Aku terpanggil untuk buat satu post pasal keselamatan. Baru-baru ni, kawan-kawan aku ada yang terlibat dalam kemalangan motosikal. Mujur takde yang cedera parah, macam patah ke, retak tulang ke. Tapi still susah jugak nak berjalan bila dah luka, badan lebam-lebam. Tak lama lepas tu, dengar berita abang Akmal Fadli (Amal) pulak terlibat dalam kemalangan maut, juga di sebabkan menunggang motosikal. Jadi persoalannya kat sini, boleh tak kita mengurangkan risiko kecederaan yang teruk atau lebih parah, kematian?
Jadi kat sini, aku nak kongsikan tentang beberapa pakaian keselamatan yang boleh kita gunakan untuk kurangkan risiko kecederaan dan maut bila terlibat dalam kemalangan. Sesetengah orang akan kata, "benda dah nak jadi", ataupun "suratan takdir", tapi seboleh-bolehnya kita kena berusaha untuk mengelakkan kecelakaan. Usaha dan tawakkal, selebihnya itu urusan Allah.
Alat keselamatan yang paling penting bagi penunggang motosikal ialah topi keledar, atau helmet. Benda ni paling mustahak sebab menjaga bahagian paling penting kat badan kita iaitu kepala. Ada bermacam jenis helmet yang ada di pasaran sekarang. Pilihlah yang berkualiti, dari jenama yang terbukti keberkesanannya, dan ada pengesahan. Kadang-kadang ada jugak helmet murah, yang mana span paddingnya senipis setengah inci sahaja. Kulit luarnya pun nipis. Tapi ada jugak yang bercop sirim. Tak tau la nak kata macam mana boleh lulus test. Jadi kalau nak pilih, kalau kita pegang pun dah rasa tak selamat, ringan semacam je, go for another choice. Memang selesa pakai yang ringan, tapi kalau helmet pun boleh pecah, kepala apatah lagi kan?
Dalam memilih helmet, kalau boleh pilihlah yang 'fullface', iaitu yang ada penutup mulut tu. Macam yang selalu orang pakai motor berkuasa besar pakai. Tak kisah la walaupun kita ni pakai 'kapcai' je pun. Memang sesetengah orang akan pandang serong, dan kadang-kadang berkata,"Eleh, pakai kapcai pun beria nak pakai 'fullface', macam lah bawak motor besar". Ingat jatuh pakai motor besar je ke yang sakit? Esok dah jatuh, rahang beralih, dagu berlubang, bibir sumbing, gigi patah, mana nak carik ganti? Memang tak dinafikan, harganya lebih mahal dari helmet jenis 'open face'. Tapi pelaburan untuk jangka masa panjang mampu menyelamatkan nyawa kita.
Ni contoh helmet 'open face'. Kalau dah jenama Arai, harga dah sama macam 'fullface jenama biasa-biasa.

Ni pulak contoh helmet fullface. Yang ini jenama Sol, buatan Taiwan. Jangan kita persoalkan dari mana ia dibuat, tapi perhatikan kualitinya. Harganya dalam lingkungan RM300-400. Kalau nak jenama Arai tu, harga camni baru dapat beli yang 'open face' macam yang kat atas tu je kut.
Seterusnya, kita beralih kepada jacket pulak. Jacket ni, selain bagi perlindungan dari cuaca, ia boleh jugak melindungi tubuh badan kta dari luka bila terjatuh. Tapi pastikan material dia terdiri dari kulit ataupun fabrik sintetik yang terbukti ketahanannya macam Cordura®. Jadi kalau jatuh, takde la rompong siku, bahu berlubang dan sebagainya.
Contoh jacket kulit.
Mesh jacket yang ada padding untuk bahu dan siku.
Kalau rasa-rasa mampu nak beli, boleh tambah body armor pulak. Sekali imbas macam baju perang pun ada jugak. Biasannya armor ni terdiri daripada shoulder protector, elbow protector dan back protector.
Contoh body armor. Radikal, tapi berkesan untuk kurangkan kecederaan.
Selain dari protection untuk badan, tangan kita pun perlukan perlindungan. Kalau dah jatuh, tangan lah yang kita guna untuk stabilkan badan. Kalau tak ada perlindungan, alamat hancurlah tapak tangan. Macam kawan aku yang excident tu, ada yang pakai glove, tangan tak luka pun. Compare yang tak pakai, habis tapak tangan. Nak makan pun susah. Banyak pilihan untuk glove ni. Materialnya pun pelbagai, tapi macam yang aku cakap, pilih yang terbukti ketahanannya. Harga pun tak berapa mahal, paling murah RM30 pun boleh dapat. Tapi yang jenis ni biasanya tak ada perlindungan untuk knuckle. Kalau nak yang ok lagi, kena up sikitlah budget. Memang kebiasaanya macam tu, barang yang berkualiti datang dengan harga yang lebih tinggi.
Glove, yang ada knuckle slider.
Glove yang ni lebih perlindungan untuk pergelangan tangan.
Sekarang kita beralih ke bahagian kaki pulak. Lutut biasanya satu lagi bahagian yang terdedah kepada bahaya ketika kemalangan. Macam Zaki yang jugak terlibat dalam kemalangan tempoh hari, lutut dia habis luka, lebam-lebam. Nak jalan pun susah. Slow je bila berjalan. Kalau guna knee protector ni, sedikit sebanyak kurang la jugak kecederaan dia tu. Lagi satu, kepada yang kuat layan corner, atau bahasa lunaknya meleper macam Ikromi dan Odeng, guna knee pad ni kira takde la tempurung lutut beralih kalau jatuh.
Contoh-contoh knee protector.
Seterusnya, kasut. Kebiasaannya, kita ni malas nak pakai kasut. Leceh la, nak pakai stokin la, nak ikat tali kasut la. Tapi kalau jatuh, mau hilang tapak kaki. Kaki ni kalau dah luka, patah, memang payah la nak bergerak jawabnya. Nak jalan susah, nak berurusan dalam jamban pun payah. Seeloknya pakai la kasut kalau naik motor. Kalau nak lagi selamat pakai jenis high cut. Nak lagi selamat pakai je riding boot. Memang dah direka dengan ciri-ciri keselamatan. Ada slider, so bila jatuh, takde lah terus berhenti. Fungsi slider ni, macam kat glove tu, adalah untuk membenarkan kita menggelongsor, untuk menyerap dan mengurangkan impak perlanggaran. Kalau terus stop dari kelajuan tinggi, impak yang kuat akan mencederakan kita. Tapi kalau kita berhenti slow-slow, kurang lah impaknya. Lagi satu, riding boot/racing boot yang berkualiti biasanya binaan dia kompleks, untuk mengelakkan pergelangan kaki dari terpiuh ketika perlanggaran.
Racing boot.
Tapi kalau nak lebih selamat, go for racing suit. Terbukti kat litar lumba. Sebab tu dalam perlumbaan diorang guna suit jenis ni. Overall protection untuk badan. Kalau kita tengok dalam mana-mana perlumbaan motosikal, even diorang accident dalam kelajuan yang tinggi, kecederaan yang dialami amat minimum. Tapi memang mahal la racing suit ni. Paling murah pun RM1000++. Tapi memang padan la dengan nilai perlindungan yang ditawarkan.
Apapun, tak dinafikan, nak beli semua protection gear ni memang makan belanja yang besar. Tapi pelaburan macam ni berbaloi dengan apa yang kita dapat kemudian. Kalau dah patah riuk, calar-balar, mana nak cari spare part. Tapi yang paling penting, cara kita menunggang jugak. Even dengan protection yang minimum, kalau kita berhati-hati insyaallah, tak ada apa-apa. Pastikan kita tahu limit kenderaan kita, dan jugak kemampuan kita sendiri untuk mengawal kenderaan tu. Kalau bawak laju-laju, tapi careless, memang mudah kemalangan terjadi. Apa yang penting, kita kena berusaha.
(Terjemahan,Surah : AR-RA'D, Ayat : 11)
Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Bagi tiap-tiap seorang ada malaikat penjaganya silih berganti dari hadapannya dan dari belakangnya, yang mengawas dan menjaganya (dari sesuatu bahaya) dengan perintah Allah. Sesungguhnya Allah tidak mengubah apa yang ada pada sesuatu kaum sehingga mereka mengubah apa yang ada pada diri mereka sendiri. Dan apabila Allah menghendaki untuk menimpakan kepada sesuatu kaum bala bencana (disebabkan kesalahan mereka sendiri), maka tiada sesiapapun yang dapat menolak atau menahan apa yang ditetapkanNya itu, dan tidak ada sesiapapun yang dapat menolong dan melindungi mereka selain daripadaNya.
Ni serba sedikit pandangan aku. Aku pun baru belajar, motor pun tak ada lagi. Tapi pengetahuan tentang keselamatan serba sedikit boleh menyelamatkan nyawa kita. Anda mampu mengubahnya.
27Feedback(s):
Post a Comment
lutut..kanan luka skit..fuhh terseret tuh..luck pakai jeans..+i wear buff.penutup mulut tu utk elak bau asap n makan debu jln..mmg pakai cmni org slalu gelak..lantakla..my safety..hehe..
biasa la tu, dengki. kena batang hidung diorang sendiri, padan muka. elok kalau dah diorang eksiden tu, gelakkan diorang sambil pakai safety gear tu. huhu... jahat lak aku...
tapa yg dah tukar? tukar kaler je ada la. huhu...
kelmarin masa izan keluar pi watra cari barang dengan athiah ada eksiden depan mata kitorang.
masa tu dah otw nak balik. masuk je round aboard dengan laju moto tu potong kitorang pastu ade sebuah kerete berhenti nak elak kereta tu dan moto tu pon berhenti tiba-tiba. helmet tercabut ntah pi mana ntah. tu la,helmet ada,tapi tak nak ikat. haish!
manusia-manusia. otak ada,tak mo pakai.
p/s: mahal gila barang2 nak menunggang ni. kumpul2 dah boleh beli kereta sebijik. hehehehe
mahal jugak la. tapi kalau dah minat, nak buat camne kan. huhu...
Perghhh...thanks acan...tu r,semuanya bergantung pada diri sendiri gak...aku jarang jalan jauh,so pelan2 r kumpol bajet sal gear ni sumer...
ikromi dah beli jacket. jeles aku woo... (padahal aku moto pun takde... =p)
i think those pakaian keselamatan shown here is more for racing.. rarely see those on the normal roads =P
if u are interested, u can check out http://malaysianbikers.com.my/forum/index.php. there u can see how they are concerning about safety equipment. yup, we rarely see those were used in Malaysia, but overseas, like in Europe, even a scooter rider use a fullface helmet. its a little bit uncommon to use it on daily basis, coz lots of people dont use them. just my opinion on safety... peace =)
soal keselamatan tak boleh kompromi..even pakai kapcai pun kena pakai gak...uncle kalau nak jenjalan jauh dengan superbike..uncle suka pakai armor badan.. helmet uncle belli jenama arai (seconhand) ori..huh baru komfiden nak bawk moto.
uncle ada superbike, kalau pakai kira ok la. kena ngan gaya. tapi kalau kitorang ni yg pakai kapcai, byk pulak mulut yg dengki. huhu... papepun, kalau dah ada moto, saya tak pedulik la apa org nak cakap. huhu...
hehe..i always ride with scoot to ofis..aritu jth moto..lucklily..pakai jaket(selamat siku dr luka teruk,koyak skit je)pakai glove biasa(er terkoyak tp tapak tangan selamat calar skit je,dh tukar br)helmet yg mcm arai putih ats tuh(slamat dagu,xda calar) kasut bertutup(er..part ni xlh elak,huhu luka agk dlm kt ats buku lali..abis kasut br pakai 3hari)
lutut..kanan luka skit..fuhh terseret tuh..luck pakai jeans..+i wear buff.penutup mulut tu utk elak bau asap n makan debu jln..mmg pakai cmni org slalu gelak..lantakla..my safety..hehe..
bagus la camtu. =)
biasa la tu, dengki. kena batang hidung diorang sendiri, padan muka. elok kalau dah diorang eksiden tu, gelakkan diorang sambil pakai safety gear tu. huhu... jahat lak aku...
hehe..lebey kurang la..i joint bikers club..so safety mmg kn jg even kapcai pn.org kita ni pelik..padahal kt negara luar..even naik basikal pn pakai topi,padding etc..kan..fuh..even xpakai yg brand branded tu..jenama biasa pn bolh pakai..D'lla pakai yg local ikut kesesuai..tp kalo yg jnis suka bw laju dinasihatkan pakai aksesori yg berkualit..
aku sokong acan!!!~jahat2...
It's not only for show off or something..but our safety is depended on our own hands..
cam batman dah aku tgok. lame x dtg cni. dah tkr mcm2 dah kn. huhu
u ni,kalau bab teknikal cam kete,moto..mmg minat sangat..hehe..
u are right din... =)
sememangnya aku keji dan kejam. muahaha...
hm, betul2... bagusnya kalau lebih ramai penunggang ada kesedaran macam ni. =)
emergency case boleh transform jadi batman terus.ngeee...
tapa yg dah tukar? tukar kaler je ada la. huhu...
huhu... nak wat camna, warisan family...
aku memang keji dan kejam. huhu...
pandu berhati-hati. ingat lah insan tersayang.
kelmarin masa izan keluar pi watra cari barang dengan athiah ada eksiden depan mata kitorang.
masa tu dah otw nak balik. masuk je round aboard dengan laju moto tu potong kitorang pastu ade sebuah kerete berhenti nak elak kereta tu dan moto tu pon berhenti tiba-tiba. helmet tercabut ntah pi mana ntah. tu la,helmet ada,tapi tak nak ikat. haish!
manusia-manusia. otak ada,tak mo pakai.
p/s: mahal gila barang2 nak menunggang ni. kumpul2 dah boleh beli kereta sebijik. hehehehe
hm, tu la manusia tak bersyukur dengan nikmat pemberian-Nya. ada akal taknak guna.
mahal jugak la. tapi kalau dah minat, nak buat camne kan. huhu...
nak jugakkkk walaupon aku jarang naik moto..tapi cam pelik plak..naik moto skuter pakai camtu..mau kena gelak guling2 ngan orang ramai..aish...
nak kena gelak sebab pakai camtu atau nak kena gelak sebab muka dah tak lawa sebab eksiden? fikir-fikirkanlah... =)
capik,aku dah terberangan sorang2 nak beli semua protection diatas tu..sebab bila pakai aku dah boleh berangan sorang2 jadi power rangers tw..aku dah plan,aku suka kaler merah,so aku nak beli semua kaler merah..baru boleh jadi power rangers merah..tapi aku cancle bila aku ingat,aku cuma naik skuter je..poyo gila nak pakai semua diatas..ahhahahh
tak kisah pun pakai moto apa bro. kalau dah nak accident tu, moto kecik pun boleh jadi parah. pedulikkan pandangan masyarakat. nyawa kita, bukan nyawa diorang...
huhu..aq minat gak superbike nih. ad pon ex5 jer. takper..ad duit belilah sebijik
terbaik bro.. mmg tgh kumpul budget utk racing suit.. mahal kot.. ;)
Post a Comment