Billboard

Followers

Saturday, April 30, 2011

The Only Exception

Sweet lagu ni. Hayley William tu pun sweet gak. Ngeh3x...



Friday, April 29, 2011

Sesal dahulu pendapatan...



Monday, April 25, 2011

DIY : Beg uncang

Assalamualaikum. Hari ni den nak ajar buek beg kocik. Buleh la nak isi apo-apo yang patut. Den nak isi spanar. Bersepah yo kek dalam bonet moto den tu. Mulo-mulo, cari la seluar jeans yang dah tak pakai, dah sompit sobab dah gomuk atau sobab memang tak nak pakai. Nengok pun dah nyampah. Tak do seluar jeans amik la kain apo-apo pun. Kain batik pun lawa yo kalau dibuek beg. Peralatan lain yang kono ado iolah bonang, jarum jahit ngan gunting. Kut ado mesin jahit laei cantik. 

Mulo mulo, potong kaki seluar tu dulu. Agak-agak la nak buek bosa mano. Kalau nak bosa laei sambung duo kain tu.

Lopeh tu terbalik kan kain tu. Yang dalam mengadap ke luar. Buek garisan kek hujung kain tu. Agak-agak dalam 1cm dari hujung kain.

Lopeh tu jahit la ikut garisan tu. Kalau ado mesin jahit memang copek. Ni jahit pakai tangan, buruk bona ghoman eh.

Nak buek tali beg pulak, guno tulang kaki seluar tu. Den tak tau apo namo eh ntah. Yang macam kek dalam gambar tu ha. Gunting la ikut panjang mano nak. Kalau nak buek sangkut kek bahu buleh la buek panjang-panjang.

Lopeh tu, jahit pulak kain yang bolah ateh untuk lotak tali. Kono potong sikit kek topi tu, supayo buleh dilipat keluar. Lotak tali yang kito buek tadi kek dalam, lopeh tu jahit.

Bilo dah siap, camni la ghoman eh. Kiut tak beg den? Korang ponah buek ko? Ahhh, jangan nak membongakkk...

p/s : tertulis dalam loghat negeri sembilan pulak. sorry la yer. malas nak translate. kalau tak paham tengok sini...


Wednesday, April 20, 2011

Felda Sungai Klah Trip Part 2

Ahad, 17 April 2011: 

Aku tersedar pukul 6 pagi. Riuh rendah suara geng tengok bola balik rumah tu. Tapi malas-malas lagi nak bangun. Letih malam tadi tak hilang lagi. dah pukul 6.30 baru aku bangun solat. Lepas tu tengok luar, cuaca cantik je, jalan-jalan pun best. Terus aku mandi, siap hensem-hensem, ajak beberapa orang yang tak tido balik lepas solat jalan-jalan pusing kampung. Best!

Terbongkang

Jalan pagi

Balik dari jalan-jalan, kitorang lepak borak-borak depan rumah tempat penginapan kitorang tu. Planning lepas ni nak pergi mandi air panas ke mandi sungai. Haish, ni nak pergi kenduri ke apa ni? Bukan apa, tak selalu datang sini. Lagi pun, family Adli gunakan khidmat katering, tak ada la rewang-rewang. Kenduri pun lambat lagi. Lepas buat keputusan, kitorang sebulat suara memilih untuk mandi air panas kat Sg Klah Hot Spring. Sebelum tu, pergi makan sarapan dulu kat rumah Adli. Alep dan Jas pun sampai pagi tu. Diorang berdua je yang naik motor gerak hari Ahad. 

Mesyuarat kat tempat penginapan.

Salah seorang photographer, Ali Apeng.

Kitorang sampai Sg Klah Hot Spring dalam pukul 10.30. Dengan matahari dah mula naik, pergi mandi air panas. Memang tak jadi apa. Kejap je kitorang mandi situ, last-last pergi kolam air sejuk pulak. Best jugak la kolamnya. Besar, siap ada gelongsor lagi. Dah lama tak jadi budak-budak. Apa lagi, buat keretapi la main gelongsor. Lepas dah penat mandi, kitorang merebus telur kat kolam air panas pulak. Kolam kat sini terbahagi kepada beberapa bahagian. Yang kitorang mandi sebelum tu tak panas sangat. Yang rebus telur ni pulak suhu dia cecah 90 ke 100°c la jugak. Kalau mandi silap-silap masak daging kat badan.

Sakan main air

Weeee!!!

Dah habis mandi tu, baru la kitorang balik ke tempat penginapan, bersiap-siap untuk ke majlis kenduri. Sampai sana, ramai kawan-kawan yang baru datang dari Subang dah ada kat sana. Siap dah makan lagi. Total yang datang kenduri kahwin kakak Adli ni lebih 50 orang. Meriah kan?

Gambar kenangan bersama pengantin

Lepas tu, kitorang pun bersiap-siap la untuk balik. Tapi, belum nak balik Subang terus. Kitorang nak singgah rumah kawan kitorang, Todd kat Felda Soeharto, Selangor. Dia terlibat dalam kemalangan baru-baru ni. Alang-alang dah berjalan tu, singgah la dulu kan. Yang naik kereta gerak lambat sikit kut. Kitorang yang naik motor ni gerak dulu. Shafiq Sahlan, Zainuddin dan Zammuri pulak ada hal, jadi diorang gerak balik terus ke Subang. Tinggallah kami berlapan naik motor, termasuk Alep dan Jas. Apek yang datang sekali semalam pun balik lewat sikit.

Isi minyak kat Sungkai.

Masa kitorang ampai rumah Todd, yang naik kereta semuanya dah sampai. Masing-masing tengah melantak mihun goreng dengan air oren yang family Todd sediakan. Tengok je la gambar bawah ni, betapa meriahnya suasana kat rumah Todd. Parents dia pun happy je bila kitorang datang. Todd yang sebelum ni murung dah boleh la senyum bila kawan datang ramai-ramai camni. Kitorang doakan ko cepat sihat semula Todd. :-)

Sesak

Gambar kenangan sebelum balik.

Semuanya gerak balik dalam pukul 5 petang. Alhamdulillah, perjalanan balik lancar tanpa sebarang masalah. Hujan jugak la masa balik, tapi renyai-renyai, tu pun sekejap je. Apa pun, memang one of the best trip ever. Thanks a lot untuk family Adli, family Todd, tak dilupakan juga Alif Saad, Syuk Yassin dan juga Fakhrul Tahfiz a.k.a. Timun untuk gambar-gambar dalam blog ni. Sekian...

p/s : aku exam esok. doakan kejayaan aku ea... =)

Tuesday, April 19, 2011

Felda Sungai Klah Trip Part 1

Sabtu, 16 April 2011 (Birthday aku weh!)  :

Perjalanan dimulakan dengan berkumpul kat port lepak kitorang masa duduk kat D'Rimba dulu, Restoran Diana kat Kota Damansara.Kitorang mulakan perjalanan dalam pukul 10.15 malam. Yang naik kereta ada yang dah gerak petangnya. Kami yang naik motor ni seramai 10 orang, terdiri dari Aku, Akbar, Rutet, Zainuddin, Zammuri, Shafiq Sahlan, Apek, Speyos, Pidut dan juga Tontoi. Kitorang jalan waktu malam, sebabnya ada yang ada hal petang tu, lepas tu malam sejuk sikit, selesa la nak bawak motor jauh-jauh. Tak ada la penat sangat kan. Lepas isi minyak, kitorang keluar dari Tol Kota Damansara masuk ke Lebuh Raya Utara Selatan menuju ke arah utara.

Tak berapa lama lepas tu, motor Shafiq Sahlan pulak pancit. Baru sampai Rawang. Tinggallah aku, Akbar, Rutet, dan Tontoi membantu. Yang lain-lain dah lepas ke depan, laju sangat. Pidut pulak kejar diorang, dekat 20km baru dapat jumpa balik. Last-last diorang tunggu kat Hentian Tanjung Malim je.

Berbalik kepada kitorang pulak. Masa pancit tu, ada la lagi 8km nak ke hentian Rawang. Tools aku ada, Tontoi pulak ada tiub tayar, boleh la nak ganti. Tapi masalahnya tak ada pam pulak. Jadi nak tak nak kena la jugak bawak motor yang dah kempis tayar tu. Bawak slow-slow, akhirnya sampai jugak.

Agak lama jugak la kitorang kat situ. Mula-mula cadang nak terus letak angin je, sebab tayar tu tubeless sebenarnya. Tiub yang bocor pulak bocor kat sebelah dalam, maknanya bukan sebab ada paku atau benda tajam lain, tapi sebab permukaan sport rim yang calar, lepas tu ada serpihan besi sikit. Tapi pam pulak tak kuat. Angin jenis putus-putus, bukan macam kat kedai motor tu, terus masuk je. Last-last ikut cadangan Tontoi la jugak, guna tiub. Nasib baik ada kertas pasir kat dalam bonet motor aku. Perlu sebab nak gosok kesan calar yang ada besi tajam tu, kalau tak tiub boleh bocor balik.

Yang kiri sekali Tontoi, Aku kat tengah, depan tu Rutet, yang belakang macam tengah mengenang nasib tu Shafiq Sahlan. Akbar tukang ambik gambar.

Gosok

Kitorang siap pun dah pukul 12 lebih. Sampai Tanjung Malim dah dekat pukul 1 pagi. Kesian diorang kena tunggu lama. Lepas isi minyak, kitorang teruskan perjalanan ke Felda Sungai Klah.


Kat hentian rehat Tanjung Malim.

Sebelum sampai Sungai Klah, Apek berpisah dengan kitorang, sebab dia balik Felda Trolak. Dah dekat lagi pun, jadi dia datang esoknya. Kitorang sampai rumah Adli pun dah pukul 2 lebih. Makanan pun dah tersedia, apa lagi kan. Yang dah sampai siang tadi dah siap makan, tengah lepak tengok bola. Ada jugak yang naik kereta gerak tak lama lepas kitorang mula jalan. Tapi diorang sampai dulu la kan. Tak lama lepas tu, kitorang pun ditunjukkan tempat penginapan kitorang. Ada rumah pegawai Felda yang kosong, jadi kitorang tumpang bermalam kat situ. Ramai jugak, habis penuh rumah tu dengan kitorang. Dalam pukul 3.30, aku terlena...

Sunday, April 17, 2011

Dah tiba

Aku baru balik dari Felda Sungai Klah, Perak. Alhamdulillah, perjalanan pergi dan balik selamat tanpa apa-apa kemalangan. Trip yang meriah, best lagi mencabar. Esok-esok la aku tulis ea. Ni penat sangat rasa. Nak berjalan pun rasa longgar segala urat sendi. Ni rasa macam nak demam pun ada. Haish...

Saturday, April 16, 2011

Happy birthday to me!

Genap 22 tahun dah umur aku harini. Dah masuk pasca dewasa dah ni. Nak kahwin pun boleh sangat dah. Haha, ke situ pulak. Anyway, hanks kepada kawan-kawan yang wish.

Ok, nak bebel panjang-panjang pun tak boleh. Aku nak ke Sungai Klah, Perak malam ni. Ada kenduri kakak Adli esok. Doakan keselamatan kitorang, dan semoga Allah merahmati perjalanan kitorang. InsyaAllah. See you guys. =)

Wednesday, April 13, 2011

Pagi yang indah


Gambar ni bertarikh 14/01/2009. Masa ni aku masih kat METC lagi. Dan blog ni pun belum ada lagi. Huhu. Aku suka tengok balik gambar-gambar lama. Terasa macam kita berada semula at the moment the picture was taken. Berbalik pada gambar ni. Masa kat METC dulu, kitorang datang kelas awal pagi, betul-betul waktu matahari baru nak naik. Waku transition dari malam ke siang ni kejap je. Timing kena tepat, sebab kejap je, lepas tu matahari dah naik, tak dapat dah warna langit macam ni. This is a few of pictures yang aku suka. Tapi tu la, aku pakai kamera handphone Sony W810i je pun. Kalaulah ada orang nak hadiahkan aku kamera. Compact digital camera yang biasa-biasa pun cukup dah. Tapi dapat Sony NEX-5 ke, Olympus PEN E-PL1 ke, lagi best. DSLR tak minat, besar sangat. Ngeee...

Tuesday, April 12, 2011

Takut 13?

Harini aku dipindahkan untuk bertugas dengan krew aircraft interior maintenance line 7. Ni first time aku kena attach untuk kerja kat interior. Paginya pasang flying carpet. Pak cik technician tu yang cakap macam tu. So aku terima je la, sebab kapal tu terbang, carpet tu terbang sekali dalam kapal, so that is why they call it flying carpet right? Petangnya, kerja lebih masa sampai pukul 7 petang, masukkan seat dalam kapal.

Ni la rupanya seat. Tak pasang kat seat track lagi.

For an hour, keluar masuk kapal, angkat seat, tolak masuk dalam kapal, angkat balik susun kat tempat yang sepatutnya. Kitorang masukkan seat yang belakang dulu, lepas tu beransur-ansur ke depan. Seat ni ada numbering dia siap-siap, supaya tak tersalah letak. Kitorang pun susun la ikut turutan. 16,15,14,12,11,10... eh, seat nombor 13 mana? Ingatkan tertinggal, rupa-rupanya memang tak ada. Dalam manual pun tak ada seat nombor 13. Kenapa ea? Mungkin sebab kepercayaan mat salleh ni, nombor 13 bawak malang kut. Takut nombor 13 ni orang panggil Triskaidekaphobia

Secanggih-canggih kapal terbang, terselit jugak benda-benda tahyul ni. Lawak betul.


Monday, April 11, 2011

Kampungku indah permai

Motor mandi dulu. Tuannya kemudian.

Best betul balik kampung. Suasana aman damai, udara nyaman, banyak pokok-pokok, redup je rasa. Jalan pun tak jem, takde traffic light, nak makan pun murah, kos hidup tak tinggi. Bila dah duduk kat bandar ni baru terasa kampung lagi best. Dah kerja nanti kena cari rumah kampung jugak la nampaknya. Tapi kampung mana yang dekat dengan airport ea?

to mrs acancapix : jeles tak i boleh balik kampung? ngeee...

Wednesday, April 6, 2011

Perancangan hujung bulan ini.

Minggu ni nak balik kampung. Rasa macam dah lama je tak balik, padahal baru beberapa minggu lepas aku singgah Serting masa balik dari kenduri kahwin kat Segamat haritu. Mungkin sebab singgah kejap je kut. Kalau stay lama mungkin aku akan rasa lama kat kampung, jadi tak ada la rasa lama tak balik.

Oh ye, minggu depan pulak ada kenduri kat Sungai Klah, Perak. Kenduri kahwin kakak Nur'Adli. Kalau tak ada apa-apa masalah memang pergi la. Dengar-dengar ramai yang nak pergi, tapi tak tau la ramai mana. Kalau 2 orang pun dah kira ramai. Lebih dari satu, plural. Kan?

Apa lagi ea? Tak de kut. Nanti la aku membebel lagi.

Monday, April 4, 2011

Kerja 'keras'

Pilih glove yang sesuai dengan bahan kimia yang anda guna.

Friday, April 1, 2011

Fruit fact

A study by Brazilian scientists showed that women who ate apples everyday lost more weight than those who 
didn’t.


p/s: siapa nak kurus tu rajin-rajin la beli apple. ngeeee... 


info dari : http://www.medimanage.com/my-diet/articles/apples-vs-bananas.aspx