Billboard

Followers

Saturday, February 25, 2012

Buku baru

Lamanya tak menulis. Kekok pulak rasa. Nak menaip pun tersasul guna bahasa sms, bahasa komen kat Facebook, jenis tulis singkatan-singkatan je. Dah menulis blog ni, takkan malas jugak nak menaip. Ruang terbentang luas untuk diisi dengan kata-kata, tapi dek kerana tak ada idea dan yang sebetulnya MALAS, jadi tak ada la apa-apa untuk ditulis. Cerita hidup, masih sama. Setakat ni tak ada event besar-besar, tak ada aktiviti jalan-jalan, jadi life as normal as it is, atau senang cakap plain je. Tak ada corak-corak.

Pasal study, masih lagi dalam tempoh praktikal. Tapi masuk tahun kelima ni, dah mula belajar tahap yang lebih tinggi. Kena lebih melibatkan diri dan tak segan silu bertanya engineer. Dah nama pun apprentice, kena la jadikan engineer tu macam mentor. Sekarang nak raise paperwork pun dah tak rasa janggal, nak cari manual pun tak ada la tercangak-cangak macam dulu. 

Tapi kalau nak kira, progress aku dah lag behind sikit, sebab MALAS. Ye, sifat ni harus dibuang jauh-jauh. Ada ilmu, ada pengetahuan, ada minda yang bagus, tapi malas nak amal, malas nak usaha, jadi sia-sia jugak. Hopefully dalam tahun ni dapat la selesaikan apa-apa lagi yang tinggal.

Sekian sahaja luahan perasaan dan muhasabah diri sendiri. ;-)

Thursday, November 3, 2011

Jalan basah nan licin lagi berpasir

Selasa lepas aku terlibat dalam kemalangan. Jatuh tergolek sendiri. Ceritanya, aaku membelok masuk ke simpang sebelah kiri. Kereta lain tak ada, tau tau dah tergolek. Puncanya jalan basah, dan kawasan tu berpasir. Aku tak perasan, sebab tengok macam kering je. Nasib badan. Habis luka tapak tangan kiri kanan, dan luka sikit-sikit kat lutut dan pinggang. Pengajaran, sentiasa alert dengan keadaan jalan, dan pakailah glove. Aku ada je glove, tapi malas nak pakai. Dekat je nak pergi kelas dengan balik kelas, bukan bawak laju pun. Tapi tak laju pun, kalau dah jatuh, ini makan dia...

Sebelum

Selepas.

Mulanya, pergi klinik nurse balut pakai gauze je. Tapi kena air pedih, beli la pulak dressing kalis air macam kat atas tu. Esok exam, badan sakit-sakit. Ya Allah, mudahkanlah peperiksaan aku esok. Ameen...

Saturday, September 17, 2011

Pomen berkain pelikat.

Semalam tolong kawan aku pasangkan blok motor. Mula buat pun dah pukul 10, lepas tu berhenti kejap solat Jumaat. Balik je dari solat Jumaat terus sambung, kain pelikat pun tak tukar. Passion. Hehe...



Ni kira kerja part time la tengah-tengah bulan ni kan...

Thursday, September 15, 2011

Rumah terbuka lagi

Banyak betul acara rumah terbuka sempena Syawal ni. Malam semalam kitorang beramai-ramai telah berkunjung ke rumah Haji Abdullah atau panggilan kitorang, Hj Dolah, salah seorang technician kat tempat kerja kitorang. Ramai tu, ada la dalam 50 orang macam tu. Rumah dia terletak kat Kampung Sri Kundang kat Sg. Buloh. Kalau tak jam 20 minit dah sampai. Tapi sebab semalam hujan lebat, dengan air naiknya lagi, jalan jam, kitorang sampai rumah dia dalam pukul 8 malam. Sampai je solat Maghrib, lepas tu terus makan. Antara hidangan yang disediakan ialah kari kambing, sambal sotong, sayur goreng serta biskut raya. Air pulak jus buah Twister. Kelassss ko Jah!






Ni la dia Hj Dolah, yang pakai baju oren tu.

Terima kasih banyak-banyak sebab jemput kami para apprentice ni. Semoga Allah balas dengan kesihatan yang baik, dan rezeki melimpah ruah. InsyaAllah. Tahun depan kalau buat rumah terbuka boleh la jemput kami lagi ye. =)

Wednesday, September 14, 2011

Ride Raya KKB

Memandangkan seri Syawal masih ada, maka banyaklah rumah terbuka diadakan. Hari Ahad lepas, aku dan rakan-rakan forum MBC telah pergi ke Kuala Kubu Baru untuk upacara jalan-jalan cari makan. Perjalanan bermula sekitar 9 pagi, di mana kami semua berkumpul di Restoran Jejantas Sungai Buloh terlebih dahulu. Mula-mula tu ada la 11 orang, tapi tak semena-mena Nizam terpaksa balik atas hal keluarga. Antara yang ada masa tu aku, Azhar, Capik, Veetamin, Pidut, Kiro, Ikromi, Ahmad dan Chamie yang bawak kawan dia, Syafiq. Lepas semua ready, kami mula menuju ke Kuala Kubu Baru. Perjalanan melalui Lebuh Raya Utara-Selatan PLUS, kemudian melalui pekan Rawang dan terus ke Batang Kali, Kuala Kubu baru.

Barisan Wave 125.

Wavers.

Orang kata langit tak selalu cerah. Walau pun pagi tu cerah, tapi satu kemalangan terjadi masa kitorang dah sampai. Rider motor kuning si Capik tiba-tiba brek mengejut sebab dah terlajak. Patutnya dia slow down elok-elok. Dengan tak semena-mena, Veetamin yang follow belakang dia tak sempat brek terus langgar. Veetamin yang baru elok patah bahu sebelum ni patah balik di tempat yang sama. Apa pun, memang dah ditakdirkan macam tu. Semoga dia tabah la menghadapi dugaan. Kitorang lepak sarapan pagi dulu kat kedai berdekatan, sebab memang kedai tu pun yang Capik terlajak. Dia brek pun sebab nampak ada motor Abang Syamsul, Shamil, Ikaz dan Asrul kat situ.

Motor yang disondol.

Sport rim de[an yang pecah.

Rehat sebentar sarapan pagi.

Lepas pekena roti canai, kitorang menuju ke rumah Abang Syamsul. Dekat sangat dah dengan kedai tu. Shamil balik ke rumah dulu, ambik kereta untuk hantar Veetamin ke hospital, sebab rumah dia pun dekat-dekat je. Lagipun dia nak bawak rim untuk gantikan sport rim motor vitamin yang dah pecah tu. Sekurang-kurangnya boleh jugak motor tu dibawak balik sebab kawan Chamie tu boleh bawakkan. Masa Veetamin di hantar ke hospital, kitorang yang tinggal ditugaskan untuk tukar rim. Masa ni, Pomen dan tunangnya Nadia pun datang naik kereta.

Kerja memasang bearing rim.

Lepas siap semuanya, kami menuju ke rumah Shamil pulak untuk makan tengah hari. Masuk-masuk je, makanan dah siap terhidang. Pantang dipelawa, aku dan Kiro terus ambik pingan. Lapar dari pagi tak makan. Dua keping roti canai yang aku makan kat kedai masa pagi tu pun tak memberi kesan, mungkin sebab banyak tenaga dah digunakan untuk tukar rim. Haha... lauk pauk yang dihidangkan ialah ayam goreng berempah, sayur cendawan, dan gulai udang. Dah habis makan nasi ada pulak jagung sebagai pencuci mulut. Betul-betul kenyang la... Tak lama lepas tu, Veetamin pun balik dari hospital dan makan tengah hari pulak.

Makan tengah hari di rumah Shamil.

Bersantai di luar selepas makan.

Lepas tu, kami semua patah balik ke rumah Abang Syamsul untuk minum petang pulak. Kali ni makan mee goreng. Bukan minum petang la kira, makan petang patutnya. Lepas makan, si Capik cuba untuk meluruskan ekzos di yang bengkok tu. Dah selesai semua, kami pun minta izin untuk beredar, sebab hari pun dah lewat petang. 
Si Capik pomen motor di bawah pokok.
Semuanya melihat gelagar Capik si pomen bawah pokok.

Sungguhpun Veetamin patah bahu, tapi sesungguhnya Allah dah mudah kan perjalanan kami haritu. Dengan Chamie bawak kawan sorang yang boleh bawak motor Veetamin balik ke KL, dan Pomen pun bawak kereta, jadi boleh la hantar Veetamin balik rumah. Sesungguhnya Allah itu Maha Adil. Semoga saudara Veetamin akan cepat sembuh... Dan pada tuan rumah iaitu Abang Syamsul sekeluarga serta Shamil dan keluarga, kami semua mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih di atas layanan anda semua. Tahun depan boleh la buat lagi. Hehe...