Billboard

Followers

Wednesday, December 8, 2010

Pegi sorang-sorang, balik ramai-ramai.

Perjalanan ni sangatlah tak dirancang. Last minit punya keputusan. Sebab apa, malam tu semua budak rumah aku tak ada. Lagi pun aku fikir, dok rumah je tak berhasil, baiklah aku pegi rumah Kiro kat Felda Maokil tu. Boleh gak tengok-tengok dia repair moto, bleh blaja. Kata orang, menuntut ilmu biar sampai ke negara China. Ni Maokil tu kat Labis je pun, still dalam Malaysia, takat naik motor 3 jam setengah tu apa ada hal. (Tapi pinggang rasa cam nak patah gak la...).

Aku gerak hari Sabtu, dalam 6.30 pagi. Gila awal, matahari pun tak berapa naik lagi. Dah la mendung semacam, sejuk pulak tu. Masa jalan tu dah rasa cam nak patah balik je. Tapi alang-alang dah jalan tu, teruskan je. Tapi time jalan tu motor semput semacam, lari pun 100km/j, bila nak sampai? Aku berhenti kat USJ, bukak motor, repair sikit, baru la ok. Dapat la maintain 120km/j. Masa tu pun berbelah bagi gak, nak balik ke nak teruskan, tapi bagi aku, sekali dah melangkah, jangan pandang belakang. Amacam, sastera kan gua?

Sampai Seremban, hujan mula turun renyai-renyai. Sebab renyai-renyai je aku teruskan jalan. Berpandukan SMS Kiro, aku dapat carik rumah dia. Sampai dalam pukul 11.30 pagi dengan keadaan basah lencun, aku mandi jap, kemudian bukak motor. Punya komited nak setting sampai ke Johor kan? Berhenti jap makan tengah hari, mak dia masak ikan asam pedas. Memang sedap, lagi-lagi tengah hujan camtu. Sambung balik sampai ke senja. Pastu malam lepak-lepak sambil borak-borak dengan kawan baru. Kiro ni pun aku baru kenal masa gi FNF MBC aritu. Dia sekampung dengan Rapie. Dalam pukul 1 pagi camtu, terus pengsan....

Esoknya, kitorang ambik gambar kenangan kat perkarangan rumah Kiro. Besar rumah dia, laman pun luas, sebab rumah corner lot Memang cun la lokasi pengambaran. Lagipun, bukan selalu 3 generasi Wave 125 jumpa macam ni. Sorang satu generasi.


Dari kiri : Motor Rapie, Wave 125X; motor Kiro, Wave 125S; dan motor aku, Wave 125R.

Aku pakai baju biru, sebelah tu Rapie.

Sebelum mulakan perjalanan pulang ke KL, kitorang alas perut dulu dengan nasi lemak yang mak Kiro masak. Sedap masakan mak ni, rasa macam nak balik kampung plak rasa. Lagi-lagi bila menaip dalam keadaan lapar. Ish... Kitorang mulakan perjalanan dalam pukul 12 tengah hari. Singgah kejap kat Tangkak, isi minyak, then masuk highway ikut susur masuk dari Tangkak. Berhenti kejap kat Ayer Keroh, isi minyak dan makan lunch, pastu teruskan lagi perjalanan sampai Seremban. Kat Seremban rehat lama sikit, solat, minum-minum, sambil tengok-tengok konvoi motor-motor lain.

Ni pulak Kiro.

Motor ni sangat kuat... Kalau jumpa kat highway boleh la try menyakat dia.

Lepas tu sambung jalan balik, singgah rumah Kiro kat Shah Alam, makan malam, then ke Ara Damansara pulak, borak kejap ngan Pak Tam sambil minum-minum. Pastu baru la balik rumah. Bayankan berapa banyak aku berjalan. 2 hari tu rasa sangat lama kat aku. Dah la Isnin keje, tapi memandangkan Selasa cuti, so aku tak kisah sangat. Sekian laporan jalan-jalan kali ni.

Monday, November 29, 2010

Mandi buih.

Motor kemain berdebu lagi. Ye la kan, nak basuh sendiri tak ada tempat. Rumah pulak kat atas sekali. Takkan nak pikul bawak turun air guna baldi. Kena ulang alik dalam 5 kali jawabnya tido sepanjang hari la lepas tu. So hantar cuci kedai je, sediakan RM5, settle.

Sexy u main sabun

Dah malam, tak nampak kilat la pulak =p .

Tuesday, November 23, 2010

Bila motor terbakar


Motor terbakar? Bukan motor aku la. Technician tempat aku praktikal tu punya motor. Tadi masa aku nak balik tengok dia terkial-kial start motor. Aku tanya apsal, dia kata takleh start, maybe sebab karburetor masuk air. Tadi pun hujan je sepanjang hari.

Alih-alih senja tadi dia call, mintak tolong tunda motor pergi bengkel. Macam tak percaya pulak bila dia kata motor terbakar. Puncanya, dia dah buang petrol kat karburetor, nak buang air yang termasuk kat situ. Pastu dia check plug. Masalahnya check dengan minyak still meleleh sikit-sikit. Apa lagi menyambar la. Nasib baik cepat ambik fire extinguisher. Kalau tak memang tinggal rangka je kut.

Wan Shah dengan aku pergi sana, tunda sampai depan Skypark, lepas tu bapak dia datang bawak pomen. Sebab dah terbakar, fuel filter abis cair. Buang, sambung direct fuel line ke karburetor, boleh pun start.

So pengajaran kat sini, dah buang petrol tu kasi kering dulu petrol sebelum check plug. Apa-apa hal nak buat fikir dulu apa yang mungkin jadi.

Saturday, November 13, 2010

We're not just bikers, we're brothers.


Okeh, setelah tido sepanjang hari, baru dapat mood balik. Tadi pas tak jadi nak tulis tu, keluar pergi bank. Tapi tutup plak. Makin menambahkan kebengangan aku je. So ubatnya tido. Dah tido mimpi macam-macam, lupa masalah..

So semalam sebenarnya aku pergi Friday Night Fever (FNF), satu gathering  yang dihadiri oleh ahli-ahli forum motosikal terbesar Malaysia, iaitu Malaysian Bikers Community (MBC). Dari petang lagi member-member aku yang aktif kat forum tu, macam Timon, Zaki dan Ikromi dah pakat-pakat nak pergi. Ada yang ajak, tapi sebab aku tak pernah pergi, lagi pun baru lagi kat forum tu, macam segan-segan je nak lepak ngan diorang. Tapi pas Maghrib, Zaki telefon ajak pegi, terus aku decide nak pegi. Sekali ngan kitorang, Ikromi dan Rafi, junior kitorang kat METC dulu. Tak tau la eja nama dia camne, malam tadi baru start borak ngan dia. Haha.

Lokasi FNF ni kat Kelana Jaya, sebelah Giant. Lepak ramai-ramai, masa sampai pusing dulu, salam semua orang. Dah jadi macam adat pulak. Tapi bagus la, boleh la kenal muka-muka forumers yang biasa tau kat nickname je, muka tak tau. Semalam aku dapat beberapa kawan baru. Baru kenal dah borak macam kenal 2-3 tahun. Best gak, tak la rasa kekok walaupun first time datang. Dah masing-masing minat motor, tanya soalan pasal motor, pasal teknikal motor, so memang masuk la kalau borak.

Aku sampai dalam pukul 9 lebih, borak punya borak sampai pukul 2 gak la. Ikut hati nak lepak lama lagi, tapi ramai yang dah balik. Time aku balik tu pun, tinggal 4-5 orang je kat kedai. Masa mula-mula tu ada la dekat 30 orang kut. Tu pun rasa aku dalam 0.075% jer dari ahli-ahli MBC yang lain sebab kalau tengok ahli berdaftar lebih dari 40 000 orang. Sekali dah pegi rasa nak pegi lagi. So minggu depan, takde pape boleh pegi lah. Banyak ilmu lagi nak kena menuntut ni. Menuntut resepi kelajuan. Hehe...

Apa pun, best dapat kenal diorang. Dan sesuai dengan motto diorang, 'we're not just bikers, we're brothers', semua ahli memang kamceng, tak kira la pakai moto apa pun. Sekian, laporan aktiviti malam semalam untuk korang.

Dah tulis banyak terdelete pulak. Hampeh!

Takde mood la nak tulis. Dah panjang berjela aku tulis pasal semalam, mouse buat hal. Nak baru nak scroll bantai dia select all pastu delete. Pastu button save now terus tulis saved. Huh! Sakit hati sungguh.