Billboard

Followers

Friday, April 6, 2012

Terengganu Ride (30,31 March & 1 April 2012) : Malam penuh cabaran.

Kami memulakan semula perjalanan sekitar jam 12.30 malam. Waktu ni, hujan mula turun renyai-renyai. Kami masing-masing bersiap pakai baju hujan, dan lepas isi minyak, kami teruskan semula perjalanan. Kami masuk semula highway, dan hujan mula turun dengan lebat. Kegelapan malam, kesejukan hujan dan badan yang keletihan benar-benar menguji mental dan fizikal kami. Terasa jauh benar perjalanan. Kami berhenti beberapa kali untuk isi minyak dan meluruskan badan. Menjelang pukul 3 pagi, kami sudah berada dalam kawasan Kerteh, Terengganu. Waktu ni hujan dah mula berhenti.

Tapi perjalanan yang jauh dan memenatkan dah mula menunjukkan kesan. Aku mamai atas motor, fikiran ntah melayang ke mana. Semakin lama semakin perlahan, macam aku seorang je waktu tu. Mujur abang Shamsul ada  di belakang, dia hon baru aku tersedar. Ada yang mengantuk, hampir-hampir overshoot. Tapi Alhamdulillah, tak ada berlaku kemalangan. Apa pun, jam 4 pagi, kami sampai di homestay yang dijanjikan, iaitu Homestay Teratak Bayu Kasih, Kg Sura, Dungun, Terengganu. Masing-masing mandi, berehat, borak-borak pasal perjalanan yang dah kami lalui, solat dan tidur.

Tidur tak sampai beberapa jam, masing-masing dah bangun. Ikaz yang merupakan orang kawasan tu malam tadi dah balik rumah, tidur kat rumah sendiri la kan. Pagi tu dia datang dengan membawa sarapan. Ada nasi lemak, nasi dagang, pulut dan kuih-muih. Lepas makan, ada yang check motor, ada yang ke pantai ambik gambar, dan ada yang sambung tidur balik. Aku pun cuba nak tidur, tapi dah tak boleh nak tidur. Badan penat dah rasa. Lepas tu ada la sorang ajak pegi basuh motor, sorang lagi nak pegi kedai motor, pastu ada yang nak mengikut, sampai sudahnya, semua keluar. Patutnya kitorang nak start jalan pukul 1 petang, tapi dah semua nak mengikut, alang-alang terus la jalan. Pukul 11 pagi, kami memulakan perjalanan bersiar-siar ke sekitar Kuala Terengganu. Tapi sebelum tu, singgah jap dekat area UiTM Dungun, ambik gambar pantai.











Nantikan sambungannya minggu depan. Aku nak balik kampung ni, tak ada internet nak update blog. :-p

Thursday, April 5, 2012

Terengganu Ride (30,31 March & 1 April 2012) : Hari Pertama

Alhamdulillah, ride yang dirancang semenjak awal tahun menjadi juga. Disertai oleh 10 orang iaitu Nizam, Capik, Alek, Adi, Asrul, Fazrul, Apis, Ikaz, Abang Shamsul dan juga aku sendiri. Pukul 4 petang, 30 March 2012 hari Jumaat, kami berkumpul di Shell Gombak sebelum tol Lebuhraya KL-Karak. Tak dilupakan, Epit yang dari Penang sebab ada interview pun turut sama hadir untuk flag off perjalanan kami. Terima kasih la Epit ye, susah-susah datang. Harap-harap dapat la kau kerja kat sini, senang sikit nak join ride lain kali. Hehe. Lebih kurang 4.30 petang, kami memulakan perjalanan.

Perjalanan merentas Lebuhraya KL-Karak berjalan lancar, sehinggalah kami masuk Lebuhraya Pantai Timur (LPT), motor salah seorang dari ahli konvoi rosak. Mujur ada yang bawa alat ganti, jadi perjalanan dapat diteruskan semula. Kami berhenti di RnR Temerloh sekitar jam 6.30 petang untuk menunaikan solat Asar, berehat dan makan malam. Makan gulai tempoyak ikan patin lagi. Tapi agak mahal jugak la, mungkin sebab kat RnR kan. Selepas isi minyak, kami teruskan perjalanan dalam pukul 8 malam.

Makan di RnR Temerloh.

Dalam kegelapan malam dan LPT yang tak berlampu, kami berhati-hati menyusuri jalan dengan kelajuan malar 120-130km/j. Dengan tak semena-mena, berhampiran dengan susur keluar Gambang, kami perasan ada 3 orang ahli konvoi tercicir. Rupa-rupanya motor Nizam pula ditimpa masalah. Dan masalah kali ni lebih serius kerana melibatkan enjin. Kalau siapa yang tau pasal enjin, masalahnya crankshaft putus dibahagian sambungan ke autoclutch.

Crankshaft putus.
Sesungguhnya Allah itu Maha Kaya. Apis pernah tinggal di kawasan Kuantan, dan ada kawan-kawan yang mempunyai bengkel motor berdekatan dengan tempat kami berada waktu tu. Walaupun dah jauh malam, bengkel tu tetap meriah. Rata-rata kawan pemilik bengkel, jadi tak hairan la sampai malam pun masih bukak kedai. Motor Nizam terpaksa diubahsuai untuk tidak menggunakan autoclutch. Jadi klac motor dah jadi manual, kalau nak start jalan kena tekan gear, lepas perlahan-lahan, macam bawak kereta la, klac kat kaki. Dua tiga kali jugak nak balajar sesuaikan diri bawak motor macam tu.

Ubahsuai radikal. Welding je beb.

Dan salah seorang kawan kami yang tinggal di Kuantan pun datang. Pailang, atau nama sebenarnya Syafiq Sharif. Lepas selesai motor Nizam dibaiki, kami ke kedai makan berdekatan, supper dan minum-minum menghilangkan dahaga. Jam dah menunjukkan pukul 12 malam, mata makin kuyu... Berakhirlah hari pertama konvoi, tapi perjalanan masih jauh... Esok je la sambung cerita. Ok tak?

Supper sebelum meneruskan perjalanan.



Thursday, March 15, 2012

Kenduri Kahwin Amir Pomen dan Nadia Aley

Ok, ni cerita Ahad lepas. Biasa la delay kan. Busy. Haha. Kenduri bertempat di Tampin, Negeri Sembilan. Dekat nak 20 orang jugak rasanya yang join. Alhamdulillah, perjalanan pergi dan balik berjalan lancar, cumanya waktu balik hujan lebat mencurah-curah, memang habis basah kuyup. Apa pun, layan gambar je la k.





Ehem3x... Moto pinjam je pun. Huhu...
Oh ye, esok aku exam. Wish me luck!

Saturday, February 25, 2012

Buku baru

Lamanya tak menulis. Kekok pulak rasa. Nak menaip pun tersasul guna bahasa sms, bahasa komen kat Facebook, jenis tulis singkatan-singkatan je. Dah menulis blog ni, takkan malas jugak nak menaip. Ruang terbentang luas untuk diisi dengan kata-kata, tapi dek kerana tak ada idea dan yang sebetulnya MALAS, jadi tak ada la apa-apa untuk ditulis. Cerita hidup, masih sama. Setakat ni tak ada event besar-besar, tak ada aktiviti jalan-jalan, jadi life as normal as it is, atau senang cakap plain je. Tak ada corak-corak.

Pasal study, masih lagi dalam tempoh praktikal. Tapi masuk tahun kelima ni, dah mula belajar tahap yang lebih tinggi. Kena lebih melibatkan diri dan tak segan silu bertanya engineer. Dah nama pun apprentice, kena la jadikan engineer tu macam mentor. Sekarang nak raise paperwork pun dah tak rasa janggal, nak cari manual pun tak ada la tercangak-cangak macam dulu. 

Tapi kalau nak kira, progress aku dah lag behind sikit, sebab MALAS. Ye, sifat ni harus dibuang jauh-jauh. Ada ilmu, ada pengetahuan, ada minda yang bagus, tapi malas nak amal, malas nak usaha, jadi sia-sia jugak. Hopefully dalam tahun ni dapat la selesaikan apa-apa lagi yang tinggal.

Sekian sahaja luahan perasaan dan muhasabah diri sendiri. ;-)

Thursday, November 3, 2011

Jalan basah nan licin lagi berpasir

Selasa lepas aku terlibat dalam kemalangan. Jatuh tergolek sendiri. Ceritanya, aaku membelok masuk ke simpang sebelah kiri. Kereta lain tak ada, tau tau dah tergolek. Puncanya jalan basah, dan kawasan tu berpasir. Aku tak perasan, sebab tengok macam kering je. Nasib badan. Habis luka tapak tangan kiri kanan, dan luka sikit-sikit kat lutut dan pinggang. Pengajaran, sentiasa alert dengan keadaan jalan, dan pakailah glove. Aku ada je glove, tapi malas nak pakai. Dekat je nak pergi kelas dengan balik kelas, bukan bawak laju pun. Tapi tak laju pun, kalau dah jatuh, ini makan dia...

Sebelum

Selepas.

Mulanya, pergi klinik nurse balut pakai gauze je. Tapi kena air pedih, beli la pulak dressing kalis air macam kat atas tu. Esok exam, badan sakit-sakit. Ya Allah, mudahkanlah peperiksaan aku esok. Ameen...