2011

Penang Ride 2011 (8-10 July 2011) : Teaser



Alhamdulillah, perjalanan kami selamat pergi dan balik. Nantikan update pasal ride ni nanti. Penat la nak pilih gambar. Huhu...

Tuesday, July 5, 2011

Membeli sabun buku.

Kimi leka membelek motosikalnya. Entah apa lagi yang tak puas dihatinya. Selang seminggu, kadang selang sehari, dibukaknya motor tu satu persatu.  Lepas tu start, pulas-pulas minyak sikit, pergi test. Pergi test kat tempat tak ada orang. Bagus jugak si Kimi ni. Kurang-kurang dia faham la jugak adat hidup berjiran. Kalau tak mungkin dah lama motor tu tinggal kenangan. Mungkin Kimi pergi kerja tumpang kawan serumah, atau naik bas. Siapa tahu.

Suatu ketika, lepas habis pasang balik motor, membelek-belek tangan yang hitam diselaput minyak, dia seakan-akan teringatkan sesuatu. Sabun mandinya dah habis. Memang dari saat dia turun dari rumah tadi lagi dah teringat nak beli sabun lepas habis menggodek motor. Beg duit pun dah siap bawak. Maklumlah, rumah apartment, tingkat atas. Kalau turun naik banyak kali mau jugak longgar lutut. Lepas berkemas, dia pun start motor menuju ke kedai yang tak jauh dari rumahnya.

Sampainya Kimi di kedai itu, terus je dia menuju ke bahagian yang ada menjual sabun mandi. Memang dia dah biasa ke kedai tu, lagaknya tak ubah macam orang pro. Pandang jurujual pun tak. Dia tau mana arah tujuannya. Lepas membelek-belek, membandingkan harga dan mencium-cium sabun mana yang berbau maskulin pada hematnya, terus dia ke kaunter untuk membuat pembayaran. Dapat baki, terus pergi ke motor, balik rumah.

Dengan semangat berkobar-kobar nak mandi dengan sabun mandi baru, dibukaknya baju, dibalut badannya sendiri dengan tuala dan terus ke bilik air. Oh, lupa, sabun tadi tak bawak pulak. Kimi kembali ke biliknya dan mencari-cari, mana pulak sabun yang baru dibelinya tadi. Lantas dia menyorot kembali dari saat dia keluar rumah sampai la ke kedai, dan pulang semula ke rumah. Dia tak ingat pun ada menjinjing plastik yang berisi sabun yang dah dibelinya tadi.

Hampeh, sabun tertinggal kat kedai...

(Kisah benar dengan nama watak yang telah diolah semula...)

Saturday, July 2, 2011

Jalan petang Tanjung Harapan

Harini tak tau nak buat apa. Bila cuti duduk kat rumah pun tak best jugak. Memang la nak rehat, tapi kalau tidur je sepanjang hari tak jadi apa jugak kan. Jadi bila Syamil ajak pergi Klang untuk tukar tayar motor dia kat rumah  Capik terus aku nak ikut. Kebetulan aku nak tukar ekzos dengan Nizam. Alang-alang, boleh jugak pergi tepi laut ambik gambar.

Mula-mula tukar ekzos motor aku dulu kat rumah Nizam, then ke rumah Capik pulak tukar tayar motor Syamil. Siap semua, kitorang terus ke Tanjung Harapan. Dulu tempat ni dipanggil Tanjung Gila. Tak tau la betul ke tak, Capik yang cerita. Huhu.




Best duduk tepi laut petang-petang hari ni. Lagi-lagi dah nak sunset, syahdu je rasa...

Monday, June 27, 2011

Jahat


Habis la... Pendengaran telinga sebelah kiri mesti merosot sikit pasni...