Billboard

Followers

Sunday, January 31, 2010

Friendship Contest


Pagi-pagi ni macam biasa la, bukak blog, tengok reading list, baca blog yang aku follow. Pastu baca blog Z@ck, dia ada join contest lak, jadi dengan senang hatinya aku pun nak join lah ini contest. (sebab senang aku join la. ngeeee... ). Contest ini telah dianjurkan dengan jyanya oleh cik Marmie. Untuk syarat-syarat penyertaan, sila klik gambar di atas. Sebelum aku merepek panjang lebar, aku mempersembahkan gambar untuk diadili oleh pihak penganjur...


Cerita sikit pasal gambar ni. Masa ni kenduri kat rumah Karim, akak dia kawin. Dan kitorang beramai-ramai telah memeriahkan majlis ni. Kitorang ni pantang ada kenduri, mesti serbu ramai-ramai macam ni. Ada lagi yang tak termasuk dalam gambar. Kalau rasa-rasa nak memeriahkan suasana, ada kenduri boleh ajak kitorang. Haha...

p/s: Menepati tema friendship tak ni? Huhu...

Wednesday, January 27, 2010

Chillin' at Sungai Chilling (24hb Januari 2010)

Entry ni dah bertangguh pulak. Patutnya aku post semalam, tapi nak upload gambar kemain slow lak internet. Dengki sungguh dengan aku. Ni baru siap upload. Sah banyak sumpah seranah baru nak blah. Ha, aku tanak bebel panjang la, kali ni entry penuh gambar. Nasib la kalau internet korang slow. Sediakan juga baldi untuk muntah, kalau-kalau loya lak tengok gambar banyak-banyak. Ah, sudah la kau...


Kitorang start jalan dalam pukul 7 pagi. Aku, Wan, Meri dan Adzhar naik kereta, dan yang lain-lain naik motor. 7 buah motor kesemuanya, dan terdiri daripada Odeng, Ikromi, Akbar, Zainuddin, Zaki, Adi, Mozek, Amar, Sap dan Rafie. Total 14 orang semuanya. Yang naik motor gerak dulu, sementara kitorang beli nasi lemak untuk sarapan pagi.


14 bungkus nasi lemak yang bertuah.




Perjalanan bermula.

Perjalanan mengambil masa sekitar 1 jam lebih dari Kota Damansara. Tiba kat satu jambatan, terus berenti kejap, ambik gambar. Yang naik motor ikut belakang, tengah laju meleper straight berenti. Sorry la geng, tak sempat nak bagitau. Hehe... Layan tangkap gambar dulu, sebab scenery memang cantik, dan cuaca amat cerah.


Tasik nan biru.

Sunday, January 24, 2010

Chill yo!




Aktiviti hari Ahad dipebuhi dengan aktiviti berkonvoi beramai-ramai dan mandi di Santuari Ikan Sungai Chilling. Memang best dan terbaik la. Tapi dah letih la pulak nak mengupdate. Jadi cerita selanjutnya aku cerita esok je la. Lengan pun cramp sebab terlalu sejuk + aktiviti mencampak orang dalam air. Muahaha... Tungguuu...

p/s: sakit perut sebab minum susu terlalu banyak. adehhh...

Saturday, January 23, 2010

Mari melancong. Yeah!

Harini En.AcanCapik ingin membawa para pembaca melancong ke Negeri Sembilan. Tak perlu susah-susah keluarkan duit, sediakan kenderaan dan segala macam hal lagi. Tak perlu fikir pasal duit minyak dan tol. Hanya memerlukan jari tangan, PC atau laptop yang mempunyai talian internet, dan juga aplikasi Google Map. Mudah sahaja bukan? Hehe... Ini sebagai responds kepada entry Jard. Aku tak pakai Google Earth la, malas nak install. Tapi still boleh kan? Kan? Kan?

Allright, mari terbang ke ruangan angkasa Serting Hilir Kompleks... Zoooooommmmm!!!


Ha, ini lah dia Felda Serting Hilir Kompleks, tempat aku dibesarkan, tempat aku belajar, tempat main, tempat jalan petang-petang sambil tengok awek-awek di kala waktu petang.


Ok, mari terbang rendah sikit. Kat sini boleh la nampak rumah aku, sekolah rendah dan menengah aku (aku sekolah kat sini sampai form 3), serta tempat tunggu bas kalau nak keluar ke bandar terdekat, iaitu Bahau. Dulu aku pergi sekolah jalan kaki je. Jauh jugak rupanya bila tengok dari atas ni.


Ok, terbang rendah lagi, nampaklah rumah aku. Kat depan rumah tu ada lori parking, sebab ada jiran aku yang kerja bawak lori minyak sawit.

Ha, apa lagi, mulakan tugas korang pulak mencari rumah masing-masing. Dah siap nanti letak link kat komen. Aku nak jugak tengok rumah korang kat mana. Mana la tau boleh datang kenduri kawin lak ke.

Wednesday, January 20, 2010

Sempitkah?



Baru balik dari tengok Adnan Sempit kat Cineleisure Kota Damansara. Memang superb la cerita ni. Lawak sampai ke sudah. Aku malas nak komen banyak, atau cerita banyak pasal filem ni. Aku rasa ramai jugak yang dah tengok. Aku pergi tadi ngan kawan-kawan, ada la dekat 17 orang. Dan still, panggung masih penuh walaupan dah lama cerita ni keluar. Kalau berhajat nak tengok mungkin kena book dulu. Kepada sesiapa yang belum tengok, aku syorkan tengok la. Kompom satu panggung gelak sampai ke sudah.

Allright, aku dah letih sangat ni. Sakit mulut dengan perut sebab gelak, ni balik tangan calar balar plak. Siut jer kucing ni, tak reti gurau lak. Nak bergurau agak-agak la. Kucing kat kampung aku gigit atau cakar takde pulak sampai luka-luka tangan. Haish....

Sunday, January 17, 2010

Bila nasik dah habis

Tadi gua lambat pergi makan. Sekali nasik boleh abis pulak. Gua tak puas hati. Apasal boleh habis? Ikut suka hati cook jer nak masak banyak mana. Ke ada yang rembat lebih? Gua malas a nak tuduh-tuduh orang, tapi kalau lapar camne gua nak study? Jalan penyelesaian, Maggi HotCup perisa kari. Jadi la.


Maggi letak telur rebus.


Ngap!


Ok, dah bertenaga semula.

Wednesday, January 13, 2010

contest baru pulak



Setelah mencari-cari, gua pertaruhkan gambar ni, ketika buat praktikal kat kapal terbang Foker 27. Sapa nak join contest ni boleh klik gambar kat atas.


Tuesday, January 12, 2010

Tilam basah

Balik-balik dari kelas, badan letih-letih, tengok-tengok tilam gua bukan main basah lagi. Ah, memang kacau satu badan. Siapa pulak la buat angkara kat katil gua ni. Kalau nak membeser pun jangan la atas katil gua. Memang teramat basah la senang cerita. Elok je satu spot. Eh, lain macam pulak je gua tengok. Kalau kencing mesti ada kaler kuning-kuning sikit. Takde pulak bau lain. Gua try tarik nafas dalam-dalam, tak berapa nak bau. Gua tengok lagi tilam tu, sambil fikir nak buat apa. Nak jemur hari dah senja. Mana gua nak tidur ni? Tapi yang paling gua tak puas hati sebab tak dapat lagi punca dia. Haish, hangin la macam ni. Tiba-tiba angin bertiup, terselak langsir, ada tanda-tanda basuh kat cermin tingkap. Hujan? Gua selak tingkap, sah! Cess, patut la basah tilam gua. Ni nak salahkan siapa ni?

Eh, gua nak pegi makan la. Chow...

Sunday, January 10, 2010

Pagi Ahad dan Nuffnang Innit

Aku nak tulis pasal Innit pagi tadi, tapi tak keluar idea lak. Perut lapar, aku turun tangga pergi kedai, sekali tutup plak. Tutup kejap je, 10 minit untuk menghantar gas. Alahai, sian brader tu, dia kerja sorang-sorang la pulak kan, takde orang nak jaga kedai. Tiap kali nak hantar gas tutup kedai, mangga peti sejuk, ambik gas kat stor, hantar pakai motor. Sebab malas nak menunggu, aku berkunjung ke rumah Ad. Dia tengah buat kertas kerja untuk trip ke Pangkor. Borak-borak kejap, dia pun lapar, apalagi, pegi makan dekat Khalifah Bistro. Pekena roti sardin dengan kopi tarik, baru la nampak dunia...


Berbalik kepada tujuan asal, berikutan kegilaan Nuffnang Innit yang aku dapat tau semalam, aku sampai termimpi-mimpi pasal benda tu. Nang me, i'll nang u. Adoih, takleh blah sungguh. Tapi hasilnya memberansangkan, dapat mempopularkan blog, disamping menambah bilangan follower dan menarik lebih banyak trafik ke blog kita. Siapa-siapa rasa nak mempopularkan blog silalah berkunjung ke blog Aried nih, dia ada tunjuk cara dan tips untuk Nuffnang Innit.



Banyak beza kan? Selamat mencuba, dan yang penting, nang aku kat sini jugak, jangan dang plak tau. Aku akan nang korang balik. Ngeee...

Saturday, January 9, 2010

Trolak-Manjung Trip (1-3 Jan 2010) Part 2


Kami tahu kami hensem.

Bangun pagi dengan misi untuk ke rumah Meon. Plan nak gerak pukul 9, jadi ada masa lagi, sempat tengok movie dulu. Cerita Momok the Movie. Habis tengok, mandi dan bersiap, Am pun sampai. Lepas makan sarapan, perjalanan pun bermula. Macam biasa, sepanjang perjalanan akan dipenuhi dengan upacara kutuk-mengutuk, umpat-mengumpat, mencarut mengarut, mengilai dan segala benda yang lagha. Tolong jangan contohi kami.

Friday, January 8, 2010

Trolak-Manjung Trip (1-3 Jan 2010) Part 1






Tahun baru bermula dengan perjalanan aku ke Perak. Dari Seremban, aku naik KTM Komuter pergi KL Central. Selalu aku naik bas je pergi KL, tapi hari ni saja menggatal nak naik komuter. Sekali ramai orang, bersesak-sesak, baru padan muka. Nasib la aku dari Seremban, so awal-awal lagi aku dapat duduk. Haha... Sesampainya aku kat KL Central, aku berjalan-jalan sekejap beli barang kat Guardian, beli shaver, hair wax dengan lip balm Mentholatum for men. Lepas tu, aku naik Putra LRT, pergi Pasar Seni, sebab nak ambik bas ke Tanjung Malim kat Hentian Pudu. On the way nak ke Pudu tu aku lalu Petaling Street, hajat di hati nak beli sunglass, sebab sunglass aku hilang masa tengok drift kat Serdang hari tu. Tengok punya tengok, tak ada yang berkenan, aku teruskan berjalan ke Pudu. Sebelum tu sempat la melilau cari kedai spek, beli contact lens yg berharga RM50 sepasang. Save RM10, selalu aku beli RM60.

Thursday, January 7, 2010

Disqus

Kalau korang perasan, aku nyer ruangan komen dah guna Disqus. Lebih senang untuk aku reply sebarang komen kat para pembaca sekalian. Harap korang pun leh la buat sekali akaun ni, senang sket korang nak komen kat page aku nnt. Mulanya sebab Izan mintak tolong buatkan Disqus ni kat blog dia, dengan merujuk kepada blog Jard. Aku tengok-tengok, rasa macam susah je. So aku tunggu dulu la, esok baru buat. Aku follow Jard, pastu alang-alang dah follow, aku pun nak komen la post dia. Masa kat METC lak tu, time tengah boring. Huhu... Tapi dah dia guna Disqus, tak pasal-pasal aku kena buat gak. Alhamdulillah, jadi pun

Terima kasih kepada Jard sebab buat tutorial untuk pasang Disqus ni kat blog dia. Kalau nak panduan, leh klik sini. Senang jer. Good luck!

Playsafe



Contohi Meon, bermain dengan selamat. Atleast kalau overspeed, lepas tu overshoot dari buaian, takde la mengalami kecederaan yang serius. Kepala merupakan anggota yang paling penting sebab kat situ la terletaknya pusat kawalan untuk seluruh tubuh. Tapi kalau protect kepala je pun tak guna kalau bahagian yang lain cedera. Jadi kesimpulannya, sentiasa beringat sebelum kena.

Tuesday, January 5, 2010

Berpiknik di Hutan Lipur Ulu Bendul




Tajuk nak macam karangan sekolah rendah la pulak. Karangan yang biasa cikgu suruh buat lepas habis cuti sekolah. Dah, jangan nak melalut. Setelah beberapa hari kat rumah, goyang kaki, tengok tv, makan dan tidur secukup rasa, pada hari Rabu, 30 Disember 2009, aku dan kawan-kawan sepersekolahan rendah dan menengah pergi berpiknik kat hutan lipur Ulu Bendul. Terletak di daerah Kuala Pilah, Negeri Sembilan, kawasan ni memang jadi tumpuan penduduk sekitar untuk bermandi-manda, dan berkelah dengan keluarga waktu cuti-cuti sekolah macam ni. Kat sini jugaklah terletaknya Gunung Angsi.

Sunday, January 3, 2010

Kembali

Hari ini hari Ahad, bertarikh 03 Januari 2010, aku telah kembali semula ke apartment D'Rimba, Kota Damansara. Banyak benda nak buat, banyak benda nak aku ceritakan, jadi aku akan manage satu-satu. Tak banyak sangat aktiviti pun, tapi kalau dah mula menaip, takut korang pengsan lak nak baca. Haha. Pape pun, aku nak tuka layout dulu, tahun baru memerlukan layout yang baru la. Tapi tak semestinya la kan, agak-agak tak best aku tuka balik. Kekadang aku ni ada sentimental value yang amat tinggi, kalau dah pakai something tu lama, aku still akan suka benda tu sampai la aku dapat something new yang lebih baik. Kalau awek bleh ke?

Jadi post aku untuk segala aktiviti yang aku dah buat masa cuti haritu akan jadi tunggang langgang, sebab tarikh dan penceritaan dia tak sekata. Ah, korang tengok je la nanti. Larat ke tak ni? Aku perlukan assistant la. Jadi juru taip, sukarela. Aku bebel, pastu dia yang tulis. Senang sket ek?