Billboard

Followers

Thursday, March 28, 2013

Gambar yang hilang.

Kalau korang perasan, ada beberapa post dalam blog ni, kebanyakannya yang dari penghujung 2011 ke 2012 tak ada gambar. Sebabnya aku hosting guna gambar kat Facebook aku je. Malas nak upload banyak-bayak kali. Jadi link kat gambar tu, paste url jadi la keluar gambar kat muka blog ni.

Masalahnya, url address mungkin dah berubah dengan tingkat taraf Facebook. Jadi tinggal lah post yang tak ada gambar, broken link katanya. Nak cari balik gambar nak upload balik memang tak la kan. Haha. Jadinya, biarlah yang tak bergambar tu macam tu. Bukan best sangat pun gambar aku ambik. Muahaha.

Oh, semenjak dua menjak ni semangat nak menulis datang balik. Konsistenkah? Malas nak janji. Okbai.

Wednesday, March 27, 2013

Makan-makan di Humble Chef

Hai semua. Lama dah menyepi blog Conteng ni. Penulisnya malas sangat. Haha. Apa pun, kali ni aku nak kongsi satu tempat makan yang best dan murah. Humble Chef, rasanya ada yang pernah tengok dekat Jalan-jalan Cari Makan. Asalnya, mereka menjual hidangan pasta dan omelette di tepi jalan, guna lori yang macam orang jual cendol tu. Tak tau apa nama ntah lori tu. Sekarang ni, mereka dah ada kedai, dan harga hidangan masih sama. Bertempat di area Bukit Damansara (Plaza Damansara), restoran ni dibuka Dari hari Isnin-Sabtu, 12pm-3pm, dan 6.30pm-11.30pm. Dan tiap-tiap hari akan ada "today's special" menu, yang tak ada pada hari-hari biasa. Diorang ada tulis kat blackboard dekat dengan kaunter pesanan. So aku order 4 menu, tengok gambar kat bawah ye.


Pasta Lamb Carbonara RM5.00

Lamb Omelette RM2.50

Lamb Pita RM4

Ada satu lagi chicken sandwich RM2.50. Tak sempat ambik gambar dah sampai perut. Cuba la sendiri, pasti berbaloi. Jumpa lagi!

Tuesday, December 4, 2012

Fareed Line Clear - Nasi Kandaq


Aku kalau bab makan ni, sekali dah terlintas dalam kepala kecuq teruih ayaq liuq. Mesti nak pi makan jugak apa yg terlintaih tu. Kalau tak dapat buleh meroyan, ayaq liuq meleleh, tidoq tak lena. Nasi kandaq ni satu hal jugak. Jauh pulak, tapi sedap, murah pulak tu. Sanggup naik moto sampai Sg.Buloh dalam 15 minit dari rumah aku sebab nak pi makan nasi ni. Cakap banyak tak guna. Terai dulu noohhh...

Untuk lokasi dan lebih detail hangpa suma terai tengok sini. http://www.omar.my/2010/02/nasi-kandar-fareed-line-clear/

Tuesday, September 25, 2012

Kecelaruan jam biologi

Sekarang ni aku tengah praktikal dekat KLIA pulak, bahagian operation. Kiranya bahagian operation ni deal dengan kapal terbang yang arrive dari luar, then buat transit check, lepas tu pushback kapal untuk departure pulak. Jadual kerja pulak mula dari jam 7 pagi sampai 6.30 petang untuk dua hari, kemudian rest day untuk 2 hari, kemudia tukar pulak shift malam, mula pukul 7 malam, balik 6.30 pagi. First few weeks memang tak larat rasanya. Tido tak teratur, makan tak teratur. Ni perut dah makin buncit apa cerita? Aiyooo...

Apa pun kerja bahagian operation memang mencabar dari segi kepantasan membuat keputusan dan skill kerja. Kena kerja dengan cekap lah kan, kalau tak kang kapal terbang delay, rugi company. Hari ni kang kerja malam, esok off dah. Ngammm... Tapi masalahnya Sabtu ngan Ahad tak ngam lah, kadang-kadang kena kerja time weekend. Dah la musim kenduri hujung-hujung tahun ni, member-member nak kawin lah, jiran nak kawin lah, aku tak tau la bila nak kawin. Banyak la abis cuti tahunan aku ni. Haish~

Monday, September 10, 2012

Kasihan

Lama dah aku tak menulis kat sini. Kesian blog ni. Kalaulah blog ni umpama sebuah rak, dengan segala post dalam ni sebagai bukunya, nescaya penuh berhabuk dan bersawang dah. Buku dah naik mereput, tinggal nak  makan anai-anai. Eleh macam la lama sangat tak menulis. Jomlah sarapan jap.