Sekarang ni aku tengah praktikal dekat KLIA pulak, bahagian operation. Kiranya bahagian operation ni deal dengan kapal terbang yang arrive dari luar, then buat transit check, lepas tu pushback kapal untuk departure pulak. Jadual kerja pulak mula dari jam 7 pagi sampai 6.30 petang untuk dua hari, kemudian rest day untuk 2 hari, kemudia tukar pulak shift malam, mula pukul 7 malam, balik 6.30 pagi. First few weeks memang tak larat rasanya. Tido tak teratur, makan tak teratur. Ni perut dah makin buncit apa cerita? Aiyooo...
Apa pun kerja bahagian operation memang mencabar dari segi kepantasan membuat keputusan dan skill kerja. Kena kerja dengan cekap lah kan, kalau tak kang kapal terbang delay, rugi company. Hari ni kang kerja malam, esok off dah. Ngammm... Tapi masalahnya Sabtu ngan Ahad tak ngam lah, kadang-kadang kena kerja time weekend. Dah la musim kenduri hujung-hujung tahun ni, member-member nak kawin lah, jiran nak kawin lah, aku tak tau la bila nak kawin. Banyak la abis cuti tahunan aku ni. Haish~
Followers
Tuesday, September 25, 2012
Monday, September 10, 2012
Kasihan
Lama dah aku tak menulis kat sini. Kesian blog ni. Kalaulah blog ni umpama sebuah rak, dengan segala post dalam ni sebagai bukunya, nescaya penuh berhabuk dan bersawang dah. Buku dah naik mereput, tinggal nak makan anai-anai. Eleh macam la lama sangat tak menulis. Jomlah sarapan jap.
Thursday, July 12, 2012
Muliakah engkau?
Mulia sangatkah engkau bila sanggup bersusah payah berusaha untuk mencari bukti kesalahan orang lain, sedangkan orang itu sudah bertaubat dari dosa-dosanya yang lepas? Perlukah mengaibkan seseorang itu atas dasar balas dendam atau dengki? Ketahuilah, sesungguhnya Rasulullah SAW bersabda : "Sesiapa yang menghina seseorang kerana dosa yang pernah dilakukannya, ia tidak akan mati sebelum melakukan dosa tersebut". (HR. Tirmizi)
Tuesday, April 24, 2012
Terengganu Ride (30,31 March & 1 April 2012) : Hari last.
Punya lama nak sambung balik. Haritu internet problem. Nak load page pun sikit punya lembab. jadi harini sambung balik la. Hari Ahad, 1 April 2012. Pagi-pagi sebelum Subuh dah tersedar. Lepas solat, rasa macam nak tido balik je. Badan penat, pulak tu sejuk je. Tapi semangat nak ambik gambar sunrise punya pasal, aku keluar chalet pukul 6.30 pagi. Gelap lagi pulak tu. Tunggu punya tunggu, sampai la cerah, matahari tak timbul. Berkabus. Tak ada rezeki la nampaknya. Jadi masuk chalet balik, mandi, dan sediakan sarapan. Sarapannya, keropok lekor lagi. Balance yang semalam tu goreng balik. Memang terbaik keropok lekor kat sini. Rasa ikan lebih, sos pun sedap, memang tak muak makan.
Selesai sarapan, masing-masing mula berkemas. Tengah hari nak check out. Aku pulak, motor signal tak menyala. Terpaksa la ke kedai motor beli relay untuk signal. baru la berkelip-kelip balik. Masa pergi beli relay tu, Ikaz ajak ke kedai buat sticker. Katanya nak beli souvenir. Dapat la sorang satu ahli konvoi sticker penyu maskot Terengganu. Tapi design baru sticker ni, cantik jugak. Kami check out dalam pukul 1 tengah hari. Maka bermulalah perjalanan balik ke KL.
Kami singgah makan di Warung Otak-otak Che Wan kat Kuala Kemaman. Menu kami, otak-otak, sata pais ikan, dan main course bubur nasi. Bubur dia paling best rasa aku. Ada hirisan ayam goreng dan sup, memang menyelerakan. Atau mungkin jugak sebab perut yang dah lapar. Selesai makan, beberapa orang rakan konvoi membeli keropok lekor, keropok kering dan macam-macam lagi la untuk di bawa ke pangkuan keluarga tersayang. Aku? Tak beli apa pun. Keropok lekor satu plastik je untuk kawan serumah. Nak bawak barang banyak-banyak tak termampu. Tak tau nak sumbat kat mana.
Perjalanan diteruskan lagi. Dalam perjalanan balik, ada jugak konvoi-konvoi motor lain yang kami jumpa atas highway. Tapi kebanyakannya motor-motor besar yang pergi ke Terengganu Bike Week. Kami singgh makan di RnR Temerloh untuk makan. Kami bersurai di exit Gombak, dan terus menuju ke rumah masing-masing. Alhamdulillah, perjalanan kami selamat. Walaupun dengan bermacam dugaan dan masalah yang menimpa, semua ahli konvoi tetap gembira sepanjang perjalanan. Semoga akan ada lagi ride yang menyeronokkan di masa akan datang. InsyaAllah.
Wednesday, April 11, 2012
Terengganu Ride (30,31 March & 1 April 2012) : Perjalanan Panas Terik.
Selesai sesi fotografi, kami pun bergerak ke Kuala Terengganu. Memang panas terik waktu tu. Sewaktu melewati kawasan Rantau Abang, ada kebakaran hutan berlaku. Tak berapa nak hutan sangat la kut, sebab pokok-pokok dan kawasan berumput di sekitar persisiran pantai je yang terbakar. Punca kebakaran dipercayai akibat cuaca panas terik hari itu. Asap dari kebakaran sedikit sebanyak mengganggu penglihatan dan pernafasan. Mujur kawasan yang terbakar tak berapa banyak. Sekejap je dah ok balik. Kelihatan juga beberapa buah trak pemadam api bomba di tempat kejadian. Dalam pukul 1.30 petang, kami sampai ke Pantai Kelulut. Kami berehat sebentar, dan mengerjakan solat Zohor dan Asar secara jamak.
Selesai solat, kami bergerak ke Warong Norazila di Kuala Ibai. Kami cuma pesan minuman je. Tapi ada la 2-3 orang yang order makan tengah hari. Yang lain, kami makan sata dan keropok lekor yang kami beli di tepi jalan dalam perjalanan tadi. Kenyang jugak. Sebab memang banyak pun sata tu. 2 plastik besar.
Selesai minum, kami menuju ke kedai motor Sin Ban Huat. Dia ni merupakan ahli Forum Malaysian Bikers Community juga. Jadi kehadiran kami di sana disambut meriah. Siap kena belanja minum lagi. Pulak tu, harga barang-barang semuanya dapat special price. Kalaulah aku banyak duit, nescaya banyak barang aku borong. Tapi kang nak bawak balik susah pulak kan. jadi aku beli benda kecik je, chain lube. Ala, spray rantai motor tu. Tokey kedai memang peramah, sikit pun tak sombong. Soalan loyar buruk pun dijawab dengan senyuman. Tak macam sesetengah kedai kat KL, terutamanya dekat Sentul. Kalau tanya harga, sikit pun tak nak bagitau kecuali kalau betul-betul confirm nak beli. Macam mana la nak compare harga kan.
Selesai shopping, kami ke Pantai Batu Burok. Hajatnya nak berhenti makan dan minum, tapi ternampak pulak karnival Bike Week Terengganu berdekatan kawasan tu. Mulanya kami memang berniat nak ke sana, tapi bila dengar kena bayar RM70 untuk pendaftaran, rasa macam mahal pulak. Bila kami tanya, rupanya bayaran tu dikenakan untuk peserta yang pamerkan motor, untuk baju dan merchandise. Jadi kami pun terus la masuk tengok-tengok. Capik dan Adi dah terlebih dulu masuk. Waktu tu pun dah lewat petang, jadi dah macam tak meriah. Alih-alih aku dengan Capik main ATV je. Aku malas nak main mulanya, tapi dengan Capik beriya-iya mengajak, aku layankan je la. Bayaran RM15 untuk 15 minit main. Boleh la kalau setakat nak merasa. ATV pun jenama murah, kualiti tak berapa bagus. Tengah aku main rantai lucut, tukar pulak ATV lain. Si Capik lagi la, sampai putus rantai. Apa pun, memang seronok la. Bila nak balik, bawak motor sendiri rasa janggal je. Haha... Selesai semuanya, kami pun bergerak untuk pulang ke Homestay. Sebelum tu singgah sebentar ke Masjid Terapung Kuala Terengganu untuk menunaikan solat Maghrib.
Kami sampai Dungun dalam pukul 9.30 malam. Kami berhenti untuk makan di Medan Selera Teluk Lipat. Kawasan ni dekat je dengan Homestay kami. Selesai makan, kami pun menuju ke homestay. Jam dah menunjukkan pukul 11.00 malam. Masing-masing mandi, borak-borak dan tidur. Esoknya nak balik dah.
Ni pembuka selera je. Nasi goreng masih tak siap.
Ok, cukup untuk perjalanan hari Sabtu, 31 March 2012. Tunggu sambungannya esok.
Subscribe to:
Posts (Atom)














