Billboard

Followers

Tuesday, December 1, 2015

Pengenalan Women Desiree Essential Cream

Assalamualaikum. Sekian lama tak berblog. Huahua. Harini nak letak iklan la. Ni wife aku jual produk. Biasa la perempuan ni nak cantik, tapi sesetengah tu tak berapa rajin pun nak guna bermacam skin care la, nak bermekap la, guna krim, masker dan macam-macam jenis yang aku pun tak tau ape kebenda. 

Hoh aku dah ada wife. Tengok berapa lama tak berblog tau-tau dah ada bini. Anak pun ada dah sorang. Ok lah, yang itu kemudian lah aku cerita. Ni nak cerita pasal produk dulu. Lepas bersalin bulan 3 haritu, ibu aku mencadangkan wife aku guna produk ni, Women Desire Essential Cream. 

Simple je cara guna, Sapu kat nadi leher, pergelangan tangan dan bawah pusat. Krim ni nanti akan meresap dan berfungsi memulihkan badan dari dalam. Krim ni krim hormon, jadinya insyaAllah akan stabilkan semula hormon, dan dari situ jadi la cantik dan sihat.

Mula-mula pakai tu bini aku rasa biasa-biasa je. Dia tak perasan sangat perubahan. Sebab nya hari-hari tengok diri sendiri. Masa tu tengah berpantang, aku kerja, dia dok kat kampung. Sekali sekala aku balik tu nampak la perubahannya. Stretchmark hilang, berat cepat turun, rambut gugur berkurang, jerawat hilang. Bila dah jadi camtu terus semangat nak menjual. 

Produk ni sesuai la untuk orang yang malas nak guna macam-macam skincare. All in one. Bini aku malas mekap  gak sebenarnya,. Hahaha. Tapi ok la tu, beli satu produk je tapi cover semua. Jimat belanja. So sape-sape minat nak cuba boleh la contact wife aku, Mimi Abdullah nama kat Facebook. Nak like page WDEC Krim Terapi Hormon lagi dialu-alukan. Nak whatsapp pun boleh contact 013-3219738. Harga RM95 sm, RM100 ss.

Ni ha testimoni. Yang sebelum tu semua sebelum kahwin. Nampak tak cinta tu buta? Hahaha.

Ni la rupa paras produknya. Kecik cenobet je pun. Senang bawak kemana-mana.




Monday, December 22, 2014

Aku tanya apa khabar.

Hai encik blog. Kesian lah ko ni. Diabaikan dan terabai. Huhu. Nak baca post lama-lama pun tak sempat.

Wednesday, September 18, 2013

Jom buat froyo!

Rasanya semua dah tau apa froyo kan? Antara famous brand kat negara kita ni ialah Tutti Fruiti. Tapi semua sedia maklum harganya agak rabak poket gak. Lagi-lagi dengan budget ciput macam aku. Haha. Jadi nak cut cost meh kita try buat sendiri.

Bahan-bahan yang diperlukan ialah:
  -Nestle Natural Set Yogurt (ni harga dia dalam RM6 satu tub)
  -Peach dalam tin. (ada banyak brand dan harga, pandai-pandai korang la)
  -Gula secukup rasa.
  -Blender/Food processor
  -Food bag

Sepatutnya, yogurt tu korang strain dulu untuk buang water content, sebab kita mahukan paling kurang kandungan air yang mungkin, sebab bila beku nanti dia jadi kristal halus. Kalau kurang air lebih bagus, froyo kita jadi lebih smooth. Tapi tipikal aku pemalas sikit, so aku malas la nak strain. Haha. Kalau nak strain, guna penapis kopi, letak atas penapis santan, bawah tu tadahkan dengan mangkuk besar, letak dalam peti ais dan biarkan semalaman. Kalau dapat beli Greek Yogurt lagi bagus, sebab memang dah siap-siap pekat tak perlu nak strain. Tapi tak jumpa. Ada sesiapa tau kat mana nak beli?

Ok, berbalik kepada proses membuat froyo, korang letak buah peach tu dalam blender, agak-agak tekak korang. Aku jenis tak reti sukat-sukat, campak je. Haha. Macam yang aku buat ni, aku letak 1 setengah biji buah peach, dan separuh tub yogurt. Letak sedikit gula dan blend. Kalau korang nak kurangkan kalori dan jadikan hidangan ni lebih sihat, gantikan gula dengan pemanis Stevia. Atau korang memang suka masam, tak payah la letak gula. 



Blend adunan tadi sampai sebati. Sebagai nota, lepas kita bekukan, dia akan jadi lebih masam sikit. So korang agak-agak nak manis, letak lebih sikit gula lepas korang rasa.


Masukkan adunan tadi dalam food bag. Macam yang aku beli ni jenama giant je. Boleh seal dan memudahkann urusan nanti sebab lepas kita bekukan, kita kena tekan-tekan sikit. Kalau guna bekas biasa pun boleh.


Masukkan dalam peti ais selama setengah jam, lepas tu keluarkan, picit-picit macam dalam gambar tu ha supaya dia tak jadi keras solid macam air batu. Kalau guna bekas biasa, kacau guna sudu. Ulang langkah tersebut 2 kali. Lepas tu biar lagi selama sejam, lepas tu dah boleh makan. Enjoy!



Korang boleh cuba dengan macam-macam jenis buah yang lain, tapi disarankan buah yang kurang kandungan air, contohnya mangga, pisang, strawberi dan blueberri. Untuk lebih creamy, letak sikit susu full cream. Adjust la resepi ikut tekak masing-masing. Haha. Good luck!

Thursday, May 2, 2013

Bahang PRU13

Lagi tiga hari lagi nak PRU13. Tahun ni pertama kalinya aku akan menunaikan tanggungjawab sebagai seorang warganegara Malaysia. Ayuh rakan-rakan pergilah mengundi. Sebab anda yang menentukan siapa pemimpin negara. Ketahuilah hak anda semua sebagai rakyat, dan pemimpin seharusnya bekerja untuk rakyat. Pilih calon yang sewajarnya. Masa depan di tangan anda.

Jadinya, pilihan raya ni macam hari raya jugaklah kan, meriah dengan perang bendera, kempen sana sini. Boleh la ucap selamat hari raya kan? Ok tak lawak. Selamat mengundi kawan-kawan!

Sunday, March 31, 2013

Dapat jugak kacang pool!

Seperti yang dimaklumkan, dari hari Jumaat haritu aku berkunjung ke Johor Bahru. Jalan-jalan cari makan, sambil jumpa teman baru, Meng. Okay, kacang pool ni memang aku dah lama teringin. Sebelum ni tak pernah merasa, tapi dengar orang cerita je buat aku kecur liur nak mencuba. Kacang pool ni kuah, yang ramuannya terdiri dari kacang pool, daging cincang dan rempah-rempah, enak dimakan bersama roti bakar. Dalam kuah tu sebelum dihidang akan diletakkan sekali hirisan bawang besar, cili dan telur mata. Cakap banyak pun tak guna, try sendiri la der. Oh lokasinya, food court depan balai bomba Larkin, cari sign Kacang Pool Haji. Menurut kawan-kawan aku, ni antara yang famous dan sedap. Semangkuk siap roti bakar RM4 sahaja. Sangat berbaloi. So kalau jalan-jalan area JB jangan miss makan kacang pool ni. 

Cari signboard ni.

Ni dia rupanya. Tengok gambar ni dah menitik air liur balik terbayang rasanya. Haish.

Air ni beli kat kedai sebelah. Meng minum air kelapa laut, aku punya Ais Jelly.

Lepas habis makan tu, aku rasa macam nak tambah je lagi satu kacang pool. Dan si Meng pun tak abiskan kacang pool dia, so memang aku jadi tukang habiskan. Tapi usha meja sebelah makan tauhu bakar macam best je, terus order tauhu bakar. RM4 sepinggan. Ni pun sedap!

Banyak dan kuahnya sedap. Pedas manis-manis.

Ni lah Meng, tourist guide aku. Terima kasih Meng! Gangster ni. Jaga-jaga der.

Kalau dah terliur sangat tapi jauh nak pergi, apa kata korang try masak sendiri. Ni resepi aku jumpa kat blog Masam Manis. Cuba lah!