Billboard

Followers

Saturday, October 24, 2009

A trip to Johor : Part 3

Ok, sambung balik. Dari rumah Todd, kami bergerak ke rumah Odeng plak. Aku x pasti berapa jauh sebab aku membuta je dalam kereta. Ngantuk + letih. Tapi sebelum masuk Felda Odeng tu kami isi minyak dulu, kat Bandar Penawar. Kat sini terjadinya insiden sesat bila kami 1 kereta x perasan yg lain2 dah gerak ikut simpang lain. Apa la, diorg ni pun laju je gerak. Masing orang Johor kut. Tu yg laju je. Tapi dalam kereta kami pun ada gak orang Johor, tapi...

Gelagat kami di rumah odeng

Wednesday, October 21, 2009

A trip to Johor : Part 2

Banguuuunnn!!!!
Tiba2 tido kitorang dikejutkan dengan suara nyaring yg agak pelat menyuruh kami bangun... Rupa2nya anak buah Akbar. Nama dia Nur Ibratul Humairah. Kemain panjang lagi nama. Panggil Mira je. Punya la kuat dia jerit. Ni Akbar punya keje la ni suh anak buah dia kejut kitorg. Nasib baik comel, kalau x aku ikat je Akbar ngan budak tu, bagi kerengga gigit. Berani sungguh mengganggu gugat keenakan tido aku. (Ceh, dah la tumpang rumah orang, x sedar diri plak ko ye...)


Position tido aku ngan Meri, yg lain tido bawah... Haha...

A trip to Johor : Part 1

Baiklah, mula2 skali objektif utama trip ke Johor ni ialah untuk menghadiri kenduri kahwain abang Minhat. Objektif lain sudah semestinya utk berjalan-jalan di sekitar kawasan negeri paling selatan di semenanjung Malaysia tersebut. Perjalanan bermula pada hari Jumaat tanggal 16 Oktober tahun 2009 Masihi dengan kadar waktu sekitar jam 11.00 malam. Perjalanan bermula di rendezvous point iaitu Restoran Diana Kota Damansara. Aku bersama-sama 4 orang lagi yg terdiri daripada Adzhar, Wan Karim, Akbar dan Zamri menaiki kereta Proton Satria 1.3 Wan Karim dah sedia tunggu kat Diana tu, sambil makan2 nasi goreng dan minum2 menantikan ketibaan En. Hafiz Tarni yg memandu Proton Saga Kereta Kebal. Turut bersama beliau ialah Am, Adi, Jack, dan Speyos.

Monday, October 19, 2009

Akhirnya...

Apa yg berakhir? Adakah ini post aku yg terakhir? Adakah pembelajaran aku dah berakhir? Adakah kerja2 di Hangar 02 sudah berakhir?
Yg pasti ni bukan post yg terakhir. Sebenarnya aku baru balik dari Johor. Alhamdulillah, selamat jugak balik. Ada kenduri kat rumah Minhat, abang dia kahwin. Lagipun, aku x pernah lagi berjalan2 betul2 kat Johor tu. setakat yg pernah aku pegi, aku pegi Endau-Rompin, tu pun kat sempadan, pastu g UTM Skudai, time skolah dulu sebab ada program SBP kat situ... Jadi memang teruja jugak la nak pegi.

Monday, October 12, 2009

Makan membawa kekenyangan


Flaming
Hm, lately aku rasa malas nak menulis post baru untuk tatapan para pembaca sekalian. Terasa malas2 jari ni nak menaip. Bila dah rajin dan semangat melonjak-lonjak, internet pulak diserang masalah keperlahanan terlampau.

Tuesday, October 6, 2009

Akusmart

Hari ini bertarikh 06 Oktober 2009 merupakan satu detik bersejarah bagi aku kerana aku terasa begitu smart skali. Hahaha, amat poyo di situ. Lantak a nak cakap apa, aku mememang terasa best harini. Semenjak sekian lama aku kena attach kat Line 07 tu (macam la dah lama sangat...), baru la hari ni aku diberi peluang merasa buat benda lain. Ye la, dah 3 hari aku kerja bukak skru je, x kan tu pun nak citer kat blog jugak ye x?
Ha, apa yang buat aku teruja sangat ni? Korang nak tahu? Kalau x nak pun aku tetap nak cerita sebab aku rasa best. Macam biasa la, pagi2 start kerja. Aku dah mula dibelengu kebosanan sebab hari2 kena bukak skru panel kat flap tu je. X mencabar langsung (padahal ada je skru yg x boleh bukak, amat poyo...). Sebab ada skru yg x boleh bukak, kerja tu diserahkan pada contract worker, di mana mereka ini merupakan orang2 yg mahir dalam kerja2 tersebut. Lagipun mereka ada tool yg di sebut screw extractor, so agak senang la kerja.

Friday, October 2, 2009

First time!


Aku kerja kat aircraft ni la, B747 9M-MPL
1hb Oktober 2009... Tarikh bersejarah di mana aku buat pertama kalinya di attach ke Hangar 02 Malaysia Airlines (MAS) untuk menjalani practical (aku pun x sure sebenarnya kenapa, bukan practical kut, tp sebab MAS nk pakai org, kne la kami gi situ... huhu...).